Berjimba Dengan Cik Hani.

Salam Maulidur Rasul semua . Selamat bercuti . Hee . Lama gilaaaa tak update blog . Sebab ? Sibuk yang teramat sangat . Sorry :)

So malam ni nak share gambar beberapa minggu lepas . Kahkahkah . Berhabuk punya cerita . Takpe lah . Aku nak share jugak . Hehe .
 
Hari tu , masa Si Acul punya wedding , Hani datang tidur kat rumah aku . Macam biasalah , kalau nak ke mana-mana dia akan datang tidur kat rumah aku , then gerak sesama . So malam tu kitorang keluar . Pergi mana ? Pergi makan , then jenjalan sikit . Nah gambar . 
Dan esoknya , lepas ke kenduri Acul , kitorang ke Pesta buku di PWTC. Itu pertama kali aku jejak PWTC . Sadis nau Meeya Techik ni . HAHA .
Lepas ke PWTC , kitorang ke Taman Layang-Layang Kepong . Dengan berbaju kenduri . Sempatlah jugak main hujan . Sempatlah rasa basah sorang sikit . HAHA .
Basah okay basah . tapi tak teruk laa . HAHA . Sempat jugak lari cari tempat berteduh .
Kain si Hani dah boleh perah . Wakakakaka . Ini kelakor . Memang kena bahan ler . Maap ye Hani :) . Dan terima kasih untuk selalu ada dengan orang . Selalu tolong orang yang selalu menyusahkan awak ni . Orang hargai . Dan yang paling penting , thanks sebab sabar melayan perangai orang yang cacamerba ni . Kihkihkih .
I love you so much .

Jangan Ingat Aku Nda Pandai .

Hallu . Selamat bercuti semua orang . Dengar khabar angin , kalau Selangor menang bola malam ni , Isnin dapat cuti peristiwa kan ? Kalau macam tu , aku sokong Selangor lah . HAHAHAHA . Aku pasti flat mesti begegar malam ni . Tak payah pergi stadium pun nda apa *ayat pujuk diri sendiri bila tiket free dari TM tak sempat grab :)

Dan tadi , Along ( Abang sulung Incik Tunang ) ada wasap aku . Kebiasaannya macam ni . Along mesti mulakan conversation tu dengan bahasa Bajau . Along tanya Bajau , aku jawab Melayu . HAHAHA . Aku faham , tapi nak balas tu tak pandai . Takut jadi maksud lain pulak nanti . HAHAHA . 
Dan ni pulak , Kak Aton , akak ipar Incik Tunang . Dia asal Kedah . So , kitorang berdua je dalam family Incik Tunang orang semenanjung . Dua-dua dari Utara . Selalunya kalau dorang-dorang berborak , aku dengan Kak Aton mesti diam . Tapi bukan lah diam bersahaja . Kitorang cuba fahamkan apa yang dorang tengah borak tu . HAHA . Jadi , dari situlah dapat belajar sikit-sikit  :) ~

Nah yang ni pulak . HAHA .
icebook : peti ais
manuk : ayam
bana : betul
songom : malam
sensaung : pagi
ndak : tak
minggo : mana
limpang : baring
limpas : lalu / lintas
siring : tepi
kambul : selimut
sioko : abg
ngintam : rindu
jomo : orang
sian : siapa

HAHAHA . dikit-dikit jo aku tahu . Sukuplah ulangkaji untuk hari ni . Lama-lama pandai juga ni nanti . Korang tunggu . Hihi .

Bha , siap dulu aku . Mau jalan sama dorang sana ~ 

Menang Hadiah GA Anjuran Blogger Hasrul Hassan .

Selamat malam semua . Hee . Hari ni balik kerja semangat terus mandi dan buat apa yang patut . Pastu terus capai laptop . Semangat nak taip entry ni . Kahkahkah .

Tadi masa kat office , sempatlah aku lalu di dashboard dan ternampak ada komen . Bila aku buka komen , ada macam ni , komen yang paling bawah :

Alhamdulillah . Rezeki aku . Sebab tak sangka pulak boleh menang . Kalau korang baca apa aku update dekat entry masa aku join GA tu , korang boleh tahu yang aku baru je follow blog Abang Hasrul Hassan ni sebab nak join GA yang dia anjurkan . Hehe . Atau boleh singgah SINI . Pengakuan jujur dari aku . 

So , bila nampak komen tu , aku terus ke blog Abang HH dan terus ke entry beliau macam kat bawah ni atau click pulak di SINI
Hehe . Untuk para pemenang yang lain , aku ucapkan Tahniah . Dan Tahniah jugak untuk diri sendiri . Terima kasih Abang HH sebab anjurkan GA tu beserta hadiah bernilai cash RM20 tu  :)

Giveaway Akhir Tahun 2015 by Beautiful Of Iman.

Picit banner untuk join .

Mungkin taksub dengan Iman Firdaus , hari ni aku join GA yang dianjurkan oleh Blogger Iman . Haha . 

Giveaway bermula 8 Disember 2015 hingga 15 Disember 2015 jam 12 malam . So untuk korang yang belum join , masih ada masa lagi . Jom kita support each other . Hari ni ada blogger anjur GA , kita join . Esok lusa kita anjur , orang lain pulak join kan . Hehe ~

Peminat Setia Cadbury.

Hai korang . Siapa kat sini penggemar chocolate ? Sep sikit ! Aku salah seorang pencinta chocolate . Dan yang paling aku suka ada cadbury . Kalau bagi aku sepapan yang paling besar tu pun aku mampu habiskan secepat yang mungkin . HAHA .

Sejak bila aku suka makan chocolate ? Sejak zaman sekolah menengah . Time dok hostel . Time tu setiap minggu aku dapat cadbury . Dapat dari siapa ? HAHA . Zaman sekolah kan suka ber adik kakak abang angkat ni . So setiap minggu adik angkat aku akan bagi cadbury . Gila best habaq hang . Sampai aku gemuk . Kahkahkah !
Dan start dari situ , aku suka kumpul pembalut cadbury tu . Kenapa kumpul ? Sebab rasa sayang nak buang . Iye lah , kenangan kan tu semua . Sampai sekarang aku simpan . Dan tabiat tu melarat sampai sekarang even cadbury tu aku beli sendiri . HAHA . Dan yang kedua , sebab pembalut cadbury tu warna purple . Aku minat giler warna purple ni . Muahaha ~
 
Kalau dulu pembalut cadbury material dari kertas , sekarang dah plastik . Repackaging . Mungkin sebab isu Halal / Tak Halal hari tu kot . Tapi JAKIM sudah mengesahkan cadbury sememangnya Halal dan makanlah tanpa rasa was-was. Kalau kau rasa was-was nak makan , haa meh sini bagi aku . HAHA .

Antara semua perisa yang ada , aku paling suka semua . HAHAHA . Means , perisa apa pun aku suka . So malam ni , aku try yang baru . Kesian kat diri sendiri sebab baru nak try . HAHA . Orang lain dah berzaman makan . 
So , korang yg belum try tu , ce try . Hehe . Jangan lupa , chocolate boleh kurangkan stress tapi boleh tambahkan kegemukan . HAHA  :)

Bila Meeya Techik Berubah Selera.

Sudah menjadi habit , sambil buat kerja aku mesti kena sumbat telinga . Sebenarnya bukanlah aku sorang yang beperangai macam ni , HAHA . Hampir semua staff . Kau tahu kalau namanya berada di Unit Customer Service ni . Staff dan stress berpisah tiada . Customer macam-macam perangai nak kena hadap . Mahu tak stress . So , salah satu cara macam kitorang lah . Dengar lagu ke , dengar zikir ke , dengar ayat-ayat suci ke .
So hari ni , disebabkan aku cuba try test godek-godek PC ni , aku jumpa folder Incik Tunang . Mungkin aku ada copy dari pendrive lama dulu yg kini hilang entah ke mana pendrive tu . Terjumpa folder lagu . Semua lagu Bajau . HAHA . So mood hari ni layan lagu Bajau biarpun tak faham apa lirik dia . Kihkihkih ~ Banyak jugak ada . Dalam banyak-banyak tu , ada jugak perkataan-perkataan yang aku selalu dengar Incik Tunang bawa bercakap . Hehe .

Selamat Pengantin Baru Acul.

  
Hai korang . Penat mengerah mood nak update blog malam ni . HAHA . Cerita minggu lepas , hari Ahad . Yang mana seorang rakan blogger yang agak rapat dengan aku dan Blogger Hani menamatkan zaman bujang beliau . Cewahhh . Hihi .

To Blogger Acul , Selamat Pengantin Baru . Tunggu turn Kak Ngah dengan Kak Chik pulak nanti . Hehe . Selalunya , kitorang akan ke mana-mana bertiga . Pasni nda buleh lagi . Kang bini Acul maroh . Hehe . Semoga dipanjangkan jodoh hingga syurga sana .

Thanks jugak untuk Hani yang sanggup datang dari Banting sebab nak temankan orang . Puas aku pujuk Hani datang . HAHA . Kalau Hani tak datang , dengan siapa lah aku nak merap pergi . Kahkahkah . Nasib baik Hani dapat cuti . Kalau tak , memang aku pun tak pergi . Kang merajuk abang long tu . 
Dari kiri , Blogger Hani , Blogger Iuzira , Wife Acul , Blogger Acul , Aku , Blogger Eina dan Incik Tunang Eina .
Bila sampai kat rumah Acul , kebetulan ada Blogger Eina dan Blogger Iuzira . So dapatlah begambar sesama . Hehe . 
Sesi soal jawab , siapa punya turn pulak lepas si Acul ni . Hehe . Nak tahu siapa punya turn , wait and see jea lah . Kihkihkih . Thanks ye tuan rumah kedaung jemput kitorang untuk memeriahkan majlis . HAHA  :)

Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2016.

Hari ini hari ketiga di bulan terakhir untuk tahun 2015 . Semoga semuanya baik-baik untuk saya , untuk korang dan untuk semua .

Tadi masa dalam kereta , otw datang kerja , ada dengar kat radio yang permohonan untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2016 ( BR1M ) boleh memohon bermula hari Sabtu ini bersamaan 5 Disember 2015
Untuk mendapatkan borang permohonan , korang boleh pergi ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) yang berdekatan atau untuk lebih mudah korang boleh mohon melalui atas talian menerusi laman web rasmi https://ebr1m.hasil.gov.my/ .

Notis dan surat pemakluman lulus atau gagal akan dipos kepada pemohon dan bayaran BR1M pertama akan dibayar bermula pada 28 Januari 2016 .

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan , di sini aku sertakan details seperti di bawah :

TALIAN HOTLINE LHDNM :
1-800-88-2716 (BR1M)

KEMENTERIAN KEWANGAN :
03-8882 4565 / 03-8882 4566

atau email kepada :
br1m@treasury.gov.my

Terminal KKIA 2 Tidak Beroperasi Lagi.

Sharing is caring . Semalam merupakan hari terakhir penerbangan AIRASIA beroperasi di Kota Kinabalu International Airport ( KKIA ) 2 . Bermula hari ini , operasi bermula di KKIA 1 . Mohon alert ye kengkawan . Mana tahu ada yang mo pergi jalan Sabah . Nanti ada jugak yang tertinggal flight . Hee ~

Untuk maklumat lanjut , boleh refer SINI .

Sumber gambar : Harian Metro .
 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz