Terbaru dari D'kayangan Steamboat Shah Alam .

Baru-baru ni aku bersama rakan-rakan blogger yang lain berpeluang untuk menikmati steamboat yang seringkali menjadi sebutan orang ramai bertempat di D'Kayangan Steamboat Sec 13 Shah Alam .

Kali ini kami diperkenalkan dengan satu konsep baru iaitu dengan menggunakan Arang Batu untuk ber BBQ sambil bersteamboat . Hewhew . Senang cerita , kau pergi satu tempat , kau boleh dapat 3 Dalam 1 . Steamboat + Grill + Pembakar Arang Barbeku (BBQ). 

Kebiasaannya kita hanyalah disediakan dengan grill  dan steamboat yang dihidangkan bersama sup atau tomyam sahaja . Jadi , konsep baru iaitu pembakar arang batu yang dilancarkan ini adalah untuk memberi sedikit kelainan kepada setiap pelanggan yang datang. Pada aku , ini adalah salah satu cara yang sangat menarik di mana kita dapat menikmati hidangan seperti daging atau pun ayam yang di bakar dengan menggunakan arang . Marbeles gitu . Feeling macam tengah BBQ tepi pantai tau . Haa gitewww  :)
Selain itu , korang juga boleh menikmati hidangan skewer yang baru diperkenalkan oleh Chef Shahnizam iaitu salah seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari dan masakan. Antara menu skewer yang disediakan adalah : 
- Perapan Ayam Skewer Berempah
- Daging Skewer Berempah
- Daging Skewer Kicap
- Sotong Skewer Pedas Cilantro
- Ikan Dory Skewer Berempah
- Udang Skewer Cilantro Pepper

Terdapat juga beberapa menu lain yang turut disediakan seperti Kambing Golek , Nasi Goreng , ABC , Otak-otak , Kepak Ayam BBQ , dan Ice Monster yang juga merupakan menu terbaru dari D'Kayangan Steamboat ini . Terdapat kurang lebih 199 jenis hidangan yang korang boleh nikmati di sana . Haa kau , makan sampai mengah  :)


Dan berita baik untuk semua pengunjung , korang berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah pada setiap hari Jumaat Sabtu dan Ahad . Apa hadiahnya ? Dorang bagi Tudung Fareeda tau . Kau ada ?
Sekiranya korang berminat untuk datang ke sini , aku sarankan korang untuk buat tempahan terlebih dulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan iaitu dengan menghubungi 012-2971091 / 017-3277904 / 03-55234979 . Booking meja . HAHA .
 
Dan kat sini aku share dengan korang serba sedikit details :
 
Harga Seorang 
RM40.20 (Dewasa)
RM20.05 (Kanak-Kanak 5-11 tahun)

*Harga termasuk GST 


D’Kayangan Steamboat & Grill Shah Alam
No.1 Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


Waktu Operasi: 6.00pm – 2.00am
Facebook: Steamboat BBQ Buffet Dkayangan
Instagram: @dkayangansteamboat
Twitter: @dkayangansteamboat

Landmark : 
Stadium Shah Alam , Restoran Tupai-Tupai & Cafe Hayaki .
 
RATE : Meeya bagi 9/10

2 comments:

  1. banyaknyaaaaaa bahan dia. rasa mcm berpatutan sgt dgn dia punya harga

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz