Lalu Aku Terfikir Akan Masa Depan Kita .

Belum terlambat untuk aku wish Selamat Tahun Baru 2015 kan ? Malam Tahun Baru aku , aku habiskan bersama rakan-rakan blogger dan rakan-rakan sekantor dan kazen aku dan sorang rakan sekolah aku . Brapa banyak dan laa . HAHAHAHAHA  :)

Tapi pasal gathering kitorang tu nanti aku kongsi . SabaQ tau !


Dan semalam , 1 Jan 2015 . Public Holiday untuk semua termasuk aku . Pada mulanya , fikir utk pergi kerja . Tapi amek peluang untuk rehat . Kerja bertapuk-tapuk sebenarnya . Nak cuti pun jadi tak tenteram . Tapi aku buat-buat tenteram sambil mengeram dalam bilik sorang-sorang . Housemates aku semua keluar dating . Roommate aku pulak balik kampung . Maka tinggallah haku keseorangan ~

Disebabkan bosan , aku pun godek-godek lappy yg sekian lama tersadai tepi almari tu . Satu persatu folder aku tgk . Dan tetiba aku buka folder gambar Eday aku hari tu .


Masa hari pertunangan aku dgn lebah , itulah pertama kali mak abah aku bertemu mama ayah lebah . Lebah pulak dah berapa kali pernah ikut aku balik kampung sebelum kitorang bertunang tu . Sama macam aku , dah banyak kali jumpa mama ayah lebah . Tapi aku tetap nervous sampai terlupa salam mama lepas mama sarungkan cincin bertunang hari tu . Kahkahkahkah . Tak semenggah punya menantu . KetaQ habaQ hang . Rasa semua orang dok tengok aku jea . Hmmm tau laa aku tak pernah mekap teteruk cenggitu . HAHA ~



Pastu pastu , lepas selesai semua tu , mama lebah borak-borak dgn aku . Ambil gambar pun mama peluk-peluk aku . Haaaa ! sayang sungguh mama dgn aku . HAHA . I love you too ma  :)


Sampai lah mak aku terperasan lalu berkata :

" Amboi hang dik , mak tgk mak fendy peluk hang Qapat aih . Hang Qapit sungguh dengan depa "

 Dan aku , macam speechless . Lalu tersenyum . Lalu jugak menjawab :

" Qapat laa jugak sebab dah selalu jumpa kat sana ( kat Shah Alam ) "


Dan kadang-kadang buat aku terfikir . Mana tahu kalau bukan jodoh aku dgn lebah . Betapa sakitnya aku nak hadap semua tu bilamana aku sangatlah kamcing dgn semua family beliau tak kira tua atau muda . Orang cakap bertunang ni dugaan hebat kan . Macam-macam boleh jadi . Serious aku takut . Pada aku , aku akan cuba jadi yg terbaik untuk semua . In shaa Allah . Dan pada untuk tunang aku , semoga kita lebih tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan . Masing-masing impikan kita bersatu , lelagi family aku dan engkau . Apa yg aku mampu buat , hanyalah berdoa agar kita terus bersatu hingga ke Syurga . In shaa Allah . Doakan kami ya  :)


Tunang aku memang suka ngata aku kalau aku mekap . Kalau tak macam burung hantu , kena penumbuk dgn orang . Aku redha . kahkahkahkah  :D ~

4 comments:

  1. Hahahahahahaha ! Kemain macam kene tumbuk lagi. All the best Meeya , moga terus kuat ye. ^^

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz