Mandi Manda Di Air Terjun Sungai Congkak , Hulu Langat .

Selamat berhujung minggu semua orang . Minggu ni aku pilih untuk stay kat rumah jea . Taknak ke mana-mana . Almaklumlah setiap minggu nya berfoya-foya . HAHA . Dan ini cerita minggu lepas . Selepas malam nya penat berkawad , aku ke Sungai Congkak yang terletak di Hulu Langat bersama rakan-rakan Blogger dan budak rumah sewa aku . 

Tak plan pun sebenarnya . Main koboi jea redah pergi . So memang tak prepare apa-apa langsung . Kalau nak ikutkan , plan kami hari cuti tu adalah nak ke Port Dickson untuk tangkap ketam . Tapi ramai pulak tak dapat joinkan .

Sungai Congkak ini terletak dalam kawasan perkampungan . Laluan yg dilalui kiri kanan rumah orang . Dan kiri kanan juga terdapat ramai yang menjual buah-buahan . Musim buah kan sekarang . Sekali sekala tengok pemandangan kampung ni rasa tenang . Selalu tengok lampu Icity jea kan . Hehe .

Dah lama aku tak ke air terjun .  Hehe . Ini tiket masuk . Nak mandi pun kena GST tau sekarang . Nasib baik lah tiket masuk pun murah jea . Tapi kalau korang pilih lokasi mandi di area bawah , ia adalah percuma . Lokasi tu sesuailah untuk budak-budak bawah 12 tahun . Sebab takde lah dalam sangat . Nak lagi best , korang kena mendaki sikit . Kitorang pilih yg tengah-tengah . Sebabnya , aku takut pacat kalau nak mendaki laluan bukit tu . Wahahaha .

Airnya sangat-sangat lah sejuk . Menggigil aku dibuatnya . Bila sesekali pergi dengan kawan-kawan ni best juga sebenarnya . Tontong sorang sikit . Kau beli itu aku beli ini . Memang fun sangat ! Kalau korang nak tahu , dalam air ni ada ikan yg datang dekat dengan kita . Bila kita bagi keropok , kau boleh nampak ikan tu .




Memandangkan kitorang ke sana tanpa planning , khemah pun tak bawa kan . Bukan apa , cuma risau tak ada toilet untuk tukar baju . Kalau ada pun , kadang-kadang tu tak bersih . Dan , bagi aku , toilet kat sana  agak kurang memuaskan . Mungkin terlalu ramai orang yg guna . Dan ada segelintir orang yg tak bertanggungjawab tak menjaga kebersihan bersama .

Dan jangan tanya kenapa aku main sarung jea shawl tu . Cermin sorang pun tak bawa . Kat dalam toilet pun tak ada . Memang belasah jea . Janji bertudung . Wakakaka . Hee .

Dua jam setengah jugak kitorang bermandi manda . Kesian jugaklah dengan Acul . Sebab dia sorang-sorang jea laki . So , dia mandi sorang-sorang . Hahahaha . Next time kita pergi ramai-ramai . Boleh buat BBQ kat sana . Sebab , bila tengok - tengok tu macam sesuai jea kalau nak berBBQ kat sana . Tempatnya agak luas .

So kat sini , aku share dengan korang serba sedikit details tentang Sungai Congkak.

Congkak Park & Resort,
Batu 20 , Kampung Padang ,
43100 Hulu Langat ,
Selangor Darul Ehsan .

Tel : 0355132000 / Faks : 0355136268

WEBSITE : www.tourismselangor.my
EMAIL : info@tourismselangor.my

6 comments:

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz