TERTAMBAT TERIKAT TERJERAT

Wahahahahahaha . Tajuk tak boleh belah .

Alhamdulillah , kini aku bergelar tunangan orang . Yang mana aku rasa korang tahu siapa tunang aku . Sebab tak ada lelaki yg aku punya selain dia yg empunya namanya Azfandi aka fendy aka lebah :)

Awal awal aku mention sebabnya , ada segelintir rakan rakan yg tanya siapa tunang aku . 


Aku terobek kisah perkenalan kami . Jejaknya aku di bumi Shah Alam pada Februari 2011 dgn harapan mencari rezeki sesuap nasi . Bertempat di sebuah kilang , aku adalah pekerja baru yg memangku jawatan sebagai QA clerk . Kebetulan masa yg sama , dia juga staff baru di situ . 

1st day orientasi , Pandangan aku pada dia , lalu hati kecil berkata :

" selekehnya dia ni , dgn rambut colour bagai . ingat handsome laa tu "

Hmmmm . Kenapa aku mesti satu group dgn hang . Dah tu perlu pulak aku berhadapan dgn muka hang . Ish ! Kenapa pulak hang lelaki yg paling kechik jugak . Hati aku mengomel sendiri .

2nd day , macam dah kenal kenal sikit .
Hmmmm , kalo nak tahu , aku yg mintak fon number dia . hahahahaha ! kesah pulak aku . Tujuan tu hanyalah nak suruh ajaQ aku jalan kat Shah Alam ni . Maklumlah aku kan org baru di bumi Shah Alam ni . Bila dapat jea number dia , dan dan tu dia suruh aku miscall . Aku kan baikkkkk , tak suka kenakan org . So aku pun miscall sebagai tanda awal hubungan . Hahahaha !

Bila habis orientasi , kitorang kena masuk office masing masing . Bila mai ptg dia msg aku . Ni ayat dia , sampai sekarang aku ingat :

" Petang ni balik kerja macam mana ? Kalau awak sudi , boleh kita tolong hantarkan awak balik "

Dan dgn selamber badaknya aku reply " ok " . Dan petang tu dia hantar aku balik kerja . 

Bila dah sekali , jadi berkali kali . Sampai satu tahap aku jadi rimas dgn dia . Tobat rimas . Rimas sehingga aku tak layan dia langsung . Tanpa msg tanpa call . Tapi hampa tau apa dia buat ?


Dia ligan kejar aku sampai rumah kazen aku . Time tu aku belum menyewa sendiri . Terkejut mak beruk bila tgk dia ada depan guard house semata mata nak tahu kenapa aku tak layan msg dan call dia . Dalam hati mengomel lagi , gila betoi laki ni . hahahahahaha ~

Aku join futsal dgn kakak kakak office , tgk tgk dia ada di tepi padang futsal tu . Macam mana dia tau pun aku taktau . Mana aku p semua dia nak tau .

Wey , hang sapa semua nak tau apa aku buat . hahahaha ~

Dan malam tu , dia ajak aku dating kat depan rumah sewa aku . Bersaksikan pokok pokok lampu Icity :

" Kalau b tak dapat syg , orang lain tak boleh dapat "

----------------------------------------------------------------------------------

Tanggal 9 September 2011 , dia melamar aku * guna ayat paling power sampai aku pun lebur untuk menjadi Chenta Hatinya  :) ~

Jawapan aku senang jaa :

" kalau betul betul nak kan aku , call family aku kat kg , mintak dgn depa "

Lelaki ini tak reti takut . Hahahahaha ~ Sungguh sungguh dia call family aku di kampung dan dipohonnya kebenaran dari mereka .

Dan sepanjang perkenalan itu , macam macam dugaan hidup kami tempuh . Suka hang suka aku . Sedih hang sedih aku . Gelak hang gelak aku . Nangis hang nagis aku . 


9 September lalu , genap 3 tahun cerita aku dan dia . Dengan segala perancangan yg dibuat , kami mengikat hubungan ini dgn tali pertunangan antara aku dan dia pada 14 September 2014 . 


Di kesempatan yg ada , aku nak ucap banyak banyak terima kasih untuk mereka mereka yg memerah kudrat meraikan EDAY aku on that day . Especially untuk mak abah and family aku yg buat persiapan . Sebabnya aku takdak kat kampung . So depa depa lah yg banyak tolong aku . Untuk sedara belah abah , sedara belah mak . Sepupu sepapat . Dan kawan kawan aku . Terima kasihhhhhh .


Untuk family dari Sabah , Thank you sbb dtg dari jauh . Maaf sekiranya ada kekurangan dari kami .

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Orang cakap , dugaan bertunang ni jauh lebih hebat dari bercinta . Apa yang aku harap , moga kami tabah mengharungi bersama . In shaa Allah .

Dan pesan aku , jgn benci orang nanti jadi suka . Jangan rimas dgn org , nanti jadi sayang . Macam akuuuu . Haaa , macam aku laa .

Lelaki yg selekeh itu lah yg aku sayang sekarang . Lelaki yang suka menyibuk tu lah aku cinta sekarang . Lelaki yg aku buat tak tahu dulu tu lah , aku sentiasa nak tahu sekarang .



TIADA YANG LAIN , SELAIN KAMU . 
TIADA PENGGANTI YANG MAMPU KU CARI  :) 
HANYA KERANA KAU YG CUKUP INDAH .
I LOVE YOU INCIK TUNANG  :)

6 comments:

  1. Alhamdulillah.. kesabaran hang.. hahaha..
    dasat betul.. dating bawah sinaran lampu i-city wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat dating paling dekat.. muahahaha ~

      Delete
  2. Tahniah, dik meeya. didoakn berbahagia. Amin3. Jauh tu Sabah. Boleh naik belon sokmo. Hihi

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz