Terbaru dari D'kayangan Steamboat Shah Alam .

Baru-baru ni aku bersama rakan-rakan blogger yang lain berpeluang untuk menikmati steamboat yang seringkali menjadi sebutan orang ramai bertempat di D'Kayangan Steamboat Sec 13 Shah Alam .

Kali ini kami diperkenalkan dengan satu konsep baru iaitu dengan menggunakan Arang Batu untuk ber BBQ sambil bersteamboat . Hewhew . Senang cerita , kau pergi satu tempat , kau boleh dapat 3 Dalam 1 . Steamboat + Grill + Pembakar Arang Barbeku (BBQ). 

Kebiasaannya kita hanyalah disediakan dengan grill  dan steamboat yang dihidangkan bersama sup atau tomyam sahaja . Jadi , konsep baru iaitu pembakar arang batu yang dilancarkan ini adalah untuk memberi sedikit kelainan kepada setiap pelanggan yang datang. Pada aku , ini adalah salah satu cara yang sangat menarik di mana kita dapat menikmati hidangan seperti daging atau pun ayam yang di bakar dengan menggunakan arang . Marbeles gitu . Feeling macam tengah BBQ tepi pantai tau . Haa gitewww  :)
Selain itu , korang juga boleh menikmati hidangan skewer yang baru diperkenalkan oleh Chef Shahnizam iaitu salah seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari dan masakan. Antara menu skewer yang disediakan adalah : 
- Perapan Ayam Skewer Berempah
- Daging Skewer Berempah
- Daging Skewer Kicap
- Sotong Skewer Pedas Cilantro
- Ikan Dory Skewer Berempah
- Udang Skewer Cilantro Pepper

Terdapat juga beberapa menu lain yang turut disediakan seperti Kambing Golek , Nasi Goreng , ABC , Otak-otak , Kepak Ayam BBQ , dan Ice Monster yang juga merupakan menu terbaru dari D'Kayangan Steamboat ini . Terdapat kurang lebih 199 jenis hidangan yang korang boleh nikmati di sana . Haa kau , makan sampai mengah  :)


Dan berita baik untuk semua pengunjung , korang berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah pada setiap hari Jumaat Sabtu dan Ahad . Apa hadiahnya ? Dorang bagi Tudung Fareeda tau . Kau ada ?
Sekiranya korang berminat untuk datang ke sini , aku sarankan korang untuk buat tempahan terlebih dulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan iaitu dengan menghubungi 012-2971091 / 017-3277904 / 03-55234979 . Booking meja . HAHA .
 
Dan kat sini aku share dengan korang serba sedikit details :
 
Harga Seorang 
RM40.20 (Dewasa)
RM20.05 (Kanak-Kanak 5-11 tahun)

*Harga termasuk GST 


D’Kayangan Steamboat & Grill Shah Alam
No.1 Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


Waktu Operasi: 6.00pm – 2.00am
Facebook: Steamboat BBQ Buffet Dkayangan
Instagram: @dkayangansteamboat
Twitter: @dkayangansteamboat

Landmark : 
Stadium Shah Alam , Restoran Tupai-Tupai & Cafe Hayaki .
 
RATE : Meeya bagi 9/10

Tanda Wajib Berkahwin .

1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang .
2. Kehidupan tidak teratur .
3. Jiwa menjurus ke arah lawan jantina .
4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina .
5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain .
6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak .
7. Jatuh cinta pada seseorang .
8. Desakan hawa nafsu .
Hee . Jangan buat kerja last minit . Semoga Allah permudahkan semua urusan untuk korang yang bakal menamatkan zaman bujang , termasuk aku ! In shaa Allah .

PENCARIAN BLOGLIST THEATHRA .

 
http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html
10 pemenang akan diumukan pada 28 FEB 2016 .
Moh ler kita support :)
 
Picit banner untuk join ~

Again , trip to Melaka .

Ceritanya masa CNY hari tu . Baru sempat nak update . Hee ~ Ke Melaka lagi aku . Stay mana ? Stay rumah abang Si Fendy . Pergi dengan siapa ? Kitorang ke sana 3 biji kereta . Ramai kan :)

Tuan rumah datang jemput kat Shah Alam . Wah mengada kau . HAHA . So Sabtu petang kitorang ke sana . Sampai lebih kurang jam 8 malam . Malam tu just rehat-rehat . Berborak sebab masing-masing lama tak jumpa . Lagi-lagi Si Fendy lah . Susah nak cuti dia tu . Memandangkan pulak , kalau masuk je ke Kem Askar tu , line fon terus hilang . Kalau ada pun nasib-nasib jea . U mobile memang out terus .

So Ahad tengahari tu kitorang ke pantai . Kurang lebih 20 minit dari rumah . Pengkalan Balak . Tak sabar aku nak keluar berjalan . Salah satu sebabnya nak dapatkan coverage . HAHA . 
Bebudak jea yang mandi . Aku tak mandi pun . Sebab yang jenisnya aku tak berapa nak berani mandi laut . Petang tu rehat kat rumah dan prepare untuk bbQ pada waktu malam .

Isnin barulah keluar pusing-pusing bandar Melaka . Jammed jangan ditanya . Sampai penat aku nak selfie dalam kereta . Tapi orang tu kat mana sempat jea dia asyik tidur . Apa pun tak boleh hang ni Fendy .
Sempatlah merap nak naik beca . HAHAHAHAHA . RM25 untuk satu pusingan . Sebuah beca boleh naik dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak . Si anak buah ni pada awalnya nak naik dengan kitorang , pastu nak naik dengan ibu dia pulak . bagi peluang kat Achik ler tu nak sweet-sweet dengan babu ( panggilang utk aku ) ~
Beca pertama dari kiri , Kakak Si fendy + husband , beca kedua kitorang , beca ketiga Along Si Fendy + wife , beca last his second brother + wife + cucu saudara . Giler ah tak percaya aku bila kena panggil " nenek " dengan bebudak tu . HAHAHAHA . Ni aku rasa kelakar sangat . Nenek kau muda sangat dik :D 
Dan ini semua kitorang . Siapa ambilkan gambar ? Kawan Si Fendy . Ada kawan dia ikut pulang .
Terima kasih sayang . Terima kasih semua sebab tak pernah buat Mira rasa terasing . Mira happy dengan semua .
Even dapat jumpa sekejap , ia sangat bermakna untuk aku . Bukan senang bila kau pilih pasangan yang bekerjaya askar . Jarak jauh , jarang contact , jarang bertemu tu kau kena hadap . Till we meet again .  


Nota tapak kaki : Ada jugak aku share gambar di IG . Boleh click SINI .

Terima Kasih Chenta.

Minggu lepas Si Tunang cuti . Maka pulang lah beliau ke Bumi Shah Alam , rumah kakaknya . Jam 10 pagi lebih kurang dia dari Perlis , jam 3 petang sampai di rumah . Cepat ? Sebab ? Sebab dia naik train laju tu . Ikutkan dah beli tiket bus , ntah macam mana berubah fikiran nak naik train pulak . So , atas permintaan beliau macam selalu , dia minta aku datang rumah si kakak sebelum dia sampai . Katanya tak best kalau dia sampai tapi aku tak ada . Okay mengada jugak kan :)

So aku pun ke sana . Rindu tahu ! Even baru jumpa dua minggu sebelum time kitorang pergi melawat dia dekat kem hari tu . Masa aku sampai tu , abang dia yg stay di Melaka tu pun dah sampai . Hehe ~

Sampai jea kat rumah , dihulurnya aku satu plastik hitam yang isinya handphone baru . Berbunga bunga hati kak kechik ni .
Thank you b . You make my day . Orang hargai . Dan akan jaga elok-elok . Hehe . Sekali lagi , terima kasih sayang .

Dan sepanjang aku dengan dorang sefamily tu lah aku kena bahan . Bertabahlah Meeya . HAHAHAHAHA . Jangan jeles eh Along , Kak Tini , Abg Lan . Kihkihkih  :P

Menang Hadiah GA Anjuran Blogger Cik Hani.

Hari tu aku ada join GA Kenangan Manis dari Blogger Cik Hani dan tak sangka pulak aku menang . HAHA . So , apa hadiah yang aku dapat ?
Dan ini lah hadiahnya . Aku tak tahu apa hadiah yang aku terima sehinggalah aku buka parcel tu . Makcik tu taknak cakap sampai ke sudah . HAHAHAHA . Btw , i like . In shaa Allah novel tu akan di baca . Mungkin akan ambil masa yang lama sebab aku ni bukan hantu novel . Tebal kau :D 

Dan tudung tu cantik sangat ! Korang yang lain tu menang apa ? HAHAHAHA . Sibuk nak tahu  :P

BBQ di Kampung With My Beloved Family .

Sekejap timbul sekejap tenggelam . Itulah Meeya Techik . HAHA . So untuk entry hari ni aku nak share pasal balik kampung hari tu . Sempatlah plan dengan family untuk buat BBQ . 

Awal pagi Sabtu tu aku minta mak call Pakcik Ayam tu untuk tempah ayam siap-siap . Empat ekor potong 16 . Awal pagi Ahad , anak kepada pakcik tu datang hantar , tapi hanya tiga ekor . Takut abah bising , sebab jenisnya abah tak suka sikit-sikit kalau nak makan reramai . Terpaksa minta pakcik tu datang hantar lagi sekor setengah . Bukan salah aku pun . Salah dia yang hantar sikit . Haa hantar laa lagi sekali . 

Mak tak ada . So aku dengan kakak yg memroses ayam tu dari cuci , cari bahan untuk perap . Menu untuk perap ayam ni kitorang minta bantuan dari Paksu aku . Sebabnya Paksu aku ni tukang masak dan menyediakan perkhidmatan katering untuk kenduri .

Sebelum maghrib , abang ipar aku dah hidupkan bara api . Sebab kami plan nak makan lepas solat maghrib .
Macam biasa , kami bakar depan rumah jea . Tempat makan ? Of course atas jalan macam selalu :) Ada menu tambahan bihun goreng , sup cendawan dan air . 


Walaupun tak semua ada , tapi happening ! Sesekali buat makan makan macam ni kan . Nanti next time kita plan lagi , in shaa Allah kalau ada rezeki lebih . Hehehe :)
 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz