PART 3 : Cerita Ke Kampung Incik Tunang .

Hallo hallo . Aku sambung Part 3 . Jenuh nak refresh . Tapi aku cuba okkeh . Kah !

Memandangkan aku ke Sabah kejap jea ( 6 hari ) , jadi 2nd last day tu aku sedaya upaya mencari segala barang yg dikirim . Nasinb agak baik sebabnya tak banyak yg dorang-dorang ni kirim . Mudah tak mudah sangat laa sebab mama cakap kita cari dekat tempat yang okay .

Dan pagi tu mama ajak pergi rumah yg kenduri tu untuk kemas apa-apa yang patut lagi . Biasalah bila kenduri kan . Sebelum kenduri macam ni time kenduri macam tu lepas kenduri macam macam pulak . HIHI . Maka dengan tak mandinya lagi *sebab fikir nak pergi buat kerja , so tak payah mandi . Kahkahkahkah . Mama ayah , pengantin dedua orang dan aku ke rumah makcik . Si tunang aku kena duduk rumah  . Dia telah ditugaskan untuk kemas rumah mama . Padan muka kau . Buat ler sengsorang . Hakikatnya beliau seorang yg rajin . Selalu kemas rumah . Selalu masak . Selalu cuci baju . Selalu mop lantai . Selalu menyapu . Cerita dipetik dari pemerhatian aku sendiri . Nanti kawen senang kerja aku . Kah !

Selesainya kemas rumah makcik , mama dgn ayah ajak ke pekan . Aku ? Confirm ah taknak ikut . Mandi pun idok . Dengan belemoih comot lepas buat kerja lagi kan . Tapi , mungkin mama nampak aku masih comel , jadi di ajaknya jugak aku pergi . HAHAHAHAHAHA ~ Dan dalam hati ini berdoa agar tak teserempak dengan sesiapa *sebabnya aku kenal ramai ler jugak orang-orang sana . 

Ayah dgn abang ke tempat lain . Mama , aku dan bini abang ke lain . Mama bawa kitorang ke tempat berdagang tempat mama meniaga . Macam biasa , mama buat sesi suai kenal antara satu sama lain . Kenalkan aku dan Kak Aton ke kawan-kawan mama . Malu , malu sebab tak mandi even diorang tak tahu . Wakakakaka ~

Namun nasib tak baik , bilamana sedang enak aku lepak-lepak dgn mama and ayah dekat depan bank tu , buleh pulak terjumpa dengan *%#@%&(* ~ Pasrah jea aku time tu . HAHAHAHAHAHAHA . Malunya aku time tu Allah jea tahu . Okay lupakan kejap pasal ni .

Petang , masih berlima . Pergi ke rumah kawan ayah . Nak cari belacan nak cari belacan . Belacan Sabah sedap depa kata . Jadi , itu lah buah tangan aku untuk kakak-kakak office . HAHAHAHAHAHA ~ Sementara tunggu kawan ayah pulang dari laut , sempat jugak kami ke sisir pantai tu .

Abang . Awalnya tengok-tengok jea makcik-makcik ni tangkap udang . Bila tak tahan daulat , lumpur tak lumpur lalu aku redah jua . Bukan selalu dapat balik kampung kan ? HIHI ~
Pada aku , aku lebih sukakan suasana kampung dari suasana bangunan tinggi-tinggi macam kat Kota Raya ni . Tengok kanak-kanak berlari rasa macam nak join sekali . Rasa sangat aman dan tenang .
Kat Shah Alam ada ke macam ni ? Susah sama sekali nak jumpa . Pokok-pokok lampu banyak laa kat depan rumah sewa aku tu . Betul apa orang cakap , kita tak boleh mereka cipta pengalaman , tapi kita kena melaluinya . Jujur aku cakap , aku sangat cintakan suasana kampung ~
Yang ni dah mandi tau . Sebab sebelah petang . HAHAHAHAHAHA ~ Kejap jea gelap kat sana . Cepat malam cepat siang . Rasa mcm kat obersea . Hihi .

Last day , awal awal pagi aku ajak Si tunang pergi cari kuih cincin . Salah satu makanan yang famous di Sabah . Rugilah kalau ke sana tak beli kuih ni . Sedap . Murah pun murah .


Flight aku jam 2 petang . Kali ni mama dengan ayah tak ikut hantar aku ke Airport . Sesi drama Hindustan mesti laa beraksi time tu . Lamaaaaaa lagi kot dapat jumpa semula . Hmm . Sedih . Tssskkk -,-


Jam 5.30 petang aku selamat mendarat di KLIA 2 . Kesian orang-orang dalam flight , kena bau belacan . HAHAHA ~ Im sorry you all .

Dan untuk semua-semua orang yang ya baru kenal , yg ya dah kenal tapi baru jumpa , yg sebelum-sebelum ni just borak-borak kat fb wechat wassap semua tu , biggie thanks . Seronok dapat kenal korang semua , bahagia dapat jumpa . Sangat bahagia dapat jumpa keluarga besar awak .Untuk awak my Abam botak , till we meet again . Jaga hati b untuk ya . I will miss you ~

4 comments:

  1. Cantiknya suasana kat sana.. tak sabar nak tunggu akk kahwin.. mohon lanje tiket flight ke sana.. wkwkwk

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa bagi akak kaya cepat2...hahahaha :D

      Delete
  2. Hye Meeya Techik. Salam perkenalan. Meh laa singgah blog mimi :D

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz