SELAMAT DATANG 2015 , SELAMAT TINGGAL 2014



Terima kasih Ya Allah kerana datangkan aku cabaran , dugaan dan kau selitkan berjuta hikmah disebalik ujianMU . Semoga ianya mampu memberikan bekalan untuk aku mengharungi tahun ini dengan sabar dan tabah .

YANG JAUH AKU RINDU

Dulu , 
Masing-masing masih baby .
Ke sana ke sini achik dukung .
Sebab tak lawan berat achik .


Dulu ,
Masing-masing pandai menyanyi .
Macam-macam lagu achik rakam .
Ketawa mengilai gembira .


Sekarang ,
Sana sini berlari .
Kadang-kadang terpaksa angkat suara .
Puncanya mencari hak sendiri .




Yang bertiga ,
Yang ternakal ,
Yang peluru ,
Yang di sayang ,
Yang di rindu ,
Achik rindu keletah kamu ~



notatapakkaki : anak sendiri tak ada lagi , anak buah jadi pengganti  :)

BANTUAN BRIM 2015 DIPERCEPATKAN



Terbaru . Kerajaan bersetuju pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dijadualkan pada akhir Januari tahun depan dipercepatkan kepada 15 Januari 2015 . Kerajaan juga bersetuju permohonan dan pengemaskinian BR1M dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015 . Dan untuk maklumat lanjut anda boleh terus ke SINI .



Alhamdulillah . Serba sedikit dapat membantu mangsa yg terlibat dalam bencana banjir . Kepada sesiapa yg belum kemaskini , korang still ada masa untuk berbuat demikian . Nak kemaskini dgn lebih cepat boleh click SINITidak perlu ke mana-mana Pejabat LHDN lagi .

PAHIT BERLALU MANIS MENUJU




Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian yang datang .
Allah tangguhkan sesuatu untuk didik sabar .
Allah ambil sesuatu untuk didik redha . 


Sampai masa , Allah akan beri sesuatu sebagai ganjaran . 
Saat itu , kamu akan begitu bersyukur dengan apa yang Allah aturkan ini . .



Tenanglah .
Sungguh , Allah menyukai org yg sentiasa sabar  :)

PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Assalamualaikum pengikut setia blog eden yg tak seberapa ni . Shah Alam still hujan-hujan gerimis pagi ni . Almaklum lah Meeya Techik ni Rider tegar ke mana sahaja . Tiada keretaku . Kalau ada pun haku ketakutan . Lesen kereta ado tapi buek pekasam sebabnya eden takuit nak drive tak tahu kenapa :3


Menghabiskan sisa-sisa baki di Tahun 2014 . Hanya tinggal dua hari untuk kita melangkah ke 2015 . Dan seperti yg sedia maklum , sesi persekolahan juga akan dibuka tidak lama lagi . Tapi , hari ni terbacanya eden satu artikel dari KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA , yang mana sesi persekolahan ditangguhkan selama seminggu ~



Ini adalah berikutan dengan terdapatnya sekolah-sekolah yg turut musnah dalam bencana banjir baru-baru ini . Bagi kita yg tidak terlibat , turut merasai keperitan yg mereka alami . Semoga mereka terus tabah untuk menghadapi kehidupan yg penuh liku dan rintangan ini . Itu tanda kita masih dikasihiNYA . May Allah ease ~

SEGMEN YOU FOLLOW ME , I WILL FOLLOW YOU BACK



Moh ler kite :)
Click banner kalo nak join jugok .
Hihi ~

LAMA LAGI KE BULAN MAC NAK MUNCUL ?



Jam pada pc menunjukkan pukul 5.25 petang . Lagi lima minit nak habis waktu kerja . Kena siap cepat² sebabnya hari ini Incik Tunang jemput balik kerja . Hati melonjak-lonjak tak sabar utk bertemu semula . Senyum paling lebar aku ukir .



Aku picit button SAVE pada semua dokumen² kerja . Kemas alat tulis dan kertas yg ada atas meja . Kutip surat² customer yg perlu dipos . Kemas beg sandang aku yg comel , dan aku kunci drawer . Aktiviti wajib sebelum aku balik kerja  agar esok dtg kerja sedap mata memandang . Ya , aku anti tempat berselerak .



Handphone aku capai dan semak bahagian whatsapp . Dalam hati menyoal sendiri . Kenapa tiada mesej dari Incik Tunang . Lantas aku menyedarkan diri . Eh syg ! kau hanya mengelamun . Dia masih di kampung . Allah . Diri ini sgt rindukan awak sayang  :'(



                                                                                                                                           

Tertouching ,
- tunang bie -

Mini Giveaway #1


If korang pun nak join , mohon click pada banner  :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SAYA SUDAH .

PRAY FOR THEM

Hmmm . Nak nangis . Sana sini info pasal banjir . On fb , on wechat , blog . Semua pasal banjir . Untuk mereka yg menjadi mangsa banjir , bertabahlah dgn ujian dariNYA . 


Ya Allah , redakanlah bencana yang kami alami . Lindungilah kami semua . Elakkanlah dari berlaku bencana-bencana yang lebih besar dari biasa . Kasihanilah kami semua Ya Allah , sesungguhnya Engkau lah yg Maha Penentu Segala ~


- SEMOGA ALLAH LINDUNGI MEREKA -

"Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan"


http://chenta-shima.blogspot.com/2014/12/segmen-jalan-jalan-tambah-kenalan.html



Haiiiiii  :)

Hari ni awal awal buta aku join Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan ni . Korang tahu sebab apa ? Jeng jeng jeng ~

Of course aku TERTARIK dengan banner untuk segmen Ema ni . Coooomeeeelllllll sangat Lebah tu  :) ~ Rasa macam jeles . HAHAHAHAHA . Mungkin kita ada minat yg sama kan Ema  :)


Pastu pastu , dekat header dia pun ade jugak Lebah nya . Ish , nak jugok  :) ~ So , kalo korang pun nak join , boleh click pada banner tu . Ada hadiah tau  :)


Dan hadiahnya merupakan topup prepaid tak kesahlah maxis/digi/celcom atau apa-apa yang dijual dikedai topup . 



Hadiah penyertaan :
1) RM30 x seorang
2) RM20 x seorang
3) RM10 x 3 orang


Dan ingat !
Tempoh segmen berlangsung : 19 Dec 2014 - 19 Jan 2015
Tarikh pengumuman pemenang : 22 Jan 2015
Tarikh pembayaran hadiah : Selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh pengumuman.




So , kita enjoy !!!

AKU JUGA WANITA



Wanita ,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian .
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan .


La tahzan .
Optimislah dengan ujian . 
Itu hadiah Tuhan .
Bersyukurlah . 
Beruntunglah .
Dari jutaan , engkau pilihanNya .
Kita rasa kitalah yang besar ujiannya . 
Kita rasa kitalah paling berat bebanannya .


Come on . 
Ada orang lagi besar ujiannya . 
Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang . 
Jangan mengeluh walau sedetik .
Kita milik Dia . 
Dulu, Kini. Dan selamanya .
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita .
Bukan hanya di dunia . 
Bahkan hingga ke daerah sana .


Jalan takdir Allah tak pernah salah .
Berbaik sangkalah dengan aturanNya .
Jika perlu untuk engkau menangis , maka menangislah .
Tapi sayang , jangan sedih lama-lama .
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan .



Takdir Allah is something yang unexpected .
Miracle things may come soon . 
Soon.
Engkau harus percaya .
Ya , percaya .
Allah sentiasa bersama .

YANG SELALU : SELAMAT HARI LAHIR

Yang aku kenal dulu , umurnya 13 tahun .
Yang aku kenal sekarang , umurnya 22 tahun .


Lama .
9 tahun .
Dan dia ,


Yang selalu ada .
Yang selalu bletiaQ .
Yang selalu memujuk .
Yang selalu nasihat .
Yang selalu kesah .
Yang selalu tegur .
Yang selalu bantu .


tQ sebab jadi Yang Selalu . Hari ini hari awak . Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki . Sentiasa ada dalam perlindunganNYA . Dipermudahkan segala urusan awak sayang .
Dan SELAMAT HARI LAHIR MY DEAR SISTER ! 
I Love you  :)


Gambar lamaaaa . Time tu aku ramping lagi .
Kahkahkah  :P

SEGMEN : Kapas Putih January 15 Bloglist


Picit pada banner untuk join  :)
i'm DONE ~

AKU


Aku tak semulia Khadijah ,
Tak setaqwa Aishah ,
Tak setabah Fatimah ,
Bukan pula sekaya Balqis ,
Apa lagi secantik Zulaikha .
Aku hanyalah wanita akhir zaman yang bercita-cita menjadi isteri solehah .


Aku berdoa , Allah swt kirimkan seorang imam yang boleh membimbingku , 
membantuku mencapai cita-citaku .

PERTUKARAN LOKASI BERTUGAS

Hari ni . Haaa hari ni . Tadi tu awal awal pagi , sekeping surat cinta selamat dikirimkan ke tangan aku .

Sedih weh . 


*tarik nafas techik . Hembus .


Seingat aku , 1 Disember yg lalu , aku bersama beberapa orang rakan office yg lain terima satu email dari Pihak HQ yg menyatakan bahawa nama-nama yg bertuah termasuk aku , akan ditukarkan lokasi tempat bekerja yg mana dari TM Shah Alam akan berpindah ke TM Petaling Jaya .


Pada mulanya , aku memang tak boleh terima * sekarang ni pun ada rasa tak boleh terima lagi sebenarnya . Tapi , siapalah aku untuk menyangkal semua ni . Even aku ada 5 calit kat bahu pun belum tentu aku dapat pertahankan hak aku sebagai seorang pekerja biasa . Sadis okay . Namun aku percaya , apa yg terjadi ni mungkin ada hikmah buat aku * ayat pujuk hati sendiri . Kahkahkah .



Sedih sebenarnya . Dah hampir 4 tahun aku di TM Shah Alam ni . Aku suka dengan suasana , persekitaran . Dan yg paling aku selesa , dekat dengan rumah sewa aku . Tapi takpe lah . Dah tertulis untuk aku behijrah ke tempat baru , aku terima :)



Dan hari ni , dah terima pun surat pertukaran tu . Rakan rakan yg turut terlibat , agak terkilan sebenarnya . Yang menangis , yang hilang mood , yang jadi takde semangat , sama sama merasa . Aku ? Aku dah nangis awal awal hari tu lagi . So  hari ni aku agak cool . Nanti aku tak tahu laa macam mana . Hehe .


Tinggal sebulan lagi untuk aku berada di TM Shah Alam ni . 16 Januari 2015 , bermulalah episod baru aku bersama rakan rakan di TM Petaling Jaya . Mungkin rezeki aku disitu pula kan ? Doakan aku ye kawan kawan .

PENGALAMAN PERTAMA MENCARI KULAT SAWIT

Isnin , 15 Disember 2014 . Al Fatihah untuk Seniman filem Melayu klasik Datuk Mustapha Maarof . Perginya seorang lagenda  . Dan kita yg masih diberi kesempatan bernafas , ada lagi separuh bulan untuk kita langkah ke tahun 2015 . Are you ready ?


Eh , a few months ago , means masa future family in law aku masih di Bumi Semenanjung , ada aku join diorang pergi redah hutan . Kahkahkah . Ayat kemahen macam masuk Hutan Belantara . 


Do you know apa tujuan kitorang masuk hutan ? Haaaa . Ini pengalaman aku yg pertama . 

Memulanya tu , mama tanya aku nak ikut tak pergi cari kulat sawit ( aku rasa laa nama dia yg ni ) . Ofcourse laa nak , tp terpacul jugak soalan dari aku , " ada pacat tak ma ? "


Hoiiii . pacat tu besaQ tet jaa . Tapi aku punya takut tu macam nampak gorilla . K over . 


Hutan ni Ladang Kelapa Sawit , dekat Kelantan , rumah abang kepada si lebah . Pastu pastu pastu , aku pun ikut . Rasa macam selamat sikit bila tgk tanah rata , takdak pacat laa macam tu !  :)


Pegang plastik sorang satu . Aku ? Aku mesti laa ikut orang yg dah expert kan . Mana aku pernah cari kulat sawit ni . Tu first time aku cari , aku tengok and aku makan . Jakun jugak . Kahkahkah .


Kebiasaannya kulat sawit ni tumbuh di tandan and pelepah sawit ( kalau belah utaQa sebut macam tu . Aku taktau kat tempat lain sebut apa . Atau sama jugak ) . Aku mati mati ingat nak kutip hat kembang setalam colour putih  kelabu asap tu . Mama betulkan aku , kutip yg bulat bulat colour coklat tu . Manaaaa laaa den tahu  +___+


Ayah tengah tunjuk skill . Hehe  :)



Sebesen jugak dapat bila digabung dari kami lima orang . Sebelum masak tu ada lagi proses proses lain yg perlu dilakukan . So , sekali lagi mama ajar aku cara nak proses kulat sawit tu . Berbekalkan bantuan dari Abg Lan , cepat sikit nak habiskan . 


Bila budak kecik yg tak pernah tgk apatah lagi makan makanan ni , maka banyak lah soalan yg menyusul keluar dari mulut aku . Semestinya aku tanya , menu apa paling best utk masak kulat sawit ni . Hihi .


Sepantas kilat mama masakkan kari_gulai . Heeee . Aku ni kalau pepelik sikit aku susah nak terima . Disebabkan Abg Lan yg hulurkan aku gulai kulat sawit tu , terima dengan hati yg redha sebab tak berani nak membantah . Kahkahkah . Dengan cubaan yg pertama , menu masakan gulai kulat sawit mama mampu menarik perhatian aku . Serius sedap ! Sampai aku ulang tiga empat kali makan . Dan yg paling best , mama tanya aku nak bawa bekal tak ? Maka jawapan dari aku , " nak , tapi nak yg dah siap masak " . Okay , memang mengada banyak yg ni   :)



Sorry , takdak gambaQ yg dah masak . Aku deret macam ni . Semangat nak makan . Kahkahkah . Setahu aku , kulat sawit ni memang famous dekat Kelantan . Kan ?

3 MONTHS

Good morning . Hari ni den cuti . Selamat bermalas²an semua . Update entry pun still dalam selimut sebab update guna fon . HAHAHA  ツ



Aku macam keseorangan jea kat rumah . Confirm² bebudak rumah aku keluar . Yg sorg ada class . 



Kebiasaannya lepas Subuh tu aku jarang sambung tidur , tapi disebabkan malam td aku borak dgn lebah sampai jam 2.30 pagi , aku sambung tidur lepas solat Subuh . 


aku : bie smoking ye skrg ?
tunang aku : mcm mn ya tahu bie tgh smoking ?
aku : eh tahu laa org kenal bie bukan baru sehari .
tunang aku : dah tu ?
aku : org kenal bie dah 3 tahun...*sambil pk gadjet yg aku baru masukkan dlm blog siang semalam .
tunang aku : ya kenal bie bulan satu .


*reti ingat jugak mamat ni--


borak borak lagi ,
" bulan tiga tahun depan booking tiket utk balik kampung . ada kenduri nanti "




in shaa Allah kataku .


Hmmm . cenggini lah kitorang . Since bertunang , agak jarang nak borak lame² . Selalu dekat wassap and wechat jea .


Pastu bila time baik tu , baikkkkkk jea , happy jea . Bila time perang tu , merajuk jea , sentap tiga hari . Seminggu pun pernah . Pastu okay balik  ツ


tunang aku : ya ingat tak hr tu kita gaduh kejap tu , bie pesan dgn mama kalau ya call cakap bie takde . Tapi mama marah bie balik .
aku : padan muka bie . ma cakap ape?
tunang aku : ma taknak bersubahat , ma pesan suruh bie cakap elok² dgn ya .
aku : haaaa padan muka bie*sambil gelak jahat .
tunang aku : sayang sgt mama tu dgn menantu dia .


*aku ubah cerita lain .



Dan hari ni 14 December 14 . Genap tiga bulan kita bertunang . Takde benda lain yg aku harap melainkan kita terus tabah untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup . May Allah ease . 


*ini cerita cinta satu atau dua*melalak -,-

BEKERJA DI HARI SABTU : OT


Hari ini adalah hari Sabtu . Dan ini adalah antara muka yg tak pernah hilang di hari Sabtu .  Tiada istilah cuti di hari Sabtu naaa ~ Alhamdulillah , koje banyok sanget . Dengan keadaan sistem yg kadang kadang suka merajuk tak tentu pasal membuatkan kerja menjadi tertangguh . Pastu pastu boss pun mintak kitorang buat OT . Bagi hok bujang bujang macam kami ( kecuali yg kedua dari kiri ) , okies jea kalau kena buat OT . Dari bosan tercangak cangak kat rumah , better datang office ken  :)

Eh korang , yg first dari kiri tu Dayah , second , Kak Pae ( Faezah_bini orang ) , third  tu aku , hok last tu Mek Ganu_Ziha . Kalau kenan  , buleh rojer eden . Den tolong adjust  :)


Kerja di hari Sabtu , boleh pasang lagu kuat kuat , boleh nyanyi teriak teriak . kahkahkah .

Okbaiiii ~

DEEP

Cermin , mohon pantul balik  ~


TERIMA KASIH HANI   :)

ITU JANJI DIA


Hadirnya perasaan tanpa dipinta ,
Hadirnya kasih tanpa dijamu ,
Hadirnya rindu tanpa diminta ,
Hadirnya sayang tanpa jemu .


”Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku , 
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita  ~


Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku .

Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu . . 
Janji ALLAH pastiku pegang dalam misi mencari diri 
" Lelaki yang baik untuk wanita yang baik "

MENU BARU PAKJOHN STEAMBOAT & BBQ

Tengahari ni . Tengahari . U alls dah makan ke ? Ehem ! Review kedua dari aku berkenaan dgn PakJohn Steamboat . Yang pertama , sila baca SINI  :)

Oh mai , baru baru ini , sekali lagi aku dgn rakan rakan blogger yg lain menerjah PakJohn Steamboat dekat eCurve , Damansara tu . Katanya ada MENU BARU . So , kali ni kitorang dapat layanan istimewa , dan dikhaskan dalam VVIP room . Tapi tapi tapi , aku lewat sampai . So , ada beberapa menu yg ketinggalan . Even ketinggalan , aku dah habis kenyang malam tu . HIHI .


Adanya menu baru dari PakJohn Steamboat ni adalah bersempena dgn Hari Krismas yg bakal tiba tak lama lagi . So , bermulanya 15 Disember ini , PakJohn Steamboat mempromosikan harga buffet serendah RM46++ seorang . Macam macam menu korang boleh sumbat . Itu pun kalau mampu membahamnyaaaa . hihi  :)

Dan antara menu baru yg ada :



- Garden Herb Potato Salad
*Salad kentang yang klasik dihidangkan bersama herba

- Christmas Island
*Pulut nasi yang dilimpahi dengan sos berkrim serta seafood

- Baked Potato with Mince Beef
*Kentang bakar yang dihidangkan bersama daging cincang dan cream

- Grilled Slice Chicken With Creamy Spaghetti
*Dada ayam yang dipanggang dengan sempurna dihidangkan bersama spaghetti berkrim

- Ramen Vongole Ole
*Ramen istimewa dan HALAL dimasak bersama lala, sejenis makanan laut

- Seafood Bread Loaf
*Kepingan Baguette dan makanan laut yang disaluti keju

- Grill Sutchi Fillet
*Fillet ikan Sutchi tanpa tulang bersama brown sos

- Black Tangerine Chicken
*Kepak ayam goreng rangup disiram sedikit sos buah nenas


Christmas Hot Pot:


- Coffee Beef 
- Tangerine Beef, Black Pepper Beef
- Sweet Soya Beef
- Coffee Chicken
- Tangerine Chicken
- Black Pepper Chicken
- Ginger Chicken
- Sweet Soya Chicken
- Lemongrass Chicken and Spicy Fish Fillet.


Dan aku rasa tak lengkap kalau tak ada hidangan steamboat yg sememangnya sinonim dgn restoran PakJohn ini . Kali ni , ada sup terbaru . Sup ini juga termasuk dalam promosi Hari Krismas . Coba kau coba . Jom !


Selain korang bersteamboat , korang boleh grill . Haaa , kan ada banyak Christmas Hot Pot kat atas tu . So , susun sampai penuh cenggini . Hihi  :)


Dan bahan bahan yg dalam gambar ni , korang boleh selamkan kat dalam sup tu . Eh , macam rancangan tv sudaaa . Dan untuk pengetahuan korang , terdapat banyak lagi bahan dan spesis makanan untuk steamboat tu . Tak termakan dibuatnya . Pastu ada dessert lagi . Ada buah buahan . Best okay . Rasa taknak balik . Melampau kan budak kecik ni .

.
.
.
.
.

Dan .
Yang ini bakal muncul .

First time pegang lobster wey .
Teruja sat .
Tu sampai terenyih cenggitu .
:)


 Korang wajib try . Sebabnya , promosi cenggini tak selalu ada . Cuma untuk hari hari tertentu sahaja . So , malam ni dah boleh start enjin . Bodek bodek lah sesape ajak teman . Hihi  :)


Eh korang , kalau nak berparty pun boleh tau . Yang mana Restoran PakJohn ini mampu memuatkan seramai 200 orang pelanggan . Sangat sesuai utk company dinner ke , farewell utk Majlis Perpisahan ke , nak celebrate birthday party ke . Pun boleh . Lagi lagi dengan adanya pakej untuk birthday party . Pakej Birthday party ni kan , kalau 5 orang makan , akan dapat percuma sorang . Means , untuk si bufday boy / girl tu . Ni tak tipu tau . Mengkalau TM nak buat farewell utk kitorang yg kena transfer ke Petaling Jaya ni pun boleh . Ehhhh -,-


Untuk Team PakJohn , Team #HaiBlogger , thank you sbb sudi ajok kito g makan kat sana . Thank you jugok sebab kasi dua keping voucher free ni . In shaa Allah akan ku terjah sekali lagi  :)



" tunggu b , nanti b datang sana . In shaa Allah sempat "

OKBAI ~


SELAMAT HARI AIDS SEDUNIA 2014


Cantik kan baju eden ? Tahu mana dapat baju ni ? Haaaaa . . . Sabtu yg lalu bersamaan 29 NOVEMBER 2014 , saya bersama beberapa orang rakan Blogger telah menyertai satu event iaitu SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA yg bertempat di NU Sentral Mall , Kuala Lumpur . Ini adalah pertama kali aku masuk NU Sentral Mall ni . Giler besar kauuu . Sampai sesat kitorang :)



First off all , HIV atau AIDS  adalah satu jenis penyakit yg boleh membawa maut bagi sesiapa yg mengidapinya . Selalunya , penyakit ini akan terjangkit melalui hubungan kelamin atau seks bebas . Oleh sebab itu , kepada bakal pengantin yg akan melangsungkan hari bahagia mereka , WAJIB untuk melalui ujian HIV terlebih dahulu . Ini adalah salah satu langkah di mana untuk mengelakkan terjadinya jangkitan HIV pada setiap pasangan .



Justeru , Sambutan Hari AIDS Sedunia acapkali diadakan pada setiap 1 DISEMBER pada setiap tahun bagi memberi kesedaran kepada seluruh rakyat tentang bahayanya HIV ini . Selain itu , dengan adanya aktiviti seperti ini , ia dapat memberi sokongan kepada penghidap penghidap HIV agar terus cekal mengharunginya . Dengan sambutan yg kita adakan ini , sedikit demi sedikit dapat membantu orang orang di luar sana dalam mengetahui tentang bahaya HIV ini .



Bagi tahun 2014 , sebuah organisasi yg dikenali sebagai PT Foundation telah menganjurkan satu acara " WISHING FOR ZERO , RED RIBBON " dan mendapat tajaan dari NU Sentral Mall , CIMB dan Durex Malaysia . 


Event ini juga mendapat sambutan hangat dari serata sukarelawan yg hadirnya dari pelbagai kaum dan peringkat umur di mana saya juga salah seorang sukarelawan yg turut terlibat dalam menjayakannya  :)  ~ Terdapat juga beberapa aktiviti lain seperti hiburan sampingan bagi menghiburkan orang ramai . 



Semasa aktiviti dijalankan , banyak pendedahan maklumat diberikan kepada org ramai mengenai HIV dan AIDS ini . Maklumat ini juga merangkumi gaya hidup sihat bebas dari HIV dan AIDS serta langkah selamat dalam melakukan hubungan kelamin. Penggunaan kondom ketika melakukan hubungan kelamin dan elakkan daripada berkongsi jarum suntikan adalah antara langkah keselamatan untuk mengelak dari dijangkiti HIV .


Kesimpulannya , bagi mengelakkan virus HIV AIDS ini , pendedahan dan pendidikan berkenaan bahayanya virus ini perlulah dipupuk kepada golongan kanak kanak bagi mengelakkan mereka daripada  terjebak dgn aktiviti tidak sihat ini. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawasi anak masing masing terutamanya dalam aspek pergaulan dan aktiviti anak mereka .


Oleh itu , luangkan masa anda bersama keluarga masing masing agar terhindarnya dari virus merbahaya HIV atau AIDS ini . Bijaklah anda dalam memilih kawan kawan . Sama sama kita membanterasnya demi sebuah kehidupan yg sihat :)



Dan belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI AIDS SEDUNIA  :)
 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz