Port Bujang Seksyen 7 Shah Alam .

Hai korang semua . Buat apa jea memalam macam ni ? So malam ni nak share dengan hampa sikit . Petang tadi aku dengan dua orang budak rumah terjah ke satu kedai baru iaitu PORT BUJANG di area Seksyen 7 Shah Alam ni . Berdekatan dengan Restoran Hakim tapi di lorong tengah . So kalau korang tau Hakim Seksyen 7 , korang akan jumpa kedai Port Bujang ni .
 Sila abaikan muka aku yang entahapaapa tu . Haha :)
 
Ni Azmanira aka Along , roommate merangkap housemate aku . Haha . 
 Aku dengan Si Hanim memilih set Ayam Grill + Nasi Goreng = RM11 utk satu set .
 
Dan aku add on wedges keju ni . Pelik nau bila sebut bahasa melayu . Haha . Yang ni hanyalah RM4 . Murah kan . 


Ini pilihan si Along . Set Kambing Grill = RM12 .

Kitorang order 3 gelas air sirap limau . Total semua RM41.90 utk tiga orang makan . Sangat berbaloi . Dan pastti akan repeat . Rasa makanan tak mengecewakan . Banyak pulak tu sampai aku terpaksa hulur ke diorang utk tolong habiskan . So kat bawah ni harga utk semua makanan . Cuma tak ada harga air . Haha .


Lirik Lagu Lebih Sempurna - Syamel .

Ombak laut , angin bayu
Menemaniku dikala terkenang dirimu .
Manis indah dalam cinta .
Tak pernah ku sangka kau pergi hanya kerana dia .

Bertahun sudah kita bersama .
Hanya dusta sebalik setia .
Kau biarku derita .
Menangis di dalam jiwa .

Kau terluka akulah peneman ,
Kau bahagia aku ditinggalkan .
Mudahnya kau berubah ,
Sepiku berteman air mata .

Berlalulah kau masa .
Aku tidak berdaya .
Temukannya yang lebih sempurna .

Bertahun sudah kita bersama .
Hanya dusta sebalik setia .
Kau biarku derita .
Menangis di dalam jiwa .

Kau terluka akulah peneman .
Kau bahagia aku ditinggalkan .
Mudahnya kau berubah .
Sepiku berteman air mata .

Berlalulah kau masa .
Aku tidak berdaya .
Temukannya yang lebih sempurna .
Temukannya yang lebih sempurna .
Temukannya yang lebih sempurna .

Hilang Keberkatan dan Rezeki Dalam Keluarga .



Morning korang , selamat berhujung minggu . Pagi ni nak share antara punca-punca hilangnya keberkatan dan rezeki dalam sesebuah keluarga .

1. Sering bergaduh.

Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat.

2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki.

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

4. Kikir dengan pasangan dan anak-anak.

Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah SWT beri adalah untuk dikongsi bersama.

5. Gagal mengawal emosi dan amarah.

Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Kurang sabar.

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan dan rezeki.

7. Kurang berdoa.

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama . Kongsikan kepada sahabat-sahabat anda !

Sumber : Saja Sembang

Kerana DIA Maha Segalanya .

Kita semua pernah jatuh .
Adakala sampai hidup cuma sekadar hidup .

Tapi kau kena ingat satu .
Tuhan tak pernah baling dadu .
Nak tulis takdir hidup hambanya satu persatu .

Dia tulis dengan bijaksana .
Dia lakar dengan cinta .
Dia olah penuh rasa .
Dia tahu tiap yg terpeta .

Dia lebih tahu segalanya .


Facebook Kena Blocked Lagi .

Morning guys . Harini hari kedua FB aku kena block . Punyalah rasa tak best . Haha . Sebab langsung tak boleh nak up status , nak komen , nak like . Nak semuanya tak boleh . Katanya tiga hari . So , tunggu jea lah kan . Kalau tak boleh jugak lagi , memang aku buka akaun baru lah . Sebab ini kali kedua dalam waktu terdekat aku kena block dgn Mark .

Ole-Ole Dari Sabah .

Sebelum tidur punya entry . Hehe . Disebabkan Si Fendy balik kampung , maka gua takan terlepas utk kirim ole-ole selain daripada kirim salam ke mama dan ayah . 

So , benda wajib setiap kali dia akan bawa adalah belacan dan ikan bilis . Belacan tu sedap oiii . Rupa pun unik . Kalau kat semenanjung ni belacan dia semua bentuk petak dgn bulat . Tapi kat sana menyerupai " ais krim milo " bak kata akak office aku . Hehe .

Ok , saja jaa nak share yg tu . Haha . Aku ni dari kurang makan belacan , terus jd peberet . Tulah awet muda . Hahahahahaha . Kbai  :P

Dugaan Bercinta & Menjadi Isteri Seorang Tentera .

 Hanya lelaki yang kuat mampu menjadi seorang tentera . Dan hanya wanita yang kuat  yang layak menjadi isteri seorang tentera .

Senang untuk difahami :
  • Kau boleh bertahan dengan jarak .
  • Kau boleh bertahan dengan rindu . 
  • Kau boleh bertahan bilamana kau jatuh dan dia tak ada di sisi .
  • Kau boleh bertahan bilamana kau menangis dan dia tak ada utk seka air mata .
  • Kau boleh bertahan bilamana takbir raya bergema dan dia tak ada bersama .
  • Kau boleh bertahan saat kau berhempas pulas melahirkan zuriat dan dia sedang operasi demi mempertahankan negara .

Kau mampu bertahan ? Bercinta dengan seorang tentera , kau perlu bercinta bersama kerjayanya .

" Tak apa sekiranya kau tak faham aku ,
 tapi aku mohon kau faham kerjaya aku "

Farewell SL1M & EEA CXM Petaling Jaya .

Disebabkan aku bosan , maka wujudlah entry kedua utk harini . Haha . Alhamdulillah , last minit punya plan yg menjadi . Plan sebelum ni nak ke Sky Trex , nak ke sana nak ke sini semua tak menjadi . Last-last tasek tepi office jugak yg menjadi perhatian . 
Kitorang just amek masa dua jam waktu bekerja . Event sekejap , tapi meriah . Sempatlah bagi hadiah untuk adik-adik SL1M yg bakal tamatkan dorang punya latihan 30 November nanti . Sedih pulok . Sempat jugak celebrate birthday staff yg lahir pada bulan Julai sampai December .

Sempat jugak kitorang bersukaneka jerit menjerit . Haha . Sesekali buat aktiviti outdoor macam ni best jugak . Boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan boleh hilangkan stress . Dapat lupa jap segala masalah yg ada . 
Thanks utk semua AJK Kelab , kawan-kawan yg banyak membantu dalam menjayakan event ni dan semua yg bekerjasama antara satu sama lain . Love you guys :)

Merawat Kulit Wajah Dengan Produk Asvie Skincare .

Selamat berhujung minggu korang . Buat apa je cuti hujung minggu ni ? Aku baru je balik dari service #SitiAjiah . So dengan masa yg ada ni , aku nak share dengan korang tentang satu produk skincare yg menjadi pilihan aku .

Asvie Skincare di mana salah satu produk penjagaan muka yg menggunakan 100% bahan semulajadi di mana ia di hasilkan daripada sumber buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan . Sekaligus mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia . So . tak payah ragu-ragu dengan bahan yg telah digunakan . Memang diyakini selamat .

Kewujudan Asvie Skincare bermula pada 2015 yg telah diasakan oleh Puan Asmida yg berasal dari negeri Kedah Darul Aman . Seorang pengasas yg jelita dan awet muda , berusia 29 tahun ini telah memformulasikan produk penjagaan muka ini untuk perempuan atau pun lelaki . Kedua-duanya sesuai menggunakan produk ini kerana ia mempunyai ekstrak sakura di mana ia boleh membantu merawat kulit wajah dan mencantikkan kulit setiap pengguna .
 
Antara kelebihan produk Asvie Skincare ini adalah termasuk :

Facial Cleansing Bar (Sabun Berwarna Pink)
  • Melembutkan kulit
  • Membuang kotoran dan minyak yang terdapat di muka .
  • Membersihkan kulit tanpa menyebabkan iritasi pada kulit
  • Melicinkan dan menyegarkan kulit
  • Ia juga tidak menghakis kulit kerana ia menggunakan produk daripada bahan-bahan semulajadi .
Tinted Moisturising Creak ( Krim Siang Berwarna Coklat )
  • Melindungi kulit dari sinaran UltraViolet (cahaya matahari )
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Mempunyai bau yang cukup harum
  • Tidak berminyak dan tidak melekit
  • Tekstur yang lembut dan tidak perlu memakai bedak kerana ia bertindal sebagai 'foundation'
  • Mempunyai bahan semulajadi seperti Alpha Arbutin, Vitain B3 dan Vitamin C
Night Repair Cream ( Krim Malam Berwarna Pink )
  • Memudarkan parut jerawat dan jeragat
  • Mengecutkan jerawat dalam masa yang singkat
  • Kulit menjadi "Pinkish" secara semulajadi
  • Melembutkan dan menyegarkan kulit
  • Mengurangkan kedutan
  • Kulit makin bertambah glowing dan flawless seawal 24 jam
  • Mempunyai bahan semulajadi seperti Argan  Oil dan Vitamin E
  • Rasa sejuk apabila di sapu pada kulit
  • Krimnya tidak melekita dan mempunyai bau yang harum
 Mild Skin Toner

  • Mempunyai bau mint strawberi yang memberi kesegaran pada kulit 
  • Menyejukkan kulit wajah apabila disapu.
  • Memudarkan parut-parut jerawat
  • Mengecutkan jerawat
  • Menutup pori di wajah
  • Melembutkan kulit dan membuatkan kulit nampak lebih sihat dan berseri
Suka untuk aku kongsi dengan korang , testimoni yg telah berjaya menggunakan produk Asvie Skincare ini .


Harga : RM85 PENGGUNAAN SEBULAN
 
Jadi tunggu apa lagi , korang pun boleh cantik dan kacak dengan menggunakan Asvie Skincare ini . Untuk mendapatkan , korang boleh :

 
No. Tel. : +60187771808

Banner Warung Abah Kami !

Warung Abah Kami  di mana satu-satunya gerai abah aku . Haha . Mana datangnya nama Warung Abah Kami ? Of course lah aku yg bagi . Mula operasi lebih kurang dua bulan yang lalu . Mula terjebak bilamana adik aku habis study , dan masih belum bekerja . Memandangkan dia belajar dalam bidang kemahiran baking + masak tu . So abah buatkan kedai utk dia meniaga dalam kampung . Kihkih . 

Bermula dengan kecil-kecilan . Alhamdulillah kini mendapat sambutan . Pelanggan semakin ramai . Kami pun tak sangka sebenarnya . Tapi rezeki itu Allah yang bagi . Kami terima seadanya .
Alhamdulillah , abah besarkan sikit . Sebab ramai customer abah request air panas . Sebelum ni kitorang tak ada bancuh air panas pun .
Dan bila kedai dah dibesarkan sedikit , kami si anak-anak plan utk gantungkan banner agar kedai abah nampak lebih menarik . So , aku pun mencari org yg boleh buatkan banner . Dan terjumpa sorang akak ni . Hehe . Mungkin rezeki abah , akak tu bagi free untuk dua banner .

Semua tu akak tu yg design kan . Aku cuma bagi details ja . Memang puas hati sangat . Kemas pulak tu . So kalau korang nak tempah , boleh contact beliau di :

Facebook : Nonoe Mohammad

Utk akak nonoe , thanks tau . Semoga Allah murahkan rezeki akak . Amin . Dan doakan juga semoga keluarga saya dimurahkan rezeki .

Ber Nan Cheese di RSMY Kuala Lumpur !

Alhamdulillah . Tercapai jugak hajat untuk merasa Nan Cheese di RSMY Kuala Lumpur . Teringin lama dah kot . Housemate ada jugak cerita yg nan cheese dekat situ sedap . Aku adalah salah seorang hantu cheese bernekad untuk pergi merasa tara mana kesedapan yg depa dok habaq tu . Kih !

So , gigih kitorang ke sana . Dari Shah Alam bertiga . Tak jauh sangat , tapi tersesat lah sikit sebab tersalah masuk lorong . Ramai jugak orang . Kena beratur untuk dapatkan meja . Kitorang bernasib baik sebab pergi bertiga . Kalau pergi ramai , korang kena tunggu lama sikit sebab nak dapatkan meja .
Dengan siapa aku pergi ? Haa dengan housemates aku . Kebetulan dorang tengah free malam tu . Nasib baik dorang mau teman . Kihkih . Jadi apa kami order malam tu ?
Nan Cheese biasa je kami order . Sebab yg biasa pun cheese dia dah melampau . Haha . RM6 ++ .  Ini pun aku share berdua . Sedap , tapi tak boleh masuk banyak sangat . Agak muak .
Ayam Tandoori . RM10 ++ . Kami amek satu je dan share tiga orang . Itu pun jenuh nak habiskan . Sedap ! Tak tipu . Korang mesti cuba . Berpatutan dengan harga . Sebab kitorang makan malam tu , dua set nan cheese , satu ayam tandoori , air limau panas , laici buah dan ribena . Total RM32 something . Ok lah tu . Puas hati .

So kalau korang nak ke sana boleh waze RMSY Nan Cheese . Berdekatan dengan Sogo KL . Di celah celah lorong . Waze je , jumpa juga tu . So untuk hantu cheese , Selamat Terjah ke sana ! Dan kalau nak tengokj video cheese di tarik tarik , boleh terjah Ig aku , @meeyatechik  :)

Pek Fleksi Safi Shayla Pilihan Aku .

Setiap wanita menginginkan rambut yang sihat dan cantik kerana ia adalah salah satu mahkota yang terdapat pada setiap wanita . Dengan penampilan Pek Fleksi Safi Shayla , wanita tidak perlu risau lagi apabila bertudung kerana ia mampu untuk memberi kesan yg baik kepada si penggunanya .

Korang tak perlu risau bilamana terpaksa memakai tudung seharian waktunya kerana Safi Shayla mampu mengatasi masalah rambut berminyak sekaligus merawat rambut rosak kerana ianya diperkaya dengan Habbatus Sauda .
Safi Shayla kini muncul dengan Pek Fleksi di mana Safi Shayla Pek Fleksi ini memudahkan para pengguna samada boleh menggunakan terus atau digunakan sebagai pek isian semula ataupun sebagai pek kembara. Safi Shayla juga melengkapkan kehidupan seorang wanita bertudung moden yg sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik . 
Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla pek pam dan botol , agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini . Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa ke mana sahaja . Malah , pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang .

Haa , sesuai sangat dengan aku sebabnya i is selalu balik kampung kan . Memang i is usung pek fleksi ni je lah . Tak payah nak bawak yg botol . 

So korang boleh pilih mana satu yg sesuai dengan korang . Terdapat 8 jenis kesemuanya :
- SAFI Shayla Hitam Menawan 
- SAFI Shayla Segar Bermaya 
- SAFI Shayla Anti Kelemumur
- SAFI Shayla Itch Kontrol
- SAFI Shayla Kawalan Minyak
- SAFI Shayla Kawalan Rambut Gugur
- SAFI Shayla Kawalan Rambut Rosak
- SAFI Shayla Licin Terurus
 
Korang boleh dapatkan Pek Fleksi Safi Shayla ni di mana-mana pasaraya seluruh Malaysia hanya dengan harga RM14.65 . Atau utk mengetahui maklumat lanjut berkenaan dengan jenama SAFI , korang boleh terjah details di bawah :

Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI : @safimalaysia
Youtube SAFI : www.youtube.com/safimalaysia

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz