Air Kelapa Muda Susu Versi Abang Botak.

Hye korang . Gambar ni . Mengingatkan aku akan sesuatu . Godek-godek fon dan terjumpa pulak . Actually tu gambar lama . Hmm . Siapa sebelah aku ? Tu cousin aku . Eh bukan nak cerita pasal dia . HAHA . Air kat depan tu . Haa , nak cerita pasal air .
Tak dinafikan , Incik Tunang memang lebih pandai memasak dari aku . Ini aku mengaku . HAHAHAHAHAHA . Teruk betul . Lepas tu hari tu , masa dekat Kelantan dan Kedah . Dia pun tunjuk ah bakat terpendam dia .

Sementara tunggu waktu berbuka . Pokok nyioQ bukan main tinggi dipanjatnya . Aku yang kat bawah pulak risau selagi kaki dia tak jejak tanah turun ke bawah . Hmm . Multi skills betul mamat ni . Motif panjat pokok ? Of course ah nak amek buah kelapa . Kelapa muda , segar dari pokok . Ada lah lebih kurang enam tujuh bijik macam tu .

Selalunya , aku minum air kelapa muda yang fresh , just taruk ais jea kan . Korang macam mana ? Dan hari tu , Incik Tunang sediakan kami minuman untuk berbuka . Aku pun cangak ah kat sebelah dia . Tengok apa benda yang special sangat .

" Sekali ya minum , lepas ni mesti ya akan minta b buatkan lagi "

Dan itu yang aku tengah rasa sekarang . Masin betul mulut dia . Hehe . Jom aku share  dengan korang macam mana nak sediakan AIR KELAPA MUDA SUSU atau orang utara cakap , ayaQ nyoQ muda susu .

Bahan-Bahan :
Buah kelapa muda ( lagi bagus kalau buah yang baru turun dari pokok )
Susu pekat manis
Susu cair manis
Ais batu

Cara-Cara :
Kau keluarkan air kelapa tu . Letak dalam jag . Korek isi kelapa tersebut . Letak dalam bekas asing . Lepas tu kau blend air kelapa + isi kelapa + susu pekat manis + susu cair manis . Blend ala-ala saja okay . Supaya isi kelapa tu tak terus hancur . Lepas tu kau tuang ler dalam jag . Lepas tu letak ais batu . Lepas tu tuang dalam gelas . Lepas tu minum !

Orang lain mungkin dah biasa . Tapi aku rasa luar biasa . Sebab itulah pertama kali aku minum air kelapa letak susu . HAHAHAHA .

Pada yang belum pernah buat macam ni , Selamat mencuba yaw !

Nota tapak kaki : Orang puasa ni memang macam-macam dia akan teringat .

4 comments:

  1. itu memang semestinya lazat.. atuk hang selalu buat tiap kali bulan puasa.. kali ni dy buat versi baru lak..campoq sirap.. yum..yum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke bu... nanti aku lak tunjuk bakat.. muahaha :)

      Delete
  2. perghhh sedapnya kak.. ena terliur dah ni....

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz