Trip To Perlis With Love.

First of all aku nak sedekahkan Al Fatihah untuk diri sendiri sebab malas bebenor nak update blog . HAHA . Bukan apa , sebab cajer laptop aku putus. Gasak nau Meeya Techik ni . Muahaha . Dan malam tadi aku dah beli yang baru . Nantilah aku update .

Dan minggu lepas aku balik kampung , Penang . Ambil cuti tahunan sehari . So hari Khamis malam aku gerak dari Shah Alam . Dan sampai di sana awal pagi Jumaat . 

Tujuan aku balik kampung tu salah satunya adalah untuk melawat Incik Tunang di Kem beliau . Mulanya plan nak melawat masa Raya Cina . Memandangkan time tu mak dan abah aku akan ke Langkawi , so kami awalkan untuk pergi jenguk dia . 

So awal pagi Sabtu jam 7.30 pagi lebih kurang , kitorang ( mak , abah , kakak , abang ipar , anak buah dan aku ) gerak dari Penang menuju ke Perlis . Masing-masing tak tahu jalan , hanya mengharapkan bantuan Incik Waze sahaja untuk sampai di UITM Arau . Di situ ada seorang kenalan aku merangkap adik angkat zaman sekolah dulu datang pick up kitorang dan bawa ke kem Si Fendy . Nasib baik ada si adik . Kalau tak aku tak tahu ke mana lepasnya kitorang time tu sebabnya kem Si Fendy ni adalah kem baru . Waze pun tak dapat detect lagi .

Dalam perjalanan tu , abah minta abang ipar berhentikan kereta di tepi jalan untuk beli buah mangga untuk di bawa ke Fendy . 

Setelah puas bergaduh berkelai dengan kakak , akhirnya 11.30 pagi kami sampai . Sementara nak tunggu Si Fendy siap semua , abah sempat berborak dengan JAGA dekat kem tu . Memandangkan abah aku juga " bekas askar " , macam senang sikit nak jumpa Si Fendy . Tapi lama jugaklah tunggu . Berasap rasa . Panas giler kat Perlis tu .
Nak celik mata pun tak boleh . Wkwkwkwkwkwk . Dah ler gemuk . HAHAHA . Dah laa tunggu lama , dah keluar pun ke kedai makan . Sekali Si Fendy cakap kena masuk semula ke dalam kem . Alahai , terpaksalah kitorang masuk semula . Borak-borak dengan mak abah . Abah lah paling banyak menyoal . Sebab abah jea tahu pasal askar ni . Abah tak bagi langsung peluang untuk aku lepas rindu . HAHAHAHAHA .

Mak pulak bekalkan macam-macam makanan untuk dia . Untung lah kau . Disayang mertua . Hehe . Makanlah sampai puas . Nak makan macam-macam sangat kan  :)
Aku tak sempat snap gambar pun . Ni gambar yg dia kirimkan dalam group family dia . Tu makanan orang sakit . Sebab awak kena jaga makan awak . Pantang lah dulu . Nanti baru makan seafood ye . Dan adik pulak sempat lagi nak sweet-sweet dengan akak . Thanks untuk tudung cantik ni  :)
Satu jam setengah lebih kurang , kitorang gerak dari kem dan menuju ke Padang Besar . Bukan Perlis lah kalau ke sana tak jenguk Padang Besar kan  :) ~ Tapi Padang Besar sekarang tak macam dulu . Dulu murah barangnya . Sekarang hanya mampu jalan dan tengok . Tapi sempatlah jugak aku capai dua helai tishirt , sebiji beg dan beberapa jenis makanan . Samalah macam mak abah , kakak dan abang ipar .
Misi mencari pulut mangga akhirnya berjaya . Sepinggan RM7 . Mangga banyak . Sedap pulak tu . Puas hati Kak Kechik  . Hehe ~ Selesai membeli itu dan ini , kitorang gerak balik Penang . Sebelum sampai rumah , singgah di rumah abang sulung aku untuk hantar ole-ole dari Perlis . Abah tak pernah lupa semua anak-anak . Untuk adik bongsu yg di JB juga , ada ole-ole untuk hang . Cepat-cepatlah balik Penang .

Ahad cerita bersama BBQ pulak . Nanti aku share :)

Salam Perpisahan Untuk Kak Neeza , Hafiz dan Zul .

Salam Perpisahan . Untuk seorang kakak yang dulu sama-sama kerja , sama-sama gosip , share cerita suka dan duka , share makanan , jiran sebelah meja . 30 Disember hari last Kak Neeza dengan TM . Dia ambil keputusan untuk letak jawatan . Sekiranya aku di tempat dia , benda yang sama aku akan buat . Thank akak untuk segala-galanya yang kita kongsi . Saya doakan semoga akak dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan .
Gambar kenangan . Disebabkan office baru , belum ada tempat yang cantik untuk bergambar . Bilik AGM pun jadi lah . Hehe ~
Hafiz dan Zul . Pun dah habis SL1M diorang . Semoga korang berjaya di tempat baru . Dah tak ada orang mengacau aku , menyakat aku kat office . Aman damai rasa . HAHAHAHAHAHA .
Orang kuat Complaint Management Team . Kuat sangat . Nak lembik dah aku rasa . Kerja belunggok tapi staff tak cukup . HAHAHA . Nasib badan . Semoga kita terus istiqamah dan ikhlas . 

Untuk korang bertiga , jangan lupa kitorang kat sini . Wakakakaka . K bye  :)

Rancang Cuti Tahunan 2016 Dengan Lebih Baik .

Haa kau . Tajuk bukan main panjang . Hehe . Memandangkan kita dah melangkah ke tahun baru , so cuti tahunan pun telah diperbaharukan . 
Untuk tahun ni aku ada 14 hari Cuti Tahunan , 18 hari Cuti Sakit ( MC ) dan 7 hari " Cuti Kahwen " . Wakakaka . Seharusnya aku kena plan cuti aku sebaik mungkin . Mana tahu zaman bujang akan ditamatkan pada tahun ni ke kan . Kang menggagau aku cari cuti . Dan yang paling best , Raya tahun ni aku tak payah nak apply cuti banyak hari . Sebabnya TM gantikan dengan cuti 1TM . Jimat cuti aku . Tak macam tahun lepas . Banyak kena cuti paksa . 
Yabedabeduuu ! Semoga Meeya Techik tak mensia-siakan cuti tahun ni . Disiplinkan diri awak ye Ya  :)

GiveAway : Kenangan Manis 2015 .

*Hari ni nak guna YA . Panggilan dari family dan Incik Tunang :)

Korang , jom join GA dari BFF Ya ni . Hadiahnya sangatlah best-best . Wakakaka .
Dan apa kenangan manis seorang Meeya Techik untuk tahun 2015 ? Ya rasa banyak sangat kot . Dari awal tahun sampai lah ke hujung tahun . Dapat pergi Sabah untuk kali kedua , dapat tengok adat orang sana . Rezeki ditetapkan kerja . Pindah office baru . Dapat ramai lagi kenalan baru . Dapat celebrate birthday dengan family . 


Tu jea lah . 
Got to go ~

tQ Hani ! 

Short Trip To Cameron Highland .

Cerita hari Ahad lepas . Orang lain sibuk prepare untuk anak-anak ke sekolah , kitorang sempat naik Cameron Highland . Ikutkan last aku ke CH bulan Mei 2015 lalu dengan family aku , masa terjumpa Blogger Zaza tu . Dan kali ni aku ke sana bersama family Incik Tunang pulak .

Hari Sabtu pagi Along wasap aku dan ajak ke CH . Pada awalnya aku agak keberatan untuk ikut . Tapi macam tak best pulak kalau dua tiga kali orang ajak kita tak ikutkan . Lagi-lagi pulak ayah Incik Tunang pun dah call minta ikut diorang ke sana .

Awal pagi Ahad , jam 7.30 pagi lebih kurang , bertujuh kami ke sana . Untuk jimat , kitorang bawa bekal . Hehe . On the way ke CH , sempat kami singgah di Lata Iskandar untuk stop makan dan ambil gambar . Hehe ~

Panas habaq hang . Mata pun nda buli celik . Macam biasa , Incik Tunang aku tak dapat ikut . Kesian awak yunk . Jangan jeles ye . Hikhik . Selesai makan , kitorang terus ke Ladang Strawberry . Menikmati strawberry segar dengan ais krim . Tengahari macam tu , dapat makan ais krim , Allah . Nikmatnya rasa . 

Sebekas Chocolate Strawberry berharga RM10 . Puas hati sebab banyak . Makan lima orang pun cukup . Strawberry Ice Cream RM5 semangkuk . Kitorang beli tiga mangkuk . Pun sedap jugak . Hehe ~ 

Lepas dah puas makan strawberry , masing-masing tak sabar nak ke tempat lain . Membeli itu dan ini . 

Mungkin kitorang ke sana pada waktu siang , tak terasa sejuknya . Berbanding dengan dulu . Tak kira siang atau malam , sejuk tu tetap akan rasa .

Selesai membeli , jam 4 lebih kitorang turun . Masa tu aku dah mabuk jalan . HAHA . Mahunya tak jalan bengkang bengkok . Sampai kena selubung muka dengan sweater . Nak tengok luar pun dah tak boleh , terasa nak muntah . 

Even macam tu , aku tak serik untuk ke sana lagi . Wakakakaka ~

Thanks to dorang dorang yang sudi mengajak . In shaa Allah nanti kita ke tempat lain pulak . Hik !

Review : Shopping Bersama TheKayciks .

Selamat hari Sabtu korang . Hari ni nak share tentang pengalaman aku membeli dengan TheKayciks . Apa yang aku beli ? Of course aku beli keychain LEBAH . 100% handmade .  

Nak tahu berapa harga keychain tu ? RM5 je weyh ! Itu belum masuk postage lah . Bagi aku sangatlah berbaloi sebab owner akan buat mengikut kehandak yang kita nak . So , korang boleh request corak macam mana , jenis tulisan , warna apa . Dan dalam masa 3 hari dah selamat mendarat ke tangan aku . Cepat kan  :) . 

Dan ini , owner akan tunjukkan kepada kita terlebih dahulu samada puas hati atau tak dengan design yang telah dicorakkan sebelum dijahit . 
Selain daripada keychain , banyak lagi barang-barang yang comel dan murah yang korang boleh dapatkan dari TheKayciks ni . 
Ini semua handmade tau . Kalau nak tengok macam-macam barang lagi korang boleh terus click details TheKayciks ni :

Instagram : thekayciks 
Email : kaycikempire@yahoo.com.my
Hubungi : 0174316511

J E M P U T   F O L L O W  Y E ! !

Dan aku suggestkan untuk korang yang blur-blur ayam tak tahu nak bagi hadiah untuk seseorang , atau nak jadikan gift di majlis perkahwinan , korang bolehlah jadikan TheKayciks ni sebagai salah satu penyelamat korang . Hehe .

Kepada yang berminat untuk hasilkan kraf sendiri , TheKayciks juga ada menyediakan material macam dalam gambar kat atas tu . So , bolehlah borong dengan owner ! Selamat bershopping guys ~

Selamat Tahun Baru 2016 .

1/365 . Entry pertama di tahun 2016 . Selamat Tahun Baru korang semua ! Alhamdulillah , syukur . Masih diberi peluang untuk merasa tahun baru . Hehe . Ikutkan malam tadi nak keluar tengok bunga api , tapi lepas solat Isyak aku terus tidur . Sedar sedar dah tahun baru pun . Itu pun sebab housemates berlari dalam rumah pergi ke tingkap untuk tengok bunga api . Almaklumlah , rumah depan Icity kennn . So tengok dari rumah jea . Berdentum dentum aku rasa dinding bilik . HAHA . Takut pun ada .

Jadi apa azam korang ? Dan apa azam aku ? Ada ke azam aku ? Phewww . Tak banyak yang aku harap , cuma semoga di tahun baru hidup ini lebih diberkati , keluarga dan orang orang yang sayang sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah . Dipermudahkan segala urusan aku . Dimurahkan rezeki . Dan semoga zaman bujang akan tamat pada tahun ni . Ehh--
Dan untuk korang , aku ucapkan semoga semuanya akan run smoothly . Dipermudahkan segala urusan jugak . Tutup buku lama , kita buka buku baru naa . Yang buruk kita tinggal , yang baik kita buat panduan . 

Bye 2015 dan Hye 2016 ~
 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz