Happy 1 Month Siti Ajiah .

30 Julai harini . Genap sebulan Siti Ajiah dengan aku . Alhamdulillah , berkat usaha dan sabar , dapat jugak aku beli kereta sendiri . Even tak besar mcm kereta orang lain , aku bersyukur . Tambah satu aset untuk diri aku . Tambah jugak satu hutang . Bak kata family , sesuailah dengan tuan kereta yg kecik molek tu . Hehe .
Midnight blue menjadi pilihan hati selepas sana sini aku minta pendapat . Aku pilih plat W . Itu pun atas perbincangan dengan Incik Tunang . Hehe . Aku pilih full spec aka Axia Advance . Dan dengar² cerita Axia banyak juga problemnya . Semoga tak ada yg buruk jadi pada aku dan sesapa yg naik nanti . Amin .

Ya , aku mengaku aku lagi berani drive moto daripada kereta ni . Tapi sampai bila nak takut kan . Lesen kereta aku full since 2010 lagi , tapi aku langsung tak pernah drive sejak aku langgar bontot van . Haha . Fobia kot . Alhamdulillah , sekarang dah ada keberanian . Sampai kena warning dgn Incik Tunang , jangan merayap merata sgt . Kah ! 

To you Siti Ajiah , please be nice to me . Thanks sebab menjadi sahabat aku ke mana sahaja . To my Incik Blue aka Incik Dua Roda , kau tetap menjadi pujaan hati aku sampai bila² .

Semoga Cepat Sembuh !

Kenapa Si Fendy masuk wad ? Allah . Dugaan untuk dia . Dan of course aku juga jadi tak senang hati . 

Nak ikutkan waktu sekarang sepatutnya dia tengah operasi dekat Kelantan . Sempatlah tiga minggu kot dia masuk ops . Kalau yg sebetulnya tempoh ops dia selama dua bulan lebih .

Siang hari tu dia ada bagitau yg dia ke hospital dekat Kelantan sebab batuk . Setahu aku dia memang batuk dah lama pun . Dah macam-macam ubat batuk dia minum , tapi macam tak ada kesan . Batuk pulak jenis teruk . Kesian rasa . 

Lepas tu dia dapat mc . Dia dihantarkan balik semula ke unit dia di Gerik . Refer Resat , dan Resat suruh refer Hospital Gerik . Dan dia disahkan kena TB . ALLAH . Siapa yg tak risaukan . Dekat Hospital Gerik , dia dimasukkan dalam wad yg single . Sebab TB ni boleh berjangkit kan . 

Sudah laa nak dekat Raya , kena pulak time birthday dia . Memang terkilan sgt .


Luluh hati bila tengok gambar ni . Semoga awak cepat sembuh dan sihat macam selalu . Kurus sangat dia waktu memula warded haritu . Selera makan entah ke mana . 

Alhamdulillah sempatlah aku singgah melawat dia masa dalam perjalanan aku balik dari Shah Alam ke Penang . Betul kata orang , lelaki akan jadi lebih " mengada " bila diorang tengah sakit . Nak merajuk saja pakcik ni . Nasib baik tgh sakit , kalau tak memang malas nak melayan . Hahahahaha .

Raya ketiga aku datang semula dengan family aku . Dua minggu dia dalam wad , doktor benarkan dia balik unit . Tapi still kena pantau dan makan ubat sampai sekarang . Dan yg paling kena sabar , dia kena kuarantin nak dekat dua bulan . So , kuarantin juga untuk berjumpa . In shaa Allah ada rezeki berjumpalah kita lagi nanti . Yang penting awak sihat macam selalu dan kena janji makan banyak² . 
Jaga kesihatan awak . Doakan dia cepat sembuh ye korang . 

Cerita Aidilfitri Meeya Techik .

Selamat hari Rabu korang . Hehe . Dengan adanya baki Syawal ni , aku nak share sikit pasal Hari Raya untuk tahun ni . Ala kadar je kitorang tahun ni . Tapi meriah .

Macam biasa , sebelum tibanya Hari Raya , mak abah akan gigih buat persediaan . Salah satunya adalah kacau dodol . Ini aktiviti wajib setiap tahun . Tak raya lah kalau tak ada dodol .

Ketupat pun salah satu menu wajib jugak . Ketupat pulut . Jarang kitorang buat ketupat nasik tu . Tak berapa nak minat . Hehe . Ditambahkan dengan gulai daging dan rendang ayam . Hee ~

Raya pertama . Tahun ni dapat bergambar satu family . Tapi tak ada Incik Tunang aku . Dia beraya di hospital . Kesian . Tunggu nanti kita raya sesama ye .

Ni family abang sulung aku . Hijau pilihan diorang untuk tahun ni .
Dan ni pulak kakak aku yg kedua . Merah menjadi tema .
My anak buah . Satu satunya anak buah perempuan . Hee ~
Hari raya ketiga , barulah aku berkesempatan ajak family untuk pergi melawat Incik Tunang di Hospital . Jauh nau rasa dari Penang nak ke Hospital Gerik ni . Nak dua jam lebih jugak . Tapi sis redha . Sebabnya dia dah jadi mengada-ngada banyak bila masuk wad ni . Haha . Kenapa dia masuk wad ? Nanti aku cerita . Tunggu next entry . 

Last dari aku , Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin korang semua . Ampun dan maaf dari aku ye . 

Last Iftar 2016 With Beloved Family.

Ada orang rindu aku tak ? Haha . Kemain lama aku menghilang . Sibuk sangat . Sibuk di office dengan video raya bagai . Maaf ye !

Harini menggagahkan diri jugak untuk muncul sebelum Syawal habis . Tapi nak share pasal Ramadhan . Haha . Teruk kau ni Meeya Techik oii . Hihi . 

Macam biasa , bila last Ramadhan , bila semua sepupu sepapat sanak saudara yg tepi-tepi rumah dah ada dekat kampung , kami akan berbuka beramai-ramai kat atas jalan tar depan rumah . Haha !
Ikutkan ramai lagi tapi memasing sibuk menghidang time ni . Haha . Satu rumah satu jenis lauk . Menu dari rumah mak abah aku , kari kepala ikan dengan asam pedas keladi . Sedap ohhhh , air tangan mak sendiri .

Haa kau . Bawak keluar depan rumah dengan periuk sekali . Hahaha . Dan yang bawah ni  menu dari Maksu , Makngah , Teh , Lang dan sepupu sepapat keliling rumah . Hee .



 

Tiga jenis air . Dah macam meniaga bazar ramadhan dah . Haha . Ayaq nyok , ayaq oren dgn cincau . Best sebenarnya bila sesekali dapat kumpul macam ni . Lagi-lagi kitorang yang jarang balik kampung ni . Hihi .

Semoga ada peluang kita untuk berbuka sesama lagi pada Ramadhan tahun akan datang . Amin . Cukuplah untuk entry ni . Mata kuyu katil memanggil-manggil dah . Tunggu aku update pasal Raya pulak . Hee . Bye , Assalamualaikum  :)

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz