Kini Kita Menjauh Semula .


Rasa macam lama sangat tak masuk office . Hmmm . Keja pun banyak tertangguh . Dari awal pagi tadi , aku mula semak email di bahagian inbox , folder daripada boss dan email penting . Yang mana boleh settle , aku settle . Aku terima wassap dari group unit kerja , masing-masing dah loya menghadap SR . Aku ? Kunyah pelan-pelan .
Habis rambut abam Korea aku :(

Dan pagi semalam , Lebah dah pulang semula ke Negeri Di Bawah Bayu . Pulang dgn membawa tanggungjawab di bahu untuk keamanan negara . Awal-awal pagi , dah berdrama kami berdua . Dan aku , sambung drama hingga ke hari ni . Sedih kau . *taip entry ni pun nak nangis lagi  :'(

Hidup berjauhan tapi dapat berhubung okay lagi pada aku dari hidup berjauhan tetapi tak dapat berhubung . Allah . Aku tengah sadokan hati aku untuk terima semua ni . Dalam masa tu aku sangat-sangat sensitif sekarang . Pantang cuit , bederai air mata gugur . Tu pasal doktor bagi aku MC 2 hari .

Esok last . Last untuk aku cari gaduh . Last untuk aku mengada . Last untuk merajuk . Last untuk cari perhatian kau . Sebab kata kau , Ahad dah tak boleh pegang handphone :(

Membeku dari berhubung selama empat bulan . Orang cakap , alaa kejap jea tu chik . 4 bulan tu tak lama pun . Tapi aku ? Hmmm . Sehari tak dapat contact pun aku risau . Aku risau sebab aku kesah . Kesahkan engkau sebab aku sayang .

Segala pesanan yg engkau tinggal berbukit-bukau akan aku ingat . In shaa Allah . Mohon jaga hati kau untuk aku . Jaga diri . Jaga iman . Jaga segala-galanya . Aku tunggu kau datang jumpa aku lagi kat sini .

Eh korang , mohon doakan kitorang kawen cepat-cepat . Aku mengharap sangat semoga kau diletakkan lokasi kerja yg dekat dengan aku . 

4 comments:

  1. In Sha Allah meeya, don't cary big girl :)

    ReplyDelete
  2. Huwaaaa ! Kenapa kita rasa sedih ni Meeya. Stay strong girl. Meeya boleh punya. Nak kawen cepat ye , I'll pray for both of you. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hukhukhuk... mcm biasa , kena rasa yg pahit dulu bru dapat yg manis nad .

      Delete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz