SAFE FLIGHT SAYANG !!

Hmm . Hari ni aku mencari blog untuk curah segala rasa . Mohon jgn vomit  :)

Malam tu , aku rasa macam dah lama tak call parent lebah . So , fon aku capai , tengok pada bahagian contact lalu aku mencari nama " Mama Bie " .

Ayah menjawab . Kata ayah , dorang ada di rumah Pakcik . Kau dgn mama ada dalam rumah , tapi ayah kat luar . Tanpa aku bertanya , ayah memberitahu yg mana korang ( ma , ayah , tunang aku ) akan datang ke Semenanjung pada 19hb nanti . Aku seakan-akan tak percaya sebenarnya , aku tanya ayah sekali lagi . Bila ayah ulang untuk kali kedua , bunga pada hati ni aku tak tahu berapa kuntum sedang terbang . Dan aku :


aku : ye ke ayah ???  wahhhh ~~!! seronoknya . 
ayah : iya bha . Itu dorang dalam sana tgh beli tiket guna laptop . 
aku : haaaa datang laaaa mira rinduuuu . 


Hmmm . Ntah pergi mana malu aku time tu . HAHAHAHAHAHAHA ~ Yang aku dgr ayah dah gelak-gelakkan aku . 


Bila aku matikan fon . Laju jari aku cari calendar dekat fon . Lebih kurang dua minggu lagi . Start hari tu , sampai hari ni , hari-hari aku tengok calendar . Biarlah orang cakap aku meroyan . HAHAHAHAHA .

Pastu pastu pastu , aku fikir . Yang dulu bulan Oktober lalu , kau pesan dengan aku jangan nangis sbb nanti bulan Jan kau datang lagi . Kau pesan lagi , tentang voucher Steamboat yg aku dapat tu jgn redeem lagi . Minta aku tunggu kau datang . Rupanya betul kau akan datang even kau tak cakap dengan aku yg kau akan datang macam mana ayah bgtau aku . 

Lepas tu , aku terima wasap dari kakak ipar kau . 

kak rubie : mira , tahu ke fendy nak datang sana dalam bulan ni ?
aku : haa mira dah tahu kak , ayah dah bgtau tadi . tapi fendy takde pun cakap apa-apa dgn mira .
kak rubie : dia nak surprisekan mira lah tu .
aku : ntah laa kak . mira pun tak tahu . tunggu jea  :)

Semangat family kau bagitahu aku . Diorang tahu aku seronok . Kahkahkah .


Dear Mr.Fiance ,
Tahun lalu , aku jumpa kau bulan Dec 2013 , bulan April 2014 baru kita jumpa semula . Kemudian , kita menjauh kembali untuk lima bulan . Kau datang jumpa aku bersama keluarga besar kau pada September lalu . Waktu kita ikat hubungan kita . Kau pulang Oktober lalu , dan Januari ini aku tak sabar nak jumpa kau . 


Kau faham apa aku tengah rasa sekarang ? Aku nak masa tu cepat-cepat bergerak sebab aku nak jumpa kau . Tapi dalam masa yg sama aku taknak masa laju-laju jugak . Sebabnya , aku dah nak kena pindah office nanti :'( . Aku pindah office dulu baru aku dapat jumpa kau . Mahu tak mahu , aku kena hadap yg pahit dulu sebelum aku dapat rasa yg manis . Nampak ALLAH atur yg terbaik kat situ ?

4 comments:

  1. Sesungguhnya aturan Allah de best :)

    bestnya meeya adda family bakal mertua sporting gitu. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kan Maria . Mahu tak mahu kene hadap dulu yg pahit . Tak sanggup kot . Tapi nasib ada semangat dr arah belakang sdg menuju :)

      Delete
  2. Alahaiii comel sangat , rapat juga eh Meeya dengan family tunang. :D

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz