PENGALAMAN PERTAMA MENCARI KULAT SAWIT

Isnin , 15 Disember 2014 . Al Fatihah untuk Seniman filem Melayu klasik Datuk Mustapha Maarof . Perginya seorang lagenda  . Dan kita yg masih diberi kesempatan bernafas , ada lagi separuh bulan untuk kita langkah ke tahun 2015 . Are you ready ?


Eh , a few months ago , means masa future family in law aku masih di Bumi Semenanjung , ada aku join diorang pergi redah hutan . Kahkahkah . Ayat kemahen macam masuk Hutan Belantara . 


Do you know apa tujuan kitorang masuk hutan ? Haaaa . Ini pengalaman aku yg pertama . 

Memulanya tu , mama tanya aku nak ikut tak pergi cari kulat sawit ( aku rasa laa nama dia yg ni ) . Ofcourse laa nak , tp terpacul jugak soalan dari aku , " ada pacat tak ma ? "


Hoiiii . pacat tu besaQ tet jaa . Tapi aku punya takut tu macam nampak gorilla . K over . 


Hutan ni Ladang Kelapa Sawit , dekat Kelantan , rumah abang kepada si lebah . Pastu pastu pastu , aku pun ikut . Rasa macam selamat sikit bila tgk tanah rata , takdak pacat laa macam tu !  :)


Pegang plastik sorang satu . Aku ? Aku mesti laa ikut orang yg dah expert kan . Mana aku pernah cari kulat sawit ni . Tu first time aku cari , aku tengok and aku makan . Jakun jugak . Kahkahkah .


Kebiasaannya kulat sawit ni tumbuh di tandan and pelepah sawit ( kalau belah utaQa sebut macam tu . Aku taktau kat tempat lain sebut apa . Atau sama jugak ) . Aku mati mati ingat nak kutip hat kembang setalam colour putih  kelabu asap tu . Mama betulkan aku , kutip yg bulat bulat colour coklat tu . Manaaaa laaa den tahu  +___+


Ayah tengah tunjuk skill . Hehe  :)



Sebesen jugak dapat bila digabung dari kami lima orang . Sebelum masak tu ada lagi proses proses lain yg perlu dilakukan . So , sekali lagi mama ajar aku cara nak proses kulat sawit tu . Berbekalkan bantuan dari Abg Lan , cepat sikit nak habiskan . 


Bila budak kecik yg tak pernah tgk apatah lagi makan makanan ni , maka banyak lah soalan yg menyusul keluar dari mulut aku . Semestinya aku tanya , menu apa paling best utk masak kulat sawit ni . Hihi .


Sepantas kilat mama masakkan kari_gulai . Heeee . Aku ni kalau pepelik sikit aku susah nak terima . Disebabkan Abg Lan yg hulurkan aku gulai kulat sawit tu , terima dengan hati yg redha sebab tak berani nak membantah . Kahkahkah . Dengan cubaan yg pertama , menu masakan gulai kulat sawit mama mampu menarik perhatian aku . Serius sedap ! Sampai aku ulang tiga empat kali makan . Dan yg paling best , mama tanya aku nak bawa bekal tak ? Maka jawapan dari aku , " nak , tapi nak yg dah siap masak " . Okay , memang mengada banyak yg ni   :)



Sorry , takdak gambaQ yg dah masak . Aku deret macam ni . Semangat nak makan . Kahkahkah . Setahu aku , kulat sawit ni memang famous dekat Kelantan . Kan ?

6 comments:

  1. kalu belah kami panggil kulat pisang tu.. banyak kat ladang sawit on the way g airasia lama tu kalau rasa mengidam lagi nak makan.. dulu selalu g ambek .. :P

    ReplyDelete
  2. pertama kali dengar pasal kulat sawit..haha
    btw balas follow

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz