BBQ di Kampung With My Beloved Family .

Sekejap timbul sekejap tenggelam . Itulah Meeya Techik . HAHA . So untuk entry hari ni aku nak share pasal balik kampung hari tu . Sempatlah plan dengan family untuk buat BBQ . 

Awal pagi Sabtu tu aku minta mak call Pakcik Ayam tu untuk tempah ayam siap-siap . Empat ekor potong 16 . Awal pagi Ahad , anak kepada pakcik tu datang hantar , tapi hanya tiga ekor . Takut abah bising , sebab jenisnya abah tak suka sikit-sikit kalau nak makan reramai . Terpaksa minta pakcik tu datang hantar lagi sekor setengah . Bukan salah aku pun . Salah dia yang hantar sikit . Haa hantar laa lagi sekali . 

Mak tak ada . So aku dengan kakak yg memroses ayam tu dari cuci , cari bahan untuk perap . Menu untuk perap ayam ni kitorang minta bantuan dari Paksu aku . Sebabnya Paksu aku ni tukang masak dan menyediakan perkhidmatan katering untuk kenduri .

Sebelum maghrib , abang ipar aku dah hidupkan bara api . Sebab kami plan nak makan lepas solat maghrib .
Macam biasa , kami bakar depan rumah jea . Tempat makan ? Of course atas jalan macam selalu :) Ada menu tambahan bihun goreng , sup cendawan dan air . 


Walaupun tak semua ada , tapi happening ! Sesekali buat makan makan macam ni kan . Nanti next time kita plan lagi , in shaa Allah kalau ada rezeki lebih . Hehehe :)

No comments:

Post a Comment

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz