Ber Nan Cheese di RSMY Kuala Lumpur !

Alhamdulillah . Tercapai jugak hajat untuk merasa Nan Cheese di RSMY Kuala Lumpur . Teringin lama dah kot . Housemate ada jugak cerita yg nan cheese dekat situ sedap . Aku adalah salah seorang hantu cheese bernekad untuk pergi merasa tara mana kesedapan yg depa dok habaq tu . Kih !

So , gigih kitorang ke sana . Dari Shah Alam bertiga . Tak jauh sangat , tapi tersesat lah sikit sebab tersalah masuk lorong . Ramai jugak orang . Kena beratur untuk dapatkan meja . Kitorang bernasib baik sebab pergi bertiga . Kalau pergi ramai , korang kena tunggu lama sikit sebab nak dapatkan meja .
Dengan siapa aku pergi ? Haa dengan housemates aku . Kebetulan dorang tengah free malam tu . Nasib baik dorang mau teman . Kihkih . Jadi apa kami order malam tu ?
Nan Cheese biasa je kami order . Sebab yg biasa pun cheese dia dah melampau . Haha . RM6 ++ .  Ini pun aku share berdua . Sedap , tapi tak boleh masuk banyak sangat . Agak muak .
Ayam Tandoori . RM10 ++ . Kami amek satu je dan share tiga orang . Itu pun jenuh nak habiskan . Sedap ! Tak tipu . Korang mesti cuba . Berpatutan dengan harga . Sebab kitorang makan malam tu , dua set nan cheese , satu ayam tandoori , air limau panas , laici buah dan ribena . Total RM32 something . Ok lah tu . Puas hati .

So kalau korang nak ke sana boleh waze RMSY Nan Cheese . Berdekatan dengan Sogo KL . Di celah celah lorong . Waze je , jumpa juga tu . So untuk hantu cheese , Selamat Terjah ke sana ! Dan kalau nak tengokj video cheese di tarik tarik , boleh terjah Ig aku , @meeyatechik  :)

No comments:

Post a Comment

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz