Kaca Mata Baru !

Cewah tajuk . Hehe . Memandangkan setiap hari dok menghadap PC , mata pun makin lama makin lemah . Berpinau rasa kalau terlalu menghadap lama² . 

So pernah aku tengok kedai spec murah yg viral dekat FB haritu . Minggu lepas jugak aku ajak housemate teman ke Sg Wang dan cari kedai tu sampai jumpa . Alhamdulillah lah sebab jumpa jugak . Hehe .

Ini spec yg ke tiga since aku start pakai spec . Murah , memang sangat murah . 

RM65 sahaja termasuk bingkai dan cermin . Berbaloi lah kan . Sebab aku bukan yg jenis 24 jam pakai spec . Aku pakai bila terdesak je . Silau je teruk sikit . Rabun masih boleh dikawal lagi . 
Tak berani sebenarnya nak guna yg jenis ala-ala kpop ni . Takut tak sesuai dgn muka . Nak cakap minat kpop , tak pula aku minat . Senang cerita , si housemate yg tolong pilihkan . Hehe . 

So kalau korang ada keinginan nak buat spec baru atau nak terjah kedai ni , dekat gambar pertama tu ada details . Semoga membantu :)

AmbiPur Lavender | Perfume Baru Untuk Siti Ajiah .


Semalam lepas Farewell officemate , lalu sebelah 99 SpeedMart . Niat hati nak beli aiskrim kat situ . Tapi terbeli benda lain pulak . Itu lah orang selalu cakap , kita hanya mampu merancang , Allah yg menentukan segalanya . Kah !

Kebetulan car air freshener aka perfume Siti Ajiah yg ni dah habis , so aku nak cuba yg brand AmbiPur ni pulak . Si kawan cakap wangi . Bau Lavender . Hehe . Memula tu pening ah jugak . Lelama sedap pulak bau nya . Tapi hati aku masih setia dengan bau Apple macam perfume yang lama tu .
 
Hehe . Harga pun dua kali ganda dari yg Apple tu . Hehe . Kenapa aku bertukar ke AmbiPur ni ? Sebab haritu ada terbaca yg perfume Apple tu boleh mengakibatkan penyakit . Tak sure sakit apa .
Pagi tadi , bila masuk je kereta , terasa kesegarannya . Jatuh hati pulak dan terpaksa berpaling arah dengan si Apple . Hik ! Semoga aku terus setia dengan bau yg ni macam mana setianya aku pada Incik Tunang . Chiaa chiaa chiaa . 

Eh , hampa guna perfume mana ?

Keselesaan Tuala Wanita Herba Keluaran Amez Care .

Jujur aku cakap , seumur hidup aku belum pernah aku memiliki tuala wanita yg jenis herba ni . So , aku cuba guna tuala wanita herba yg telah diwujudkan oleh Amez Care Bio Herba . Ikutkan banyak lagi keluaran produk tuala wanita ini , apa pun jenama yg kita gunakan , mestilah mahukan yg selesa dan selamat . 

Amez Care Bio Herba bukan sahaja mewujudkan tuala wanita beherba , ia juga mengeluarkan pantyliner utk semua kaum wanita bagi kegunaan harian . Salah seorang pengguna tentulah aku . Hehe .

Terdapat beberapa jenis bahan semula jadi yang diekstrakkan ke dalam tuala wanita ini termasuklah aloe vera , peppermint, tea plant , chamomile dan lavender . Napkin Amez ni dihasilkan melalui teknologi far infrared , nano silver dengan kelebihan ion-ion negatif .  Haa menarik kan .
Terdapat empat jenis rangkaian produk di bawah naungan Amez ini iaitu Amez Care Day Use, Amez Care Night Use, Amez Care Pack dan Amez Care Pantyliner . Aku sendiri telah pun mencuba utk ketiga-tiga jenis seperti dalam gambar .
Amez Care Night Use Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad yg berharga RM12.90 mempunyai 10 keping pad berukuran 290mm . Sangat sesuai digunakan waktu malam sebabnya panjangggg . Hehe . Tak tebal dan ada wing . Memang melekat tak lari mana dah . So tak payah risau tentang kebocoran . Buas macam mana pun kau tidur In shaa Allah tidak terbabas .
Amez Care Day Use Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad juga berharga RM12.90 dan mempunyai 12 keping pad yg berukuran 240mm . Pad ni nipis je . Sangat selesa bila korang pakai waktu siang atau malam . Setakat yg aku pakai , masih selamat . Tiada rasa gatal ke , tak selesa ke , dan tak ada kewujudan ruam di Miss V tu . 
Amez Care Pantyliner Bio Herbal Sanitary Functional Daily Pantyliner berharga RM11.90 dan mempunyai sebanyak 30 keping . Pada aku , pantyliner ini sangatlah penting . Sebab ia digunakan setiap hari . Tak kira samada waktu tu tengah bulan mengambang atau tak .

Dan yang keempat adalah Amez Care Pack Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad yg berharga RM9.90 . Amez Care Pack ni sebenarnya adalah travel pack yang mengandungi ketiga-tiga Amez Day Use, Amez Night Use dan Amez Pantyliner dalam satu packaging. Untuk travel pack ni korang akan dapat 3 Day Use , 3 Night Use dan 4 Pantyliner . So , pada korang yg suka travel tu , silalah dapatkannya segera . Hehe . Sebab semuanya ada di dalam satu bungkus . Senang utk di bawa ke mana saja . 

Kenapa korang kena memilih Amez Care ini  :
- Nipis dan sangat selesa .
- Mempunyai wing beserta gam yg kuat so that boleh elakkan kebocoran jika terdapat banyak pergerakan .
- Mudah untuk di bawa ke mana sahaja .
- Permukaan yg sangat lembut . 

So , pada korang yg mahukan juga . Jom aku share details macam mana nak dapatkan . Korang boleh terjah mana-mana media sosial di bawah ni :

Facebook : www.facebook.com/AmezCare
Instagram  : www.instagram.com/amezcare
Website  : www.amezcare.com
Belian Secara Online : www.amezcare.com/online-store
 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz