D'Kayangan Steamboat & BBQ Sec 13 Shah Alam

Di mana ada Meeya Techik di situ ada Cik Hani , di mana ada Cik Hani di situ ada Acul , di mana ada Acul di situ ada Khai ! Haa . . Tahun ni kami , geng-geng Blogger memilih D'Kayangan Steamboat & BBQ Sec 13 Shah Alam sebagai tempat gathering . Kena pulak malam New Year kan . Memang mantop lah bila kitorang berada di situ beramai-ramai . Selain daripada kitorang , ramai lagi kengkawan Meeya yg sudi memeriahkan gathering kitorang malam tu . Thank you korang yg datang malam tu :)


Kenapa kami memilih D'Kayangan Steamboat ? Sudah tentu D’Kayangan Steamboat ni adalah pelbagai menu steamboat dan BBQ yang disediakan antaranya seperti makanan laut seperti ketam , udang segar , potongan ikan , filet , ayam , kupang , tiram , kerang , kepah dan banyak lagi . Pencuci mulut dan makanan sampingan juga turut disediakan seperti buah-buahan , aneka kek , aiskrim dan ais batu campur (ABC) , nasi goreng , bihun , kentang goreng dan sebagainya . Selain itu , Restoran ini juga berkonsepkan girll, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet . Antara keistimewaan disini adalah sup tomyam , sup ayam , sos BBQ dan kambing panggang . 





Memandangkan kitorang semua memang stay di Shah Alam , so sangat memudahkan kitorang semua sebabnya D’Kayangan Steamboat dan BBQ terletak di Seksyen 13 Shah Alam , Selangor . Antara landmark yang korang boleh cari adalah MSU dan Acapella Servis Apartment . Ia terletak berhadapan dengan Restoran Tupai-Tupai dan bersebelahan dengan Restoran Hayaki .


Dan setahu aku D'Kayangan Steamboat & BBQ adalah satu-satunya Restoran Steamboat yg terkenal di Shah Alam ni . Dan korang perlu tahu , restoran ini pernah dikunjungi oleh team Jalan-Jalan Cari Makan . Haaa ~ Kalau tak caya , ini bukti wa kasi lu  :)


Perghhhh ! Korang tahu macam mana ramainya manusia malam tu . Aku ni dah laa spesis kechik molek . Maka dengan itu aku membiarkan kawan-kawan aku yg pergi ambil segala bagai menu yg ada kat situ . Aku duduk diam dan makan . HAHAHAHAHAHA ~ Kalau korang nak pergi , aku suggest , korang booking awal-awal . Kalau tak , sila bersila kat tepi tangga . 

PAKEJ ALL YOU CAN EAT (Set 1)

Sizziling Grill + Steamboat + Kambing Panggang + Masakan Panas
+ Buah + Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik
Harga Dewasa : RM33 seorang
Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM17 seorang


Dan dengar-dengar cerita restoran ini akan membuat penambaikan dari segi keluasan kedai . Hmmm , agak panas dalam kedai ni . Mungkin keadaan aircond yang kurang sejuk . Tambahan pula , sana sini berasap kan . Memang dapat SPA free kitorang malan tu . Tapi aku yakin , bila semua dapat makan , panas tu tolak tepi . HAHAHAHAHA  :) . Selain itu , beberapa menu baru juga akan ditambah nanti . So , nanti kita boleh pergi lagi . Hee .


Kat bawah ni , aku sertakan details mengenai Restoran diorang . Lebih memudahkan korang untuk berhubung dan booking nanti . Banyak gambar-gambar yg dikongsi bersama . 


D’Kayangan Steamboat & BBQ
Sri Acapella Servis Appartment,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M,
Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5523 4979
Instagram: @dkayangansteamboat
Waktu Pembukaan : 5 petang - 2 pagi .

Agak-agak kalau sesat nanti , sila minta khidmat bantuan dengan Pakcik Waze . Dia sedia membantu .


4 comments:

  1. Serono kan dapat kumpul ramai-ramai macam ni. Jemputlah jengah ke blog saya :)

    ReplyDelete
  2. wowwww sedaapnyaaa... *mouth-watering*

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz