Nda Ada Tajuk Nda Apa Bha Kan ?


Kita menjauh semula . 
Sorang di sini dan sorang di sana .

Dan bila tiba satu masa .
Kita akan mendekat semula .
Walau tidak juga bertentang mata .
Tapi ,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sekurang-kurangnya ,
jimat sikit duit tak payah beli tiket flight selalu .
HAHA .

Aku tunggu kau datang semula sayang .


HARI RAYA MEEYA TECHIK

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua ! Belum terlambat untuk aku wish . Still dalam bulan Syawal  :)


Minta maaf sebab selalu lewat update . Sebab mood tenggelam dan kerja yg mencurah-curah since naik kerja lepas cuti raya 10 hari . Pastu demam , batuk . Durian dan rambutan punya penangan . Hewhewhew .

Raya tahun ni . Aku amek cuti awal . 11 Julai aku dah start cuti . Jumaat last kerja . Dan Jumaat tu , Incik Tunang dan Abang beliau pick up aku . Kitorang bertiga gerak balik Kelantan malam tu . Ke sana untuk ambil si biras , isteri kepada abang Incik Tunang . 

Memandangkan tahun ni Si Abang beraya di Kedah , dan kitorang nak balik Penang , itu sebab kitorang gather-gather balik Utara sesama . Sempatlah berpuasa di Kelantan untuk beberapa hari , sementara tunggu Si Kakak bercuti .

Selasa pagi , kitorang gerak ke Utara . Jam 3 petang tiba di Sungai Petani , Kedah . Itu kali kedua aku ke rumah Si Kakak . 1st pergi , awal puasa hari tu . Hewhew . Malu pun dah hilang . 

Dari rumah Si Kakak nak ke rumah aku amek masa kurang lebih satu jam setengah . So , lepas berbuka malam tu , diorang hantar aku dan Incik Tunang ke Penang . Eh , kenapa dia ikut aku ?

Ntah tiba-tiba raya tahun ni abah aku kasi green light ajak dia beraya dengan kami . So , dapatlah aku beraya dengan dia . HAHA . Tak pernah weh dalam seumur hidup aku beraya ada pasangan sendiri . 


So macam biasa , sebelum raya mak aku mesti struggle kemas rumah , kemas itu kemas ini . Memang penat wa cakap lu . Dah laa puasa kan . Nasiblah setahun sekali .

Rajinnnnn dia tolong abah . HAHA . Sebabnye abah aku jenis gayat tempat tinggi . Memandangkan ada mamat ni , dia lah dipertanggungjawabkan pasang lampu kelip-kelip tu .

Raya tahun ni , kitorang buat lemang . Selalunya setiap tahun , hanya ada ketupat palas saja . Jadinya berpakat ramai-ramai dan bakar sama-sama .


Yang kanan tu Paksu gua , yang kanan tu pakteh gua . 


 Walaupun ini pengalaman pertama bakar lemang , menjadilah jugak . Hasil tunjuk ajar paksu . Hihi  :) . Seharian jugak diorang yg lelaki-lelaki tu menghadap bara api tu . Yang perempuan masing-masing sibuk dalam rumah . Kikikiki .

Malam raya , malam paling sibuk . Kerja pasang langsir pasang carpet tu memang dinobatkan untuk aku dan abah dan abang ipar aku . Tapi tahun ni abang ipar aku serah tugas pada Incik Tunang . Sesekali kena lah buli . HAHAHAHA . Nak terjelepuk rasa . Penat -_-

Dan hari raya , bermula dengan pergi surau yg dalam kampung aku tu . Solat sunat Aidilfitri . Tapi aku tak pergi . Bila diorang semua balik , agenda bermaaf-maafan dan sesi bergambar keluarga . HIHI .

Ini keluarga besar aku . Tanpa family abang sulung . Sebabnya tahun ini giliran dia beraya di kampung kakak ipar aku . Negeri Sembilan sana nun .

 Kitorang biru , diorang PINK ! Hamboiiii ~ * Gambar dikirim melalui wassap .



Lepas bersalaman , dari rumah ke rumah kitorang beraya . Memandangkan kita raya hari Jumaat , kami cepat-cepat ziarah kubur Wan dan Paklong . Lepas ziarah kubur , sambung lagi raya disebelah family abah .

Bila yang lelaki pergi solat Jumaat , yg perempuan siap-siap untuk balik kampung sebelah mak . Dekat jea . 20 minit dari rumah aku .

Rumah kerabad sebelah mak di atur sebuah demi sebuah . Kena makan sikit-sikit je . Hehe . Perut dah overload .



Ni gambar kat rumah tok sebelah mak . Hihi . Jarang-jarang datang rumah tok yang ni . Rumah yg banyak kenangan dengan arwah wan . Rindunya dengan dua-dua arwah wan . AlFatihah  :(

Bila dah selesai semua rumah , kitorang balik semula ke rumah mak abah . Sampai jea dalam rumah , abah cakap :

" adik dengan Fendy kalau nak p Qaya naik laa Qeta abah . "

Lajuuuu jea Incik Tunang ajak aku ke Sg Petani , rumah si kakak tuuu . Lalu aku pun ajak jugak abah dengan mak n adik ikut sekali . Tak best laa kalau mak dengan abah tak ikut . Hehe ~

Jam 11 malam kami balik . Penat tak terkata . Raya sungguh .

Raya kedua , duduk rumah dan tunggu orang datang . Menu hari raya kedua , ofcourse Kari Kepala Ikan .


Dan malam tu kitorang dah gerak balik . Ke Kelantan . Esok petangnya dari Kelantan ke Shah Alam . Jalan jem jangan dok heran laaa . HAHA .

Sepatutnya raya keempat aku dah start kerja . Demam punya pasal , raya kelima baru kerja .

Last Iftar Bersama Keluarga Besar Saya .

hai , Assalamualaikum . Lama gilaaaaa aku menyepi . Inikan raya ! Haha . Ciss , dah ler pemalas , tak update langsung ucapan raya . Nantilah aku update . Sekarang aku nak cerita pasal puasa dulu . Kihkihkih .


Last puasa . Mestilah dekat kampung halaman tercinta . Macam selalu . Hee . Aku balik kampung 3 hari sebelum raya . Sebelum tu aku ke Kelantan dulu . Merasa puasa ditempat orang , tempat sendiri lagi rare habaQ hang .


Nah ! Rare tak rare . Ini plan last minit . Last puasa , kitorang gather-gather utk berbuka sesama . Lokasi memang mantop . Atas jalan depan rumah aku .

Macam biasa , berkonsepkan port luck . Satu rumah satu jenis lauk . Masakan ala kampung . Memang terangkat .


Ada lagi menu lain . Tapi cukuplah utk yg ni saja . Hihi .


Rumah-rumah tu semua rumah kaum kerabad sebelah abah aku . Dari tok , anak , menantu semua duduk area situ jea . Jimat duit minyak tak payah jauh-jauh nak balik kampung . Muahaha .





Walaupun hanya kita-kita , tapi meriah . Riuh rendah .  In shaa Allah tahun depan kita buat lagi . Sebab ni belum cukup ahli . Bila makan sama-sama , basuh pinggan pun sama-sama . Tunggu sampai Pakcik tu umum raya . Maka terjadilah kanak-kanak riang utk hari tu . Kah !

HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY MAN .



3 Julai 2015 . Selamat Hari Lahir yg ke 24 Saiyang . Sengaja aku taknak jadi orang yg pertama untuk wish . Bukan aku lupa . Tapi biarlah aku yg terakhir . Semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki agar kita boleh kawen cepat . Kihkihkih . Semoga sentiasa dalam lindunganNYA . Semoga sentiasa sayang aku . Semoga sentiasa cinta aku . Semoga sentiasa ada dengan aku . 


Terima kasih sebab sayang aku .
Terima kasih sebab mahu aku .
Terima kasih sebab tegur aku .
Terima kasih sebab layan aku .
Terima kasih sebab selalu pujuk aku .
Terima kasih sebab terima dan kasih aku .


I love you to the moon and back . 

Stalker Meeya Techik

Salam 15 Ramadhan everyone . Lagu raya sudah berkumandang di corong-corong radio . Yeay ! Raya dah nak dekat .


Okay , bukan nak cerita pasal raya . Tapi nak kongsi tentang satu hal . 

Hallo guys . Nak cakap semua orang kenal aku , menipu lah kan . Aku bukan hot sentap pun . Kihkihkih . Tapi ada jugak manusia yg terlebih rajin jadi stalker aku . Hmm . Bilang si Fendy , dia kurang kasih sayang . Itu lah dia jadi macam tu . 

Apa yang terjadi sebenarnya ?
Alahai , awal-awal pagi semalam aku check email yahoo . Mana tahu ada apa-apa kan . Satu demi satu aku semak . Biasalah kalau dah seminggu sekali baru tgk email , mmg berduyun lah kan . Bila sampai pada 3 email yg sederet TANPA ADA NAMA , dan senang ceritanya aku tak tahu siapa pengirim email tu . 


Dan isi kandungan email tu , seakan-akan utk melaga-lagakan aku dgn Fendy . Hmm . 

Jujurnya , aku tak marahkan si Fendy . Tapi aku tertanya-tanya apa motif kau wahai UNKNOWN untuk hantar email-email macam tu pada aku . Kelakar tahu ? Kemon lah . aku dah selidik details gambar-gambar tu . Zaman tok nadoQ dulu punya . Kalau aku tak tgk details gambar tu pun , aku tahu tu gambar zaman purba . Ehek  :)


Jadi pada engkau yg tersangatlah rajin tu , aku berterima kasih . Kihkihkih . Seriously , aku rasa macam dalam drama TV . Ada org hantar gambar pada kita utk rosakkan hubungan orang lain . Feeling-feeling retis kejap . Hikhik .


Eh , gambar takde kena mengena dengan cerita .
Kbai,
 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz