Please Be Nice To Me PJ .

Hari ni aku masuk meeting . Meeting pasal nak pindah tu . Start dari jam 9 pagi sampai pukul 1 petang . Sesi kenal-kenal dengan AGM baru , boss baru . Boss lama sebenarnya . Tapi dulu di unit lain . Sekarang jadi boss unit aku . Aku maintain dengan unit asal , Complaint Management Team . 

Macam biasa , dalam ramai-ramai yg terlibat dalam " penghijrahan " ke state Petaling Jaya ( PJ ) tu , aku lah yg paling muda . HAHAHAHAHA ~

Pastu , lepas meeting tu . Dengan perut yang menggelegak mintak nasi , kitorang terus ke office baru sebab nak tengok keadaan office kat sana . Dengar-dengar macam sadis . Better pergi tengok sendiri .


Bagi aku , agak jauh lah dari rumah sewa aku . Tapi takpe . Yang tu aku redha . Yang aku tak berapa nak redha . Hmmm . Yang sekarangnya aku di rumah " banglo " , kena berpindah ke rumah " setinggan " . Korang imagine sendiri . Yang pasti , lepas ni tak boleh lagi susun atur lebah lima enam ekor atas meja ni . Kang jiran sebelah marah . 

Sebenarnya aku menyimpan harapan . Mengharap " penghijrahan " ni ditunda . Tapi siapa aku ? Kameh depan bungkuih baQang cha alif but laa chik . Good bye Shah Alam . Tinggal 4 hari jea lagi kat sini . Banyak woooo kenangan kat sini . 

Takmau cerita banyak . Korang tunggu jea update dari aku lepas ni . Mood takdan nak ligan .

6 comments:

  1. Alaaa sedihnyaaa kene pindah umah setinggan. Mujur kita da duduk setinggan 4 tahun da , so memang takde sebarang gambar adegan romantis dekat work station. Huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih sgt nad.. dah lama dekat Shah Alam.. tetiba kene transfer g PJ.. huwaaa :'(

      Delete
  2. smg ianya mnjdi pnguat semangat dan lebih motivate dalam kerja. Dugaan itu tangga ujian utk lebih tabah mngharunginya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh nak jadi kuat ni lyz.. kene makan biskut rimau :)

      Delete
  3. sabar sabr meeya. . ujian tu , ,

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz