DEDICATED TO MY HUSBAND TO BE :)

Pernikahan menyingkap tabir rahsia ,
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia ,
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah ,
Untuk bersama belayar ke muara .

Pernikahan , menginsafkan kita ,
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha ,
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan ,
Susah mendatang tempuhi dengan tabah .

Isteri janji telah dipateri ,
Diijab kabulkan dan dirahmati ,
Detik pertemuan dan pernikahan ,
Yang dihujani air mata kasih ,
Demi syurga Ilahi .

Suami jangan menagih setia ,
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha ,
Terimalah seadanya yang terindah ,
Di lubuk hatimu ,
Isteri adalah amanah buatmu .

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri ~

Isteri hamparan dunia ,
Suami langit penaungnya .

Isteri ladang tanaman ,
Suamilah pemagarnya .

Isteri bagai kejora ,
Suami menjadi purnama .

Tika isteri beri hempedu ,
Suami tabah menelannya .

Tika suami terteguk racun ,
Isteri carilah penawarnya .

Sungguh isteri rusuk yang rapuh ,
Berhati-hatilah meluruskannya .


WORDLESS WEDNESDAY .

Nasib kita , belum tahu lagi macam mana .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
so , JANGAN !


CRISPIES CHOC AND CHEESY LAYER

Selamat pagi Selasa everyone :) . Assalamualaikum followers ^____^


*Hari ni beta guna MIRA .


Hari ni macam ada mood nak review tentang Produk yg tengah hangat , hot , femes the amos , glamorius dan sekutu dengannya .

Seperti sedia maklum , di mana di mukabuku mira ( picit untuk tumbesaran ) , mira ada iklankan tentang produk ni which is CRISPIES CHOCOLATE and CHEESY LAYER .

Terdapat LIMA PERISA seperti yg tetera dalam gambar di bawah :















Harga bagi setiap perisa adalah SAMA iaitu RM8 per balang .  Bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan SHAH ALAM , boleh datang terus ke rumah saya bertempat di SEKSYEN 7 berhampiran dgn ICITY . Yang jauh , mira boleh POS !! 


Untuk perkhidmatan pos , mira cadangkan untuk beli 3 balang minimum yang mana harganya akan menjadi RM30 untuk 3 balang * perisa boleh campur campur . TAPI MIRA TAK POS YG CHEESY ye demi menjaga kualiti produk kami  :)


Setakat ini , rata rata yg sukakan PERISA M&M dengan MARS !! sama ! mira pun suka yg dua ni . Selalunya , mira akan makan bila stress dan bila lapar . hee . 




Ada yang order untuk dijadikan HANTARAN , SURPRISE untuk Si Buah Hati dan Gift untuk kengkawan  :)


Utk sebarang tempahan , sila :

Mesej / wassap / call : 0173935863
Wechat : meeyatechik
Facebook : Amira Abd Halim
Page : Warung Siber

Perkhidmatan pos hanya dilakukan pada hari Rabu dan Jumaat sahaja . Untuk penghantaran yg cepat , sila bank in 2 hari sebelum barang di pos .

Contoh :

Pos hari Rabu , bank in hari Isnin .
Pos hari Jumaat , bank in hari Rabu .

Kalo yg dekat dgn area mira , bole pick up by hand . Order sehari sebelum nak ambil .

Kerjasama anda amat saya hargai :)

KEEP PRAYING

Segala perihal hidup kita , DIA telah aturkan . Baik AJAL MAUT JODOH dan PERTEMUAN . Hari ni kita diduga , esok lusa in shaa Allah akan tiba hikmahnya . Be Strong my self . Ye , penat sangat jaga hati orang lain yg kadang kadangnya hati sendiri tidak terjaga . Tak mudah untuk kita puaskan semua pihak . Tapi aku mohon faham keadaan diri aku juga . Aku juga manusia seperti anda dan anda  :)




SESUNGGUHNYA ALLAH ADALAH SEBAIK BAIK PERANCANG . TAKKAN AKU BERHENTI BERDOA . SEMOGA DIA SELALU ADA DENGAN AKU BAIK TIKA SUSAH DAN SENANG . ALLAHURABBI :)






TILL WE MEET AGAIN .

Huhaiiii . Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat kawan kawan  :)  hiks ! ~ Tolong lah puji kite . Kite terrrrrajin dah ni nak menghupdate blog ni . Ini pun setelah kerja kerja yg penting diselesaikan terlebih dahulu . wheeee ~~


Seriously , mood ke laut nak update blog . Malas nak mengarang . harhar . Dan tak tahu apa yg nak dikarang tu . Kerang lagi lah . *eh, tetiba .

Nah , seketul aku bagi pipi . haha ~




Hee . Last Wednesday . Office aku ada pergi terjah kat sebuah Restoran Steamboat . Which is SERISEGI or SEGISERI dekat section 23, Shah Alam . Mohon google sendiri untuk tahu nama sebenar Restoran tu +____+ . Aku lupa . harhar ~


Actually , kitorang ke situ untuk meee , me apa ye ? Senang cerita one of my officemates , nak berhijrah ke TM Sarawak . Dan dah selamat sampai dah akak tu . Kak Fid nama manjanye . ngee .


So , kitorang ke situ beramai ramai . Satu unit CSM * Customer Service Management . Tapi ade jugak yg tak dapat pergi dgn hal masing masing yg tak dapat dielakkan . Lebih kurang 38 org staff termasuk AGM , GM , boss besar boss kecik dan staf staf yang join . Kat situ kitorang menikmati juadah berbuka puasa di waktu tengahari . harhar . Idok laa . hurrmmmm ~


Dah namanya Restoran Steamboat , menyeTEAMBOAT lah kami . hiks ! Fikir banyak kali jugak untuk aku ke situ . Sebabnya , nak makan tu memang sedap tahap bertahap tahap . Nak garu tu nanti pun serupa tu jugak lah kan . Keturunan mana ntah yg aku dapat alergik dgn seafood ni . Setahu aku , semua family aku sihat sejahtera hendakNya takde yg alergik alergik bagai ni . Sesat ke aku sorang sorang jea . Garu tak garu , aku join jugak . harhar .


Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim banyak banyak kali , aku suap itu suap ini kat dalam mulut aku sendiri . Paling banyak yg aku suap adalah aiskrim . Yg tu jea yg aku rasa best . Tengah tengah hari rembang cenggitu memang best oih dapat aiskrim macam tu . Nyaman tekak . :D


Happy ada , sedih pun ada . Happy sebab bukan selalu dapat gather dekat luar ramai ramai macam tu . Sedih pulak bila akan kehilangan sorang lagi kawan kat dalam office ni .


Sorang lagi ? Ye , awal bulan lepas dah hilang sorang . Tengah bulan hilang lagi sorang . sob sob . Masing masing ke TM Cyberjaya dan Sarawak  :'(


For both of you , Kak Fid dgn Kak Yana . I'm wishing u best of luck . Jangan lupakan kenangan kite sama sama kat sini . Nasyid sama sama , kawad sama sama , joget sama sama dan macam macam macam macam macam lagi laa . hee ~ Gonna miss u . Till we meet again . in shaa Allah .

Takde pulak gambar Kak Fid . Just punya gambar yg dirai , Kak Yana . Ini pun dicuri dari mukabuku . Unit aku , Billing Resolution Shah Alam . Belum cukup tu . Ada yg bercuti . *abaikan si penanduk tu . Bagi penampar buaya baru dia tau . harhar  .





WATER itu AIR

Macam ni rasanya . Rasa apa ? Rasa hidup takde air . Gila weh . Seharian tak mandi . Lagu mana depa depa yg hidup susah takde bekalan air tu kan ? Gila nauuuu . Sampai ponteng kerja ponteng class secara berjemaah . Dan ada jugak yg pergi kerja hanya bermandikan mata dan gigi . harhar  +_____+


Selalunya , bila ada notis " takde air " , aku akan rajinkan jugak pergi tadah air siap siap dalam botol tu . Buat persediaan katakauuu . Tapi , bila aku tadah , ada pulak airnya . Bukan sekali bukan dua kali . Dah sekarang setitik pun aku tak tadah , nahhhh ~~ dia bagi air karat memula tu . Pastu dia diam teroih . Kecewa kau .


Dah bila takde air , nak makan pun jadi takut . Buat nye perut pusing pusing pulas pulas . Jenuh lari beterabur . Seharian jugak puasa . Rasa serupa nak pitam . Makan dak mandi pun dak . Sian habaQ hang . Dah macam pelarian jadinya . Pelarian pun comey lagi kot . Minyak dekat muka tebai sekati pun biaQ jaa . Haalaa , nak buat lagu mana kan . ayaQ tu ada laa 2 timba . Sempat si housemates tadah . Tapi tu dok bajet untuk emergency punya hal . Kesian sungguh . sob sob .


Malam tadi , merempat rumah ex housemate aku dulu . Dekat jugak dgn rumah sewa aku tu . Pi buat muka sekupang depan rumah dia dgn Cik Berry . Dapat laa mandi tang situ . Even tak puas mcm mandi kat rumah sendiri , janji bole mandi . Rasa daki boleh dapat satu doh donut dah . haha ~


Stay kat rumah dia sampai tadi pagi . Alhamdulillah , ada jugak yg nak tolong kami  :)  JASAMU DIKENANG ~ Dan balik ni , aku letak harapan yg paling tinggi dekat air . Muncullah kau air . Kami semua menanti .




Notatapakkaki : Shah Alam jerebu teruk sekarang . Mohon berjaga jaga . #PRAYFORMH370  ~

PLEASE COME BACK MH370

KESEDIHAN KINI MELANDA
SELURUH DUNIA MENANTI BERITA 
HARAPAN SELAMAT KAMI PINTA 
SEDIAKALA SEPERTI BIASA 


SEGUNUNG DOA KAMI PANJATKAN 
BERPOLITIK SINI BUKAN TEMPATNYA 
TIDAK ADA YANG LEBIH BERKUASA 
HANYA ENGKAU PENENTU SEGALA 


ANDAINYA KAU DI LANGIT TURUNKANLAH 
ANDAINYA KAU DI BUMI TEMUKANLAH 
ANDAI DI ALAM LAIN SINGKAPKANLAH 
PADA-MU ALLAH KAMI BERSERAH 

MH370 MUNCULLAH...





CP : AMAR

SAMA TAPI TAK SERUPA

seharian keluar meronggeng dgn Si Kazen semalam . sekali org tegur , org tersalah org dan org terrrrpercaya .

1 : si kawan baru , eh muka korang same ea . Adik beradik ke ?

Adik ni si kawan kepada kawan si sepupu punya encik tunang . So , kitorang baru jea kenal semalam .


2 : Makcik jual air dekat Taman Rekreasi tu .
Na : Air ni satu air tu satu . * na beralih ke kedai sebelah kejap .
Makcik tu : Bungkus siap , letak tepi tu .
Aku : Lalu depan kedai air tu dan slumber nak ke kereta .
Makcik : Eh dik , ni air nya lupe ke ?
Aku : Eh tak makcik . Bukan saya yg beli . Tu dia tu .
Makcik : Muka sama . Kembar ke ?
Aku : Tak laa . Sepupu jea .
Makcik : Tersipu malu makcik tu salah org .


3 : Nak beli jubah , nak beli tudung . Nak beli inner neck , nak beli shawl dekat mamat Pakistan dekat Nilai 3 . Aktiviti tawar menawar .


Si Pakistan : Adik manisss singgah dulu sini . Cantik cantik semua .
Aku : Amek dua bole lah dapat murah sikit . Kitorang kembar . Mesti semua benda nak sama * sambil aku senyum senyum kat Si hidung mancung tu .
Na : Ntah , bole laa . Saya kakak . saya lahir dulu . Bole lah . 2 helai rm40 .
Si Pakistan : Adik manisss , tak dapat laa .
.
.
.
.
Pegi dekat tempat shawl . Na pilih pilih tudung .

Aku : U bagi murah kitorang amek . Jauh kitorang datang ni .
Si Pakistan : Adik manisss , mana u dtg ?
Na : Penang laa . dtg jalan jalan .
Si Pakistan : Dtg berdua saja ?
Aku : Ye laa . Berdua laa * Padahai 3 org lagi dalam keta dok bedengkoQ dah .
Si Pakistan : Pilih laa mana u nak *amek tudung syria selai teroih boh dalam beg aku . FREE kauuuu ~~

Dan Jubah tu aku dapat RM25 selai dekat Nilai . Dekat Selangor kaluuu , RM60 ~

* adik manis sgt.. Nasib baek tak mintak ic . 1 half moon , 1 inner neck , 1 jubah , 1 tudung bawal , 1 syria = RM55 + Free syria . Dapat dapat murah , kelam kabut lari masuk kereta takut dia perasan dtg ramai ramai . HAHA ~


Hakikatnya , kami hanya lah SEPUPU yg berlainan mak lain abah . Cuma kami satu tok dan satu tokwan . Abah aku dan abah dia yg adik beradiknya :)  Apa yg sama , dari kami tabika , ke sekolah rendah , ke sekolah menengah , ke form 6 then cabut lari , ke kolej dan sekarang kami di perantauan kami masih sama sama di bawah satu bumbung . Umur kami sebaya . Rumah di kampung sebelah sebelah .

* nah tgk , tang mana yang sama tu ce habaq mai sat . Dak pun aku tgk . Ramai betoi yg menegoQ kami kembaQ ~


 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz