PART 1 : Cerita Ke Kampung Incik Tunang .

Salam Jumaat everyone . Lama bana tak update blog :)

So hari ni berkesempatan curi masa lunch untuk kongsi cerita aku di Sabah last week . Aku ke sana Khamis lepas . Jam 5.05 petang sepatutnya flight aku . Disebabkan hujan , delay 40 minit . Pukul 8.30 malam macam tu aku nampak rupa Incik Tunang dengan si Abang beliau di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) .


Of course aku happy . Sebabnya bukan selalu kitorang dapat jumpa . Dan dari Airport terus ke rumah Makcik . Dan itu lah tujuan aku ke Sabah . Ada Majlis Perkahwinan abang sebenarnya . Tapi majlis tu mama and ayah buat di rumah makcik . 

Jam 10 lebih kitorang sampai di rumah Makcik , jarak dari airport ke kampung amek masa lebih kurang 2 jam macam tu . Jauh jugak kan ?

Ini lah kali pertama aku bertemu dengan keluarga besar tunang aku . Nervous jangan tanya macam mana . Tipu kalau aku cakap aku tak ketaQ -_- . Berkali-kali jugak abang pesan dan minta aku biasakan diri dengan diorang . Pada mulanya agak kekok . Ada beza antara kami terutamanya dari segi bahasa . Tapi , tentang bahasa tu aku dah hadam walau tak semua aku faham . Hehe . Nasib ada isteri si abang . Asalnya Kedah . So , adalah geng untuk aku berborak  :)

Hari Jumaat , banyak masa dihabiskan dengan persediaan untuk kenduri pada hari Sabtu . Dalam waktu kelam kabut tu lah aku cuba sesuaikan diri . Borak-borak dan kenal-kenal . Macam biasa , tunang aku akan lepas terus dan pandai-pandailah kau bawa diri . Mencabar okay . Ice braking lah kau sendiri . Hahahahaha ~ 

Alhamdulillah , diorang sangat mesra dan mudah bergaul . Walaupun aku orang baru , layanan yg aku dapat seolah kenal bertahun lamanya . Aku juga selesa berada di sana . Malu aku letak tepi kejap . Pemalu ke aku ni ? HAHA . Belum dapat mulut memang aku malu kucing lah haaa . Once dapat mulut , tak larat melayan kau nanti . Hihi . 


Jadinya , sambil cuci-cuci ayam , cuci-cuci pinggan , aku cuci mulut aku . Tak kira lah umur awak berapa pun . Janji aku ada teman berborak . Hehe .


Haa kau . Yang dedua orang ni baru Form 2 . Apa ada hal . Diorang peramah sebenarnya . Eh , mana malu aku ni ? HAHAHAHAHAHAHA . Nak malu tu kejap jea . Bila dah tak malu jadi cenggini laa . Sebelum ni just kenal-kenal dalam FB and Wechat jea . Bila ada peluang bertemu , tak kisah untuk aku terbitkan kenangan dengan diorang . Cewaaahhhh  :) Walau aku kecik dari dorang , hormat dorang sangat besar . Hee ~

Terima kasih ye adik-adik . Kita tunggu Part 2 punya entry pulak .


No comments:

Post a Comment

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz