SELAMAT HARI AIDS SEDUNIA 2014


Cantik kan baju eden ? Tahu mana dapat baju ni ? Haaaaa . . . Sabtu yg lalu bersamaan 29 NOVEMBER 2014 , saya bersama beberapa orang rakan Blogger telah menyertai satu event iaitu SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA yg bertempat di NU Sentral Mall , Kuala Lumpur . Ini adalah pertama kali aku masuk NU Sentral Mall ni . Giler besar kauuu . Sampai sesat kitorang :)



First off all , HIV atau AIDS  adalah satu jenis penyakit yg boleh membawa maut bagi sesiapa yg mengidapinya . Selalunya , penyakit ini akan terjangkit melalui hubungan kelamin atau seks bebas . Oleh sebab itu , kepada bakal pengantin yg akan melangsungkan hari bahagia mereka , WAJIB untuk melalui ujian HIV terlebih dahulu . Ini adalah salah satu langkah di mana untuk mengelakkan terjadinya jangkitan HIV pada setiap pasangan .



Justeru , Sambutan Hari AIDS Sedunia acapkali diadakan pada setiap 1 DISEMBER pada setiap tahun bagi memberi kesedaran kepada seluruh rakyat tentang bahayanya HIV ini . Selain itu , dengan adanya aktiviti seperti ini , ia dapat memberi sokongan kepada penghidap penghidap HIV agar terus cekal mengharunginya . Dengan sambutan yg kita adakan ini , sedikit demi sedikit dapat membantu orang orang di luar sana dalam mengetahui tentang bahaya HIV ini .



Bagi tahun 2014 , sebuah organisasi yg dikenali sebagai PT Foundation telah menganjurkan satu acara " WISHING FOR ZERO , RED RIBBON " dan mendapat tajaan dari NU Sentral Mall , CIMB dan Durex Malaysia . 


Event ini juga mendapat sambutan hangat dari serata sukarelawan yg hadirnya dari pelbagai kaum dan peringkat umur di mana saya juga salah seorang sukarelawan yg turut terlibat dalam menjayakannya  :)  ~ Terdapat juga beberapa aktiviti lain seperti hiburan sampingan bagi menghiburkan orang ramai . 



Semasa aktiviti dijalankan , banyak pendedahan maklumat diberikan kepada org ramai mengenai HIV dan AIDS ini . Maklumat ini juga merangkumi gaya hidup sihat bebas dari HIV dan AIDS serta langkah selamat dalam melakukan hubungan kelamin. Penggunaan kondom ketika melakukan hubungan kelamin dan elakkan daripada berkongsi jarum suntikan adalah antara langkah keselamatan untuk mengelak dari dijangkiti HIV .


Kesimpulannya , bagi mengelakkan virus HIV AIDS ini , pendedahan dan pendidikan berkenaan bahayanya virus ini perlulah dipupuk kepada golongan kanak kanak bagi mengelakkan mereka daripada  terjebak dgn aktiviti tidak sihat ini. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawasi anak masing masing terutamanya dalam aspek pergaulan dan aktiviti anak mereka .


Oleh itu , luangkan masa anda bersama keluarga masing masing agar terhindarnya dari virus merbahaya HIV atau AIDS ini . Bijaklah anda dalam memilih kawan kawan . Sama sama kita membanterasnya demi sebuah kehidupan yg sihat :)



Dan belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI AIDS SEDUNIA  :)

4 comments:

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz