Berala Kadar di Aidil Adha.

Tajuk . Tak boleh belah . Haha . Ye lah . Aku ala kadar jea Raya Haji tahun ni . Gambar raya pun takdak wey . Harap gambar anak buah jea . Baju raya pun pakai yang raya Aidilfitri hari tu jea . 

Raya Aidil Adha ni kami semua kumpul kat rumah mak abah . Raya AidilFitri hari tu , abang sulung aku di rumah mertua dia . Cuma Incik Saiyang aku jea yang takde .

Menu macam biasa . Ketupat lemang dan rendang . Tapi aku ajak mak masak lontong . Macam lama pulak tak merasa lontong . 

Petang raya , kitorang balik rumah tok sebelah mak . Dan saya penat menjawab soalan :

" bila nak kenduri ? "

--sabar , Allah masih rahsiakan tarikh bahagia tu ~ Sampai masa aku jemput . Cuma yg aku minta , doakan kami . Hee ~

2 comments:

  1. Salam aidiladha dik meeya...akak tak pergi sembahayang raya sebab banjir....huhu...sambutan pun ala kadar jak..

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz