Asam Pedas Versi Meeya Techik

Alkisahnya Meeya Techik masuk dapur rumah orang .  HAHA . Dapur rumah sendiri masuk sebab nak buka peti ais je . Kihkihkih  :)

Sabtu lepas aku ke rumah Along ( Abang sulong Incik Tunang ) . Disebabkan lama tak ke sana , Along ajak lah . Ye lah kalau weekdays tu mmg tak larat laa kan . So Sabtu Along ajak datang .

Dan tiba-tiba Along request nak makan asam pedas . Sejujurnya aku ni tak berapa nak tere sgt bab masak memasak ni . Nak masak tu boleh , tapi kena ada sifu kat sebelah iaitu mak atau kakak aku . HAHAHAHA . Tapi bila kat sini siapa nak ada ? Hadap lah kau .


Hihi . Alhamdulillah , berjaya jugak aku . Semampu aku , janji ikhlas aku masak . HAHA . So meh aku share dengan korang resipi aku yg terhebat . HAHAHAHAHA  :D


- Bland kunyit hidup , bawang kecik sikit , bawang besaQ sikit dengan cili kering .
- Dah siap bland , tumis semua tu . Biar sampai pecah minyak .
- Campak bunga kantan , daun kesum  dan asam keping .
- Pastu letak air untuk kuah .
- Pastu letak ikan/ayam .
- Agak-agak nak masak letak bendi(tanduk kambing Along panggil ) dengan tomato .
- Biarlah sampai mendidih . Pastu siap !


Syiok bila tgk orang makan apa yg kita masak . Ok bai . Pasni kalau Along nak request lagi , request yg senang-senang tau !

Pertemuan Antara Kita .

Salam Jumaat everyone . Semoga sihat-sihat semua :)


Baru-baru ni aku dan semua kakak-kakak office yang ada di PJ ni join staff Shah Alam untuk Farewell dua orang kakak office yang bakal pindah ke JB dan Negeri Sembilan . Yang salah sorang tu , rapat dengan aku . So wajiblah join kan . Lepas ni dah susah nak jumpa .


Pagi tu masuk office PJ dulu . Buat apa yang patut . Sebabnya event bermula pada jam 12 tengahari . Dalam jam 11 tu baru kitorang gerak ke Shah Alam . Jadi , dapatlah berjumpa dengan kakak-kakak yang dulunya seoffice . Rindu , memang rindu .

Ini Puan Boss aku yang dulu . Sangat sporting . I miss you Chid-chid  :)




Till we meet again . In shaa Allah . Best sangat dapat jumpa semua orang hari tu :) . Untuk Kak Lili dengan Kak Shiera , Good Luck kat tempat baru . Hehe ~

WW : May Allah Ease Everything .


Semoga Allah permudahkan urusan aku , urusan kau , urusan keluarga , urusan semua .
Amin .

Bukan Rambut , Tapi Hati .


Setia itu bilamana kau dihidangkan dengan beribu manusia yang jauh lebih baik tapi kau tetap mahu bersama dia . Walau rambut kau sudah berbeza , namun hati aku tetap sama .


Ya sama . Rindu awak sayang  :'(

Berjumpa Blogger Zaza Zehra .

Hai engkorang  :) ~ Masih dengan cerita di Cameron Highland hari tu . Means , hari kedua aku kat sana . Awal pagi selepas sarapan , agenda diteruskan dengan pergi melawat MARDI . Kali kedua aku masuk MARDI . Yang pertamanya dahulu di Kedah , time aku PLKN .


Tiket untuk dewasa , RM3 . Yang tu jea aku ingat . Macam aku mention sebelum ni , tiket masuk kakak yang belanja . Round punya round , jalan punya jalan sambil selfie sana dan sini . Aku tgk FB ada 1 mesej . So buka dan baca . Dari seorang blogger yg sememangnya aku just kenal dalam FB , insta dan for sure lah blog kan . 


So , kat situ rezeki aku utk berjumpa dengan Zaza ni . Hehe . Kecik macam aku jugak . Sebaya aku . 18 tahun . HAHAHAHAHAHA ~ Aku ? Macam biasa lah . Memula tu memang ah malu kan . Tapi si Zaza macam ramah tamah jea ajak aku selfie . Dengan hilang perasaan malu tu , aku pun renyih tak sangga . Blogger dan Selfie berpisah tiada . HAHA . 



Haa . Ni lah Zaza . Comel macam aku jugak . #kitorangyangcomelkauyangpanas . HAHAHAHAHAHAHA . Pernah dulu aku berurusan dengan Zaza . Urusan apa ? Urusan Business Card . Kecik-kecik dia ni cili padi okay . Meh sini aku share details Zaza :



Zaza is a businesswoman . Macam-macam dia jual . Tak caya pergi terjah IG dia . Pastu pastu korang boleh order Personal Card dengan dia . Aku pun dah order . Siap boleh request lagi nak design macam mana . Haa ni kad aku , of course purple , of course lebah :)


Dan kalau korang nak berurusan dengan Zaza , boleh laa melawat IG atau FB dia . Hehe . Zaza , till we meet again ya . In shaa Allah . 


HAPPY MOTHERS DAY .


To my mom and my mother in law , HAPPY MOTHERS DAY FOR BOTH OF YOU

Untuk mak , You are the best for me . And the number one is you mom . Kasihmu tiada berganti . Sayangmu tidak terbeli . Bebelanmu tiada siapa yg dapat tandingi . Didikanmu sangat bermakna untuk adik . Mak anugerah terindah untuk diri ini . Always be my backbone , my teacher , my doctor and my everything . Thank you mom . I love you !


Untuk mama , walau belum secara rasminya . Mama juga someone who are always caring about me . Mama yg selalu support mira . Dengar mira menangis . HAHA . Mama tak pernah buat mira macam orang asing . Thanks sbb terima mira seadanya . Doakan mira jadi menantu mama yg baik dan tak lupa diri . Doakan mira comel selalu agar nanti cucu mama pun comel jugak . Kihkihkih .

SELAMAT HARI IBU . Mmmmmuuuuuuuaaaaahhhhhhhhhh *rindu  :(


HAPPY BIRTHDAY MEEYA TECHIK !!

Ini gambar lama . 
Gambar time birthday Incik Tunang , tapi kak kechik yg melebih . HAHA .


3 Mei 2015 . Maka genaplah usia aku 18 tahun . Ehhhhh . HAHAHAHAHAHA .  * sila refer date kat sidebar . Bila dah belek tang gambaQ aku , belek tang details Incik Tunang pulak , pasti terjumpa something . Hehe . SELAMAT HARI LAHIR MEEYA TECHIK  :) 


Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk meminjam nikmat Allah di bumi ini . Dipanjangkan usia , bertabah dalam mengharung segala ujianNYA walau kadang-kadang aku lemah bertarung . 

Biggie thanks for those yg ucap untuk aku by FB , Wechat , Wassap , messages and call . Semoga doa dan ucapan kalian termakbul  :) ~

Ulang tahun kali ni , aku sama-sama family besar aku . Walau tiada special cake , aku bahagia ada mereka . Cukup untuk aku rasa bahagia . Birthday girl kat Cameron Highland . Dapat makan strawberry jea banyak-banyak  :D


Birthday without you . Oh ya ! Tunggu jugak aku . Tunggu ucapan dari Incik Tunang . Tapi . Tapi takde . Sememangnya aku sedia maklum , Incik Tunang sekarang kat dalam hutan . Latihan perang katanya . Sedih pun ada . Selalunya dia akan jadi orang pertama , tak pun dia orang paling last . Tak pun dia lah orang yg akan nyanyikan untuk aku . Tapi tahun ni takde . Hmmm . Agak-agak dia ingat tak birthday aku ? 


Dan tak lupa untuk kakak dan abang ipar aku , Happy Anniversary yg ke 6 . May Allah bless family hampa . Semoga berbahagia hendakNYA . Kuat macam aku untuk tempuh segala ujian Allah *bajet kuat . Dipanjangkan jodoh sehingga jannah . In shaa Allah .


3 Mei dah lepas , kita tunggu 3 Julai pulak okay ? Hehe -,- Doakan aku cepat-cepat kawen tau .

Percutian Ke Cameron Highland

Assalamualaikum  :) . Lama bana tak jengah blog sendiri . Tak menyempat dan i've no idea nak up entry . Kah !


Pejam celik pejam celik dan bulan Mei . Bulan Mei bulan aku . HAHA . Auummmm . Alhamdulillah , permulaan Mei aku bersama family tercinta . Diberi kesempatan untuk kami sekeluarga bercuti ke Tanah Tinggi Cameron Highland . 


Sebelum ke sana , abang aku awal-awal dah booked homestay . Sebabnya takut penuh memandangkan time tu public holiday . Nasib baik booking awal , kalau tak mahunya merempat dalam kereta . Yang nasib tak berapa baiknya , jalan nak ke atas tu bukan main teruknya jammed . Dengan hujannya pula . Sampailah si abah dan abang ipar aku bertukar driver tengah jalan . Sempat tuuu . Kau imagine macam mana teruknya jammed time tu . Aku , naik dengan si abang dan kakak ipar aku , bersama 4 orang anak buah dan adik aku . Eh , achik yg baik aku ni . HAHA . Payah jugak nak handle 3 org tentera tu. . Bergaduh sokmo . Aku ah mangsa . HAHAHAHAHA ~ Tapi aku watlek watpeace jea .


Bergerak dari Penang jam 9 pagi lebih kurang . Sampai di Homestay jam 4suku . Serupa nak pergi KL . berdenyut-denyut kereta begerak . Sampai jea homestay semua serbu makanan . Nasib lah mak bawa bekal . Dapatlah suami anak menantu cucu mak menghadap makanan tu sampai tak beralih kot lain . HAHA . 


Selesai jea solat , kitorang terus gerak ke Ladang Teh . Huwaaaa . Terpegun dan terpesona . Lama dah aku tak ke Cameron Highland tu . First aku pergi , ikut lawatan sekolah . Form 3 kalau tak salah aku . 2nd , aku pergi dgn family Incik Tunang . Itu pun kitorang just singgah macam tu jea sebab baru balik dari Kelantan , alang-alang singgah ke situ . Dan kali ketiga , aku pergi dengan family besar aku  :)



Dari Ladang Teh kami bergerak ke Pasar Malam . Cari apa-apa yg patut . Masa tu hujan lebat . Payung sampai kena beli baru . Hat besaQ punya . 



Yang wajib dicari kalau ke sana . Rugi lah kalau ke sana tak makan buah strawberry ni . Hee . 2 cucuk RM5 . Ok lah tu kan . Rupa pun menarik perhatian aku untuk beli . kihkihkih .



Dan keesokan paginya , kami cari tempat untuk sarapan . Kebetulan homestay yg disewa tu berdekatan dengan pekan . So dekat jea kitorang sarapan pagi . Aktiviti selepas tu , kami menuju ke MARDI . Kat MARDI tu macam-macam ada . Agak lama kitorang kat situ . Tiket untuk masuk ke MARDI hanyalah RM3 seorang untuk dewasa . Yang lain aku taktau sebabnya tiket tu kakak yang beli . Kihkihkih .

Dari MARDI , kitorang menuju ke jalan pulang . Sambil-sambil tu , singgah jugak tempat-tempat yg ada di tepi jalan . Antaranya seperti Kia Farm , Bee Farm , pastu apa ntah lagi nama tempat tu . Lupa dah aku . Hat paling aku nak pi sangat tu , tentulah Bee Farm . HAHAHAHAHAHA  :D



Terima kasih sista . Sebab belikan adikmu anak-anak lebah ni . Comel tak terkata . Aku sukaaaa . Lain kali beli hat besaQ pulak . HAHAHAHAHAHA . Maka bertambahlah koleksi lebah aku . Syiokkkkk woooo . Hehe .

Puas dapat bercuti dengan semua keluarga besar aku . Walau hanya 2 hari 1 malam , ia sangat bermakna untuk aku . Apa tak nya , bukan senang nak ajak abah ikut sekali . kihkihkih . Gambar yg agak kelabu asap ni , beri seribu kenangan untuk aku .


Haa , kecik-kecik jea kami semua . Sebab tu aku pun comel . HAHAHA . Tentera hat 3 orang kat depan tu , semedang tak setuju *tak pernah sependapat . Sat baik sat bekelai . Jenuh -,-

Nindia kitorang punya aktiviti . Masa tu lari lah sikit akibat jalan jammed teruk . Dan ada dua tempat yg tak sempat pergi . Next time kita pergi lain . In shaa Allah .


Dan kalau korang nak ke sana , aku suggest kan sewa homestay yg kitorang stay ni . Walau harga yg agak mahal , tapi sangat selesa . Thank you abang sebab belanja . HAHAHAHAHA .



ALAMAT :

Homestay Royal Lily
No 33A Taman Royal Lily ,
Tanah Rata , Cameron Highland .

Untuk Tempahan :
Yunus : 019 944 5757
Mala : 019 540 3474
Sabariah : 013 910 0490

Masa kat Cameron tu , rezeki aku berjumpa dengan sorang Blogger yg sebelum ni just kenal-kenal dalm FB , insta and blog jea . Nanti aku share . Tunggu yaa !


Notatapakkaki : Balik dari situ , achik terpeleot demam . Perubahan cuaca mungkin . Tambahnya pulak kena hujan .

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz