Cerita Tahun Baru Cina Meeya .

Korang ke mana CNY yg lepas ? Aku ? Tumpang cina balik raya . HAHA . Pada awalnya bercadang untuk ke Kelantan . Plan dgn si Kak Aton ( tunang abg si lebah ) . Sebabnya ingatkan Lebah akan lambat lagi masuk sekor dia tu . Once bila Lebah terkurung kat dalam Kem beliau , maka aku dengan pantasnya mencari tiket pulang ke kampung Bagan Buaya , Nibong Tebal Pulau Pinang . Plan nak ke Kelantan tu sebabnya , memikirkan lepas ni mesti dah susah nak jumpa Incik Tunang . Tapi lagi awal kami dijauhkan . Aku redha . Aku redha . Aku redhaaaa .

Rabu tu office dah start cuti . Gantian Maulidur Rasul yg lalu . So Selasa malam aku cabut . Alhamdulillah jalan masih clean and clear . Pukul 11 dari Shah Alam , pukul 4.30 aku sampai Parit Buntar . 

Indahnya kat kampung . Lima hari tak terasa . Sekaligus dapat sembunyikan rasa sunyi aku . HAHA . Sebenarnya malas giler nak update entry ni . So , aku share gambar jea okay  :)

Kalau ramai-ramai , cenggini lah kitorang . Family sebelah mak . Selalu akan kumpul and buat potluck . Aku yakin aktiviti macam ni boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kitorang . Kan ?

Ini kanda aku . Satu-satunya kakak aku . Hihi . Ada serupa kaa muka kami . Macam idok jea aku tgk . Apa pun , hang tetap kakak aku hat paling rare . I love you sista ! Memenuhi hari dengan menternak lemak . Kenduri yukkkk . 
Hari berikutnya , ikut abah ke pengkalan . Abah repair boat . Persediaan untuk pergi memancing keesokan harinyaaaa . Jadi anak-anak abah wefie . Padahai boat tak begerak pun . Kahkahkah . Eh korang , abah kite ada buat perkhidmatan sewa boat untuk pergi mancing tau . Kalau berminat boleh PM  :)
Dan ini , budak suka buat perut achik jadi keraih gelakkan dia . HAHAHAHAHA ~ Banyak akai ni . Nak marah pun tak jadi . Penangan tengok Upin Ipin . Aduhaiiiii rajin menolong achik masak . Achik balik kampung belajar masak okay ?? Bhahahaha ~


Haku rasa , cukup takat ni . Nanti aku kaypochi lagi . Charlooo +___+

2 comments:

  1. seonok gak spend time ngan family macam ni..memang menternak lemak.hehe

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Jom join contest review applikasi android ini boleh?

    Syarat kena install lepas itu review..
    Jika dah buat semua itu tinggalkan link diruang komen nanti saya hubungi anda untuk bagi Gift Voucher Code 12% discount untuk membeli di blogshop kami.
    Dan hadiah menarik untuk mereka terpilih jadi apa tunggu lagi jom visit

    Link ada dibawah ini

    New Aplikasi Android Baju Sweet Muslimah

    Terima kasih

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz