Empat Tahun Kita Bersama .


Morning everyone . Memandangkan system down pagi ni , aku pilih untuk BW . Aku juga pilih untuk update blog yg sekian lama terbiar . Fuh fuh fuh . Berhabuk .


Hehe  :)


7 Jun 2011 sehingga 7 Jun 2015 yg lalu , genaplah empat tahun aku bertugas dengan Telekom Malaysia Berhad . Bermula di office Wisma TM Shah Alam dan pada 9 Feb 2015 aku mula bertugas di Petaling Jaya State . Lepas ni pindah lagi kau . Office jea pindah , Unit masih maintain iaitu Complaint Management Team , Customer Service Management . Haaa . Jangan kata nak buat report bagai kat aku . Kahkahkah ! Kalau nak complaint , sila call 100 atau pergi ke TMPoint berdekatan ye cik  :)



Sepanjang aku dalam TM , banyak benda yg aku belajar . Salah satunya pastilah tentang kerja . Yang selingan tu , dari persekitaran dan pengalaman . Yang mana baik kita amek , yang mana kurang bagus , jangan bha kau ambil . Rusak fikiran kau nanti . Hehe ~ Utk pengetahuan korang , tugas sebagai seorang Customer Service ini bukanlah sesuatu tugas yg mudah . Lagi-lagi kau perlu berhadapan dengan customer yg datang dari pelbagai latar belakang . Kadang-kadang dia punya sembur tu , macam dia jea yg ada mulut . Hehe . Kau faham sendiri ye . 


Aku bermula dengan status Leasing . Kau tahu apa itu leasing ? Leasing tu kau kerja under agensi tapi dalam kompeni TM . 3 tahun berstatus leasing . Alhamdulillah , 1 Julai 2014 aku diserap ke Kontrak Under TM sendiri . Dan korang , doa-doakan aku untuk diserap ke status TETAP pulak ye . Kontrak aku tamat 30 Jun ini . Tak mengharap , tapi kalau ada rezeki tu , Alhamdulillah  :)


Hehe . Moga-moga Allah makbul doa aku . Amin .


" Belajar sampai mana  ? "

" Diploma "

" Mesti susah nak cari kerja kan ? "

" Oh , tak tahu pulak Allah bagi rezeki kat orang ada Degree jea "


.. Alhamdulillah , rezeki aku dengan TM tanpa kena interview . Aku terus lapor diri dan kerja , sebab TM urgent nak guna staff hari tu . Biar kau bermula dari bawah , janji rezeki itu halal . Doakan aku untuk terus istiqamah dalam bekerja walau kadang-kadang dia punya stress tu macam mencabar jiwa kau .  

No comments:

Post a Comment

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz