AKU BELUM BERSEDIA


Tengahari itu , sedang enak menghadap KFC bersama adik , kakak , abang ipar dan anak buah . Tiba tiba adik aku tecekik makan cheezy wejes tu . Huhai . Allah jea tahu macam mana gelabah nya aku dan kakak waktu tu .

Aku tgk adik macam dah beserah . Tangan kanan aku laju capai handphone atas meja . Kau tahu apa aku nak buat ? Aku nak call ambulan . Tangan kiri aku kuat menepuk tengah belakang adik . Ya Allah . Sampai hari ni aku masih terbayang saat cemas tu . Sampai lupa segala cara bila tecekik makanan .

Adik . Tak boleh bercakap , tak boleh muntahkan balik . Air KFC , tahu laa macam mana . Bergas . Tapi aku minta dia sedut perlahan lahan . Bila dah lama , aku tgk adik terduduk sambil nafas berbunyi . Cuak aku bertambah . Satu badan aku menggigil . Kitorang berdirikan dia dan minta dia sedut minuman perlahan lahan sambil tepuk belakang dia . Bawa dia ke tandas , dan alhamdulillah , kami tengok dia macam dah okay .


Mintak dia minum banyak banyak lagi . Alhamdulillah dia dah boleh senyum !


Oii . Sungguhpun aku selalu bergaduh dgn dia . Dia satu satunya adik yg aku punya . Moga Allah lindungi dia saat dia sedang belajar berdikari di sana .

Aku belum bersedia untuk kehilangan orang orang yg aku sayang . Tuhan mohon dengar aku berbisik .

Adik aku bekas penghidap luekimia . 

2 comments:

  1. adik parihh pernah minum minyak gas mase kecik . nangis takut tengok . takut perkare buruk jadi

    http://blogparihh.blogspot.com/

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz