Semoga Cepat Sembuh !

Kenapa Si Fendy masuk wad ? Allah . Dugaan untuk dia . Dan of course aku juga jadi tak senang hati . 

Nak ikutkan waktu sekarang sepatutnya dia tengah operasi dekat Kelantan . Sempatlah tiga minggu kot dia masuk ops . Kalau yg sebetulnya tempoh ops dia selama dua bulan lebih .

Siang hari tu dia ada bagitau yg dia ke hospital dekat Kelantan sebab batuk . Setahu aku dia memang batuk dah lama pun . Dah macam-macam ubat batuk dia minum , tapi macam tak ada kesan . Batuk pulak jenis teruk . Kesian rasa . 

Lepas tu dia dapat mc . Dia dihantarkan balik semula ke unit dia di Gerik . Refer Resat , dan Resat suruh refer Hospital Gerik . Dan dia disahkan kena TB . ALLAH . Siapa yg tak risaukan . Dekat Hospital Gerik , dia dimasukkan dalam wad yg single . Sebab TB ni boleh berjangkit kan . 

Sudah laa nak dekat Raya , kena pulak time birthday dia . Memang terkilan sgt .


Luluh hati bila tengok gambar ni . Semoga awak cepat sembuh dan sihat macam selalu . Kurus sangat dia waktu memula warded haritu . Selera makan entah ke mana . 

Alhamdulillah sempatlah aku singgah melawat dia masa dalam perjalanan aku balik dari Shah Alam ke Penang . Betul kata orang , lelaki akan jadi lebih " mengada " bila diorang tengah sakit . Nak merajuk saja pakcik ni . Nasib baik tgh sakit , kalau tak memang malas nak melayan . Hahahahaha .

Raya ketiga aku datang semula dengan family aku . Dua minggu dia dalam wad , doktor benarkan dia balik unit . Tapi still kena pantau dan makan ubat sampai sekarang . Dan yg paling kena sabar , dia kena kuarantin nak dekat dua bulan . So , kuarantin juga untuk berjumpa . In shaa Allah ada rezeki berjumpalah kita lagi nanti . Yang penting awak sihat macam selalu dan kena janji makan banyak² . 
Jaga kesihatan awak . Doakan dia cepat sembuh ye korang . 

No comments:

Post a Comment

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz