Kenapa Dengan Dahi Hazim ?

Ada aku up gambar ni di IG dan FB . Ngeri kan tengok ? Aku lagi-lagi lah ngeri . Terbayang-bayang jea . Sebab benda jadi betul-betul depan aku . Senang cerita , akulah saksi utama .

Petang Raya AidilAdha tu . Kitorang satu family baru balik dari rumah tok dengan wan . Abah aku teruslah pergi belakang rumah sebab nak siapkan rumah arnab . Arnab semakin membiak sekarang . Bila ada orang nak beli abah taknak jual . Sayang kan ? Kita bela dari kecik . Hari-hari tengok dia . Lepas tu nak jual kat orang . Macam tak sanggup jea .


Yang ni lahir masa Raya Puasa hari tu . Masa baby lagi sempatlah Incik Saiyang ambil seekor dan bawa masuk tidur atas tilam dengan dia . HAHA . Mata dia merah yoo ~
Yang ni lahir masa awal pagi 3 minggu sebelum Raya AidilAdha . Awal-awal pagi mak call aku bagitahu arnab abah beranak lagi . Semoga cepat besar ye sayang  :)
Dan ini yang latest . Lahir enam ekor di pagi raya Aidil Adha . Tapi mati sekor . Tak sempat diselamatkan sebab terlewat tengok . Huhu . Banyak kan . Semua sekali hampir berbelas ekor . Tu sebab lah abah terpaksa buat rumah baru untuk si bulus ni semua .

Back to the main topic . Sedang abah asyik pacakkan tiang utk rumah arnab ni . Mak pun berkatalah kepada si cucu :

" Hazim , pi panggei abah mai tolong tokwan buat lau ( rumah ) arnab ni ."

Lalu berlari lah si anak buah masuk ke dalam rumah . Dan aku masa tu baru jea angkat takbir untuk solat Asar . Dengar bunyi si Hazim jatuh . Terus-terus achik stop solat . Si Hazim lari ke arah aku sambil pegang dahi sambil darah berjurai-jurai ke pipi . Allah .

Lemah jantung , lembik lutut , rasa tak pijak tanah semua rasa ada time tu . Achik pun terus laa jerit panggil si abang yang tengah tidur time tu . Achik ni penakut darah . Penakut luka . Lagi-lagi lah benda yg jadi depan mata achik .

Si abang dan si ibu terus bawa si Hazim ke Panel Clinic . Berjahit lah jugak . Empat jarum . Achik solat Asar semula . Tapi jujur aku cakap , solat aku tak khusyuk langsung . Hmm ~

Siapa sangka benda nak jadi . Si Hazim pulak lasak budaknya . Lepas dahi berjahit pun still nak berlari sana sini . Achik pulak risau . Auchhh .

Notatapakkaki : Gua memang takde cita-cita nak jadi nurse apatah lagi doctor .

2 comments:

  1. bnyaknya dah arnab dik meeya...semua comel2 lah...kesian Hazim....semoga cepat sembuh Hazim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :)
      sembuh sudah tu.. hehehe ~

      Delete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz