Cara Mudah Simpan Mesej di WhatsApp.

Ikuti langkah seperti dalam gambar berikut :

Sumber gambar : Facebook_Page Siakap Keli .

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

http://www.hasrulhassan.com/2015/11/hasrulhassan-random-giveaway-rm100.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+hasrulhassan+%28HasrulHassan.com%E2%84%A2%29
Picit banner kalau nak join .

Blog difollow bertujuan untuk join GA . HAHA . Sebab baru jea follow ni .
Satu hari nanti mungkin akan jadi sumber rujukan untuk saya .
Jujur dan benar dari Meeya Techik .

Misi kembara Si Citam.

http://jepunmari2.blogspot.my/2015/11/misi-kembara-si-citam.html
Picit banner untuk join .
Segmen ini berlangsung selama 14 hari bermula 24/11/2015 hingga 08/12/2015.

Tag By Leya Yeolly : 10 Questions.

Hallu . Entry kedua untuk hari ni . HAHA . Disebabkan aku free banyak masa hari ni , so jom menjawab 10 soalan yang di tag dari Blogger Leya Yeolly

 
Dan untuk pengetahuan korang , aku tak kenal pun siapa sebenarnya Blogger Leya ni , mungkin dengan cara fun macam ni , boleh mengeratkan hubungan silaturrahim antara blogger ken . Hehe . 

So , apa soalan yang Leya tanya , jom baca kat bawah . I feel like , ya Allah , nerbes ! HAHA ~

Cerita serba sedikit tentang diri kamu :
Seorang gadis berusia 26 tahun tapi ramai yg susah nak percaya tentang umur aku . Sudah bekerja sebab dah malas nak sambung study . Punya serba seorang . Dari abah , mak , abang , kakak , adik , dan in shaa Allah wife to be kepada seorang Azfandi Duli . Tak tinggi , tak gemuk tapi suka makan . Anak jati Pulau Pinang dan hidup merantau since Form 1 sampai sekarang .

Apa pendapat kamu tentang blog saya? Jujur ye, baik buruk saya terima.
Kemas , tersusun , cute , pinky ~

Blog siapa yang sering kamu kunjungi?. Nyatakan sebab.
Blog kepada blogger yang selalu singgah di blog aku . Yang selalu komen , yang selalu singgah di dashboard , blog yg aku rasa aku nak singgah ler , Hehe . Banyak sebenarnya . Suka singgah sebab nama pun blogger kan , mesti ah suka baca blog orang lain  :)

Warna kegemaran. Nyatakan sebab :
Dari warna di blog aku sendiri , of course aku addicted dengan warna purple . Sebab barang aku pun banyak colour purple .

Bila bosan buat apa?
Bila bosan ? haa buat ni laa . Tengok FB , tengok wechat , tengok blog , tengok IG , tengok twitter , tengok ws , nyanyi sorang-sorang ka , cari gaduh dengan Incik Tunang ka , call kampung sampai berejam ka , tidoq sampai pening pun selalu jugak . Kah !

Perkara yang membuatkan kamu bangga dengan diri sendiri buat masa ini?
Bangga sebab lagi berani bawak moto daripada drive kereta . Kahkahkah . Ada jugak manusia macam aku kennn .

Apa matlamat dalam dunia blog?
Semestinya nak pergi lebih jauh dalam dunia blog ni . Kalau ada rezeki , nak jadi full time blogger , tapi siapa lah aku ? HAHAHAHA .

Pada tahun bila kamu bergelar seorang blogger ?
Tahun 2010 . Time study diploma dulu .

PC atau smartphone ?
Smartphone  :)

Fav song. Nyatakan 3 :
Levitasi , Dekat di Hati , Layu di hujung Mekar .

Maka terjawablah 10 soalan dari Blogger Leya . Meh sini aku nak tag 10 orang rakan blogger yang lain pulak . HAHA ~

- You
- You
- You 

Jemputlah menjawab 10 soalan dari saya , jenuh ler jugak memikir nak tanya apa . Hewhew .

1. Introduce your self .
2. Part time / Full time blogger ?
3. Apa link blog ? Dan kenapa pilih link blog tu ?
4. Suka suasana kampung atau bandar ?
5. Kalau diberi peluang untuk travel , tempat mana yang anda akan pilih ?
6. Kalau marah , apa tindakan anda ?
7. Suka / Tidak online shopping ?
8. Binatang apa paling anda takut ?
9. Asal mana ? Haa maroh maroh :P
10. Kalau saya suruh tinggalkan satu ucapan untuk saya , ucapan apa yang anda akan ucap ?

Pengalaman Shopping Bersama Zalora .

Morning everyone . Hari ni cutiiii :) Tapi aku tetap kena buat kerja dari rumah . HAHA . Sadis . Sebelum nak mulakan kerja , suka untuk aku sharekan dengan hampa semua pengalaman aku membeli dengan ZALORA yang semudah ABC . Pengalaman tau , bukan cara . Kalau aku rajin nanti aku share cara membeli pulak . Hehe .

Firstly , thanks to Zalora sebab bagi aku voucher bernilai RM100 . Hehe . Actually voucher tu valid sehingga hujung tahun ni . Tapi disebabkan aku tak sabar nak mengetahui macam mana cara nak membeli dengan Zalora ni , segera aku gunakan voucher tu . HAHA .

Pilih punya pilih segala apa yang dijual oleh Zalora , maka seorang Meeya Techik tertarik dengan baju kat bawah ni .
Long Button Shirt .
Price : RM75
Colour : Blue Black
Size : XS

Ini kali pertama aku beli dengan Zalora . So , takut jugak kalau tersalah cara kan . Maka , aku mintak akak office aku tolong ajarkan . Haha . Tak susah pun sebenarnya , hanya ikut sahaja step by step yang diminta . Bagi sesiapa yg belum Sign In , perlulah untuk Sign In terlebih dahulu . Kau Sign In tu pun kau akan dapat voucher bernilai RM20 tau .

Dalam masa dua hari sahaja , barang yang aku order dah sampai . Tadaaaa !!
Order hari Khamis , hari Jumaat aku terima parcel ni . Seronok habaq hang . Even baju yg aku order tu saiz XS , aku tetap kena kecikkan lagi sebab terlalu labuh . Kahkahkah .

Dan untuk pengetahuan korang , Zalora tengah adakan jualan hebat yang mana korang boleh :

Nikmati Potongan Sehingga 80% Dan Tambahan 18% Untuk Pengguna Zalora App !

- FREE Delivery Above RM75
- 30 Days Free Return

Haa . Memang betul tau . Peluang terbaik untuk korang ni . Nah , teruslah click link kat bawah ni :


HAPPY SHOPPING GUYS !!

Pesta Penang Sungai Nibong.

Sebagai salah sorang anak jati Pulau Pinang , maka ini adalah aktiviti wajib aku setiap tahun . Kah ! Pesta Pulau Pinang yang diadakan setahun sekali selalunya mendapat sambutan hangat dari para pengunjung . 

Esok , 28 November 2015 sehingga 2 Januari 2015 bermulalah agenda seperti selalu . Jadi , aku sarankan pada hat tak pernah pi tu , hampa buleh laa dok try pi tengok apa yang ada kat sana . Tiket masuk pun takdak laa mahai mana . Bawah RM5 macam tu jaa untuk sorang . Kalau pi awai-awai macam ni , takdak lah sesak sangat . Kalau hampa pi hari-hari last , memang nak cari parking pun agak berejam . Tapi time last tu lah selalunya depa akan lelong barang-barang semua . Selalunya orang akan borong carpet dengan tikaq . Sebab mak abah aku pesyen macam tu jugak . HAHA .

Aku kalau pi , aku syok dok jamu mata jaa . Pi main topgun , jerit sampai tak termampu nak jerit . Sampai suara tak keluaq . Kahkahkah . Turun dari topgun mau jugak dok pening loya bagai . 

HAHA . Kalau orang pulau , depa tak payah naik feri atau jambatan . Kalau orang seberang , kena lah naik jambatan atau feri . Tapi jangan laa dok risau sebab laa ni jambatan ada dua dah . Tapi aku rasa jem tetap jem . Kahkahkah .

Kat mana pesta ni ? Tempat tak pernah berubah , selalunya depa buat dekat Tapak Pesta Sungai Nibong . Selamat berkunjung naa kawan-kawan  :) . Kita jumpa kat sana nanti bulan 12 . 

Koleksi Jumpsuits Wanita Online.

Koleksi pakaian wanita terkini 2015 memperlihatkan sentuhan elemen yang lebih trendy dengan pelbagai stail fesyen yang lebih segar. Penggunaan warna yang lebih neutral dilihat menjadi pilihan oleh ramai jenama fesyen terkenal bagi koleksi pakaian wanita mereka untuk musim ini.

Bagi tahun ini antara koleksi pakaian wanita terkini yang paling popular di Malaysia adalah jumpsuit! 

Jumpsuits made their debut in the fashion world back in the 1960s and since then have become the favourites among fashionista worldwide. In addition to picking what colour and kind of jumpsuit that is suitable for the occasion, you should know how to style and accessories your outfit to dress and look your best.

Jumpsuit made a huge comeback last season back in 2014 and even up until now we still can see women walking down the streets wearing them in a gorgeous attitude. Although it is still worn by the ladies, the fashion industry has adopted and modified the look to be one of the must-haves for this season.

If you want to choose one to complete your closet you must have these three key factors in your mind – body type, occasion and season. Having the best jumpsuits look doesn’t only involves in getting one that fits you well, but you must know how to pair it with the right matching accessories to give the same jumpsuit a variety of looks!

Jika anda berhasrat untuk menambahkan jumpsuit ke dalam koleksi pakaian anda di rumah, dapatkan juga aksesori yang bersesuaian seperti tali pinggang. Belt merupakan antara aksesori yang paling mudah dan sesuai untuk digayakan bersama jumpsuits wanita online!

Rindu Itu Datang Setiap Kali Kita Berjarak .

Cinta jarak jauh memang sukar . Memang meronta-meronta hati bila mana rindu itu datang . Apabila keseorangan , sudah pasti anda akan terasa sangat kerinduan itu . Tetapi ingatlah . Jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta . Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan perhubungan cinta itu . 

Apapun rintangan yang ada , jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang . Tetapi sebaliknya , jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih-sayang anda kepada si dia . Apabila berjauhan anda akan merasa rindu bukan ? Jadi ber jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik , cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang yang setia . Oleh itu titipkan hati anda kepadanya agar sentiasa setia . Percayalah . . . . sekiranya Allah mengizinkan , suatu hari nanti anda akan hidup bersamanya ~
Sebenarnya ayat yang kat atas tu aku dapat dari Abang Azhar ( Abang angkat Incik Tunang , anak angkat ayah sebenarnya ) . Apa yang disampaikan oleh Abang Azhar tu betul-betul buat aku jadi positif . Benar , jauh itu selalu buat aku rasa rindu .

Nak ikutkan , bukanlah benda mudah bila kita berhubungan jarak jauh ni . Sudahlah jauh , nak contact each other pun susah sikit since Incik Tunang masuk kursus . Kau boleh imagine ? Sabaq Ya sabaq .

Menang Hadiah Brooch Mini Giveaway.

Alhamdulillah . Hadiah yg aku menang dari join Brooch Mini Giveaway dah selamat mendarat . Ingatkan dah tak dapat sebabnya aku pindah office . Masa owner yg lancarkan GA tu mintak details , aku bagi alamat office lama dulu . Ya laa kan GA tu bulan September dulu . Kebetulan semalam ada sorang akak tu pergi semula ke office lama untuk settlekan hal pindah , ada posmen datang hantar , dan akak tu tolong amekkan untuk aku . Memang rezeki aku kan . Hehe . Btw , thanks to Blogger Syamimi  :)
http://hanyadihatiku.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html
Santai-santai jea aku join GA ni . Tak sangka pulak nak menang . Boleh tambahkan koleksi brooch aku . Hehe  :) Thanks ye ~

Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie.


Tamat : 15 December 2015

Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda .

http://nuurhuudaa.blogspot.my/2015/11/giveaway-bawal-crepe-from-muja-huda.html
Picit banner untuk join  :)

Tamat :
5.12.2015 pada 11.59pm

Review : Sempeneh River Front .

Hallu hallu . Good night everyone :) . Apa aktiviti korang malam minggu ni ? Kalau tanya aku , jawapan aku melepet kat rumah jea memalam cenggini . Nak ke mana pun tak tahu . Sudahnya tak tahu , tak ada orang nak tolong bawakkan lagi . HAHA . Kalau keluar sendiri , mahu lah aku kena bahaskan 896 patah perkataan dengan seorang Azfandi Duli . Hewhew .
Dan berbalik pada tajuk kat atas tu , malam ni aku nak share dengan korang satu tempat iaitu SEMPENEH RIVER FRONT , yang mana kat sini korang boleh melakukan aktiviti seperti :

Aktiviti Memancing ikan Sungai
Program Kampung Stay
Sukaneka
Family Day
Bbq
Jungle Tracking
Jelajah Sungai
Jelajah Gua
Mendaki Gunung Sempeneh
Aktiviti Perkhemahan
Kompas Aktiviti
Flying Fox
Rapeling dan Abseling
Wall climbing

Terdapat tiga jenis penginapan yang disediakan . Dan berikut adalah senarai harga pakej . So , kalau share ramai-ramai , takde lah mahal pun . Kalau pergi sorang-sorang pun tak best jugak kan . Kalau korang nak harga murah sikit , sila sebut nama aku tiga kali . Kah !
12 unit Chalet biasa : RM90/malam
2 unit Chalet VIP : RM120/malam
2 unit Dorm (12 katil) : RM240/malam


Best ke tempat ni ? Pada aku , ia sangat-sangatlah best ! Sebab apa ? Sebab ia terletak dalam kawasan kampung dan korang memang boleh merasai kehidupan di sebuah perkampungan . Dan lagi best , Sempeneh River Front ni dekat dengan kawasan Air Terjun ! Ini tak tipu okay , sebabnya aku sendiri dah banyak kali ke sana . HAHA . Pergi sendiri , pergi dengan family , pergi dengan Incik Tunang , pergi dengan kawan . Ini lah tempat aku menghabiskan masa sebelum jejaknya kaki ke Shah Alam ni .
Selain tu , Sempeneh River Front juga ada menyediakan beberapa kemudahan lain , antaranya adalah :
Sewaan Van
Sewaan Lori
Sewaan Alatan Muzik
Sewaan Peralatan Kugiran
Sewaan Basikal Lasak

So , kat mana tempat ni ? Macam mana kalau nak booking ? Haa kat sini ada aku sharekan details . Selalunya dorang akan update dekat fanpage tu . Rajin-rajinlah singgah sana ye . Hehe .

PUNCAK ALAM ENTERPRISE (AC0012092-H) 
Alamat : 
314 Jalan Perkelahan Kampung Sempeneh Cempaka 
34500 Batu Kurau, Perak . 

Hubungi Kami : 0195001640
 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz