Kursus Kahwin di JAIS Menjadi Pilihan .

Selamat tengahari semua urang . Hee ~ Sengsorang dalam office waktu lunch hari ni . Nak makan pun kenyang lagi . So , hilangkan stress kita update blog ~

Wee . Tajuk tu . HAHA . Orang lain dah berzaman ambil Kursus Kahwin , kenapalah aku baru nak pergi ambil ni .

" Sebab aku belum lagi nak kawen . Relax lah dulu "

Haa . Bukan tak ada orang ajak aku ke kursus kahwin tu . Bukan mak tak bising suruh pergi ambil . Cuma aku yang malas nak arrange . Haiyaaa . Ada juga yang bagitahu , harga akan berubah dari RM80 ke RM120 . Dan dari tidak bermalam berubah ke perlu bermalam . Harap-harap tak lah kan .

Petang tu , Incik Saiyang call berkali-kali . Aku kat atas moto kan . Macam manalah nak jawab . Ke parit jawabnya nanti . So , bila sampai jea , sekali lagi dia call . AKu jawablah . Pastu fon pun macam gila-gila sikit , aku cakap kita ws jea lah .

Khusyuk punya ws , sampai aku tersalah rumah . Haha . Nak masuk rumah orang hoi . Meeya , rumah sewa kau tingkat lima . Tu baru tingkat empat . Naik lagi setingkat . Choiii ~ Nasib baik tak ada orang nampak . Kalau ada orang nampak , tak ke orang cakap aku nak merompak . Aduinaaa ~

Ws apa yg khusyuk sangat tu Ya ? Ni haa . Lebah cakap dia kena ambil kursus kahwin dekat kem , so dia suruh aku ambil jugak . Tapi aku kenalah ambil di luar . Macam tak best pulakkan bila tak pergi sama-sama . Haha . Takpe lah . 

So , esok paginya . Awal-awal Lebah dah kirimkan aku gambar . Tersentap sat rasa . Haha .
Maka aku pun segeralah minta bantuan Pakcik Google . Ada jugak aku survey . Tanya orang kat mana yang okay . Majoriti cakap dekat JAIS . Dan pilihan aku , sama macam diorang :
Masih berharga RM80 termasuk makan minum dan fail . Tak perlu bermalam . Nasib baikkkkkk . Dan aku berjaya hasut si roommate aku untuk join . Nda mo laa aku kalau sorang-sorang . Nervous . Haha ~ Kat bawah ni aku share sedikit info . Mana tahu ada yang berminat untuk join . Hehe ~

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Bangunan Sultan Idris Shah,
Tingkat 1 Menara Selatan
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor

Tel: 03-55143400 Fax: 03-55103368
Email: info@jais.gov.my

atau ,
korang boleh terus ke link ni :

3 comments:

  1. Salam singgah petang dik meeya...selamat berkursus kahwin dik...

    ReplyDelete
  2. Cantik lah header baru blog adik....

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz