PERTUKARAN LOKASI BERTUGAS

Hari ni . Haaa hari ni . Tadi tu awal awal pagi , sekeping surat cinta selamat dikirimkan ke tangan aku .

Sedih weh . 


*tarik nafas techik . Hembus .


Seingat aku , 1 Disember yg lalu , aku bersama beberapa orang rakan office yg lain terima satu email dari Pihak HQ yg menyatakan bahawa nama-nama yg bertuah termasuk aku , akan ditukarkan lokasi tempat bekerja yg mana dari TM Shah Alam akan berpindah ke TM Petaling Jaya .


Pada mulanya , aku memang tak boleh terima * sekarang ni pun ada rasa tak boleh terima lagi sebenarnya . Tapi , siapalah aku untuk menyangkal semua ni . Even aku ada 5 calit kat bahu pun belum tentu aku dapat pertahankan hak aku sebagai seorang pekerja biasa . Sadis okay . Namun aku percaya , apa yg terjadi ni mungkin ada hikmah buat aku * ayat pujuk hati sendiri . Kahkahkah .



Sedih sebenarnya . Dah hampir 4 tahun aku di TM Shah Alam ni . Aku suka dengan suasana , persekitaran . Dan yg paling aku selesa , dekat dengan rumah sewa aku . Tapi takpe lah . Dah tertulis untuk aku behijrah ke tempat baru , aku terima :)



Dan hari ni , dah terima pun surat pertukaran tu . Rakan rakan yg turut terlibat , agak terkilan sebenarnya . Yang menangis , yang hilang mood , yang jadi takde semangat , sama sama merasa . Aku ? Aku dah nangis awal awal hari tu lagi . So  hari ni aku agak cool . Nanti aku tak tahu laa macam mana . Hehe .


Tinggal sebulan lagi untuk aku berada di TM Shah Alam ni . 16 Januari 2015 , bermulalah episod baru aku bersama rakan rakan di TM Petaling Jaya . Mungkin rezeki aku disitu pula kan ? Doakan aku ye kawan kawan .

6 comments:

  1. Wahhh ! Keje TM , ada kosong ? Hahahaha. :P

    ReplyDelete
  2. selamat brtugas di tempat baru, PUAN AMIRA!! wakakakaka

    ReplyDelete
  3. Tahniah Mira.. selamat bekerja.. akak follow sini.. thanks follow akak

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz