Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2016.

Hari ini hari ketiga di bulan terakhir untuk tahun 2015 . Semoga semuanya baik-baik untuk saya , untuk korang dan untuk semua .

Tadi masa dalam kereta , otw datang kerja , ada dengar kat radio yang permohonan untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2016 ( BR1M ) boleh memohon bermula hari Sabtu ini bersamaan 5 Disember 2015
Untuk mendapatkan borang permohonan , korang boleh pergi ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) yang berdekatan atau untuk lebih mudah korang boleh mohon melalui atas talian menerusi laman web rasmi https://ebr1m.hasil.gov.my/ .

Notis dan surat pemakluman lulus atau gagal akan dipos kepada pemohon dan bayaran BR1M pertama akan dibayar bermula pada 28 Januari 2016 .

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan , di sini aku sertakan details seperti di bawah :

TALIAN HOTLINE LHDNM :
1-800-88-2716 (BR1M)

KEMENTERIAN KEWANGAN :
03-8882 4565 / 03-8882 4566

atau email kepada :
br1m@treasury.gov.my

14 comments:

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz