JENIS PERFUME .

Eh korang . Mai mai mai baca ni . Ini ilmu ! Mungkin ada sesetengah pihak yg dah tahu , dan mungkin juga ada yg belum tahu .


Yang jauh kita dekat . Yang dekat kita rapat . Yang rapat kita erat . Jom . saya share dgn korang  :)

Rata rata , ramai customers yg bertanya pada saya , apa beza antara EDP dan EDT ? dan ini jawapan untuk anda wahai sang customers  :)


Kategori Jenis Perfume Yang Ada Di Pasaran :




Jika dilihat di dalam pasaran terkini terdapat pelbagai jenama dan jenis perfume yang dikeluarkan oleh pelbagai pengeluar sama ada di dalam negara dan juga luar negara.



Ramai dari kita sebenarnya masih lagi tidak mengetahui jenis perfume apakah yang paling sesuai dengan diri sendiri. Sesuai ini dimaksudkan meliputi persekitaran dan juga apa pandangan orang lain dengan jenis bauan perfume yang kita pakai. Oleh yang demikian anda perlu memilih perfume yang sesuai dengan diri anda dan juga pada orang lain supaya mereka selesa dengan kita.


Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap kategori perfume yang perlu anda tahu iaitu :-

1. Perfume (PARFUM)

Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya jauh lebih mahal berbanding perfume-perfume lain.


2. Eau De Parfum (EDP)

Eau de Parfum (EDP) mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai.

Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki.

Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.


3. Eau De Toilette (EDT)

Eau de Toilette (EDT) ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil).

Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.


4. Cologne

Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume.

Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.



SUMBER DARI : www.myfavperfumes.com

2 comments:

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz