Review : Sempeneh River Front .

Hallu hallu . Good night everyone :) . Apa aktiviti korang malam minggu ni ? Kalau tanya aku , jawapan aku melepet kat rumah jea memalam cenggini . Nak ke mana pun tak tahu . Sudahnya tak tahu , tak ada orang nak tolong bawakkan lagi . HAHA . Kalau keluar sendiri , mahu lah aku kena bahaskan 896 patah perkataan dengan seorang Azfandi Duli . Hewhew .
Dan berbalik pada tajuk kat atas tu , malam ni aku nak share dengan korang satu tempat iaitu SEMPENEH RIVER FRONT , yang mana kat sini korang boleh melakukan aktiviti seperti :

Aktiviti Memancing ikan Sungai
Program Kampung Stay
Sukaneka
Family Day
Bbq
Jungle Tracking
Jelajah Sungai
Jelajah Gua
Mendaki Gunung Sempeneh
Aktiviti Perkhemahan
Kompas Aktiviti
Flying Fox
Rapeling dan Abseling
Wall climbing

Terdapat tiga jenis penginapan yang disediakan . Dan berikut adalah senarai harga pakej . So , kalau share ramai-ramai , takde lah mahal pun . Kalau pergi sorang-sorang pun tak best jugak kan . Kalau korang nak harga murah sikit , sila sebut nama aku tiga kali . Kah !
12 unit Chalet biasa : RM90/malam
2 unit Chalet VIP : RM120/malam
2 unit Dorm (12 katil) : RM240/malam


Best ke tempat ni ? Pada aku , ia sangat-sangatlah best ! Sebab apa ? Sebab ia terletak dalam kawasan kampung dan korang memang boleh merasai kehidupan di sebuah perkampungan . Dan lagi best , Sempeneh River Front ni dekat dengan kawasan Air Terjun ! Ini tak tipu okay , sebabnya aku sendiri dah banyak kali ke sana . HAHA . Pergi sendiri , pergi dengan family , pergi dengan Incik Tunang , pergi dengan kawan . Ini lah tempat aku menghabiskan masa sebelum jejaknya kaki ke Shah Alam ni .
Selain tu , Sempeneh River Front juga ada menyediakan beberapa kemudahan lain , antaranya adalah :
Sewaan Van
Sewaan Lori
Sewaan Alatan Muzik
Sewaan Peralatan Kugiran
Sewaan Basikal Lasak

So , kat mana tempat ni ? Macam mana kalau nak booking ? Haa kat sini ada aku sharekan details . Selalunya dorang akan update dekat fanpage tu . Rajin-rajinlah singgah sana ye . Hehe .

PUNCAK ALAM ENTERPRISE (AC0012092-H) 
Alamat : 
314 Jalan Perkelahan Kampung Sempeneh Cempaka 
34500 Batu Kurau, Perak . 

Hubungi Kami : 0195001640

6 comments:

  1. ok gak tempat nie..tengah cari tempat untuk buat team building company..agak2 sesuai x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai.. sebab dah banyak program team building dibuat di sini :)

      Delete
    2. first dulu ingatkan tempat ni private property rupanya "public also can" lah . I'm really looking for family gathering locations and of course "Nature is my top priority" relaxing while listening to "nature sound" .. Arrrghhh rindu !! sbb asyik duduk dalam hutan concrete je / Hik3 . Thanks for sharing and suggestion , I really like it ! :)

      Delete
    3. wc :) .. Jemputlah ke sana.. Dijamin puas hati , tambahan dengan suasana kampung yg sangat mendamaikan..

      Delete
  2. Kna tambah lg senarai tu aktif..rock climbing,orianteering

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz