My New Housemates .

Hai korang ! Lama giler aku menyepi . Update satu entry pastu aku ghaib . Update pulak lagi satu entry , then aku ghaib lagi . Muahaha . Sorry guys .

Yang hari ni pun , ikutkan aku on lappy sebab nak selesaikan segala kerja office yang sedang berkubu tu . Tapi disebabkan stress dengan keadaan rumah yang tengah renovate , aku beralih ke blog . Kerja satu habuk pun aku belum buat . Serabut wey . Ketuk sana ketuk sini , gerudi sana gerudi sini . Ikutkan hati nak je ke rumah Along Incik Tunang , tapi kalau aku ke sana macam mana aku nak buat kerja . Haha . Duk dalam rumah pun kena pakai tudung ni . Nasib lah aku bukan keseorangan dalam rumah . Bertemankan housemates yang lain . Dorang pun senasib macam aku . Tapi yang tiga orang dah selamat ke library . Tinggal lah kami berempat termasuk aku , Seha , Diana dan si Paen . Ngeri jugak sebenarnya bila ada lelaki masuk dalam rumah kita yg bujang trang tang tang ni .
Kepala hotak aku macam macam fikir . Lagi lagi lah bila lepas viral kes " cangkul " tu . Takut woiii . Cepatlah siap wahai rumah .

So , jom aku kenalkan dengan my new housemates . Hee . Buat masa sekarang , kitorang berlapan dalam rumah ni . Ramai , tapi meriah . Bilamana semua sekepala . Haha . Takde lah macam sebelum ni yang buat aku rasa macam duduk dalam penjara je . 

Sekarang ni Alhamdulillah . Hee . Seronok . Nak ke mana mana pun ada lah geng untuk di bawa . Hihi . So siapa dorang tu ? Tiga orang dari Perak , seorang dari Sabah , dua orang dari Terengganu , sorang KL dan sorang lagi tu aku ler .
Ni di airport . Jam 2.30 pagi macam tu . Time tu kitorang hantar si Awei nak balik Sabah . 

Majority dorang ni semua student degree dan master . Aku salute sebab dorang study sambil bekerja . Aku ni dah tak lut nak belajar . Haha . Malas dah rasa . 
Hewhew . Time ni kitorang ke Klang . Cari nasi kambing . Berlima je . Lagi 3 taknak ikut . Cukuplah gambar banyak tu . Kalau nak tengok gambar selalu , jemputlah follow instagreng aku Meeya Techik  :)

Ok bai .

2 comments:

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz