KUALA LUMPUR SHOPPING HUNT 2014

29 Mac 2014 - Aku bangun seawal jam 5.30am . Awal beno kan ? Wallaweh . gue ado program hari ni . Itu sebab gue bangun awal . Membersihkan diri , mengejutkan manusia lagi 2 orang si Ainaa dan si Hani yang stay buat sementara waktu kat rumah aku . Ditambahnya sedikit adegan roommate yg agak mental pagi tu . Huh !


Seawal jam 7.15am kitorang gerak dari Shah Alam menuju ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersama seorang lagi Blogger . Dia jea yang tahu jalan . Nak harapkan kitorang , mahunya tawaf berkali kali  :)




Tujuan kitorang ke sana bukan suka suki dong . Tapi suka jugak lah . whee ~ Actually , kitorang bersama blogger blogger lain , ada joint satu acara iaitu Kuala Lumpur Shopping Hunt ( KLSH ) yang berkonsepkan membeli belah di sekitar kawasan bandar Kuala Lumpur . Kau bayangkan orang Penang nak hadap KL ni . Kalo biar ke aku satu urang , nda pulang rumah aku *eh , tekeluar sabahan celup pulak . Wakakakaka ~


Acara ini adalah di bawah anjuran Media dan juga kerjasama dari Tourism Malaysia Kuala Lumpur yang diadakan bersempena dengan GP Sale dan Tahun Melawat Malaysia 2014 . Siok habaQ hang !


Pendaftaran bermula pada jam 8.00am . Baju free pun dapat . Terima Kasih tau ! Shomel angat angat baju tu  :) ~ Dan tepat jam 10.00am , bermulanya perlepasan peserta untuk berlumba mencari harta karun di beberapa lokasi pilihan di sekitar Kuala Lumpur.

Soalan yg agak mencabar jiwa dan raga . Fikir sampai muntah ! wakakaka . But we are really enjoy . harhar . 4 jam punya dok berjalan kaki . Dah serupa nak tercabut tapak kaki den . Mintak orang dukung pun dia tak sanggup .



Antara lokasi yang kitorang perlu pergi by Car and Key adalah sepanjang Jalan Conlay , pusat membeli belah Sungai Wang Plaza , tingkat 3 iaitu Food Emporium dan tingkat 6 HK Station , pusat membeli belah Berjaya Time Square dan pulang semula ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur . Tobat penat !




Kalah menang adat pertandingan . Hye , kami kalah  :P ~

Dan pada jam 2.30pm , semua peserta berkumpul di Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk sesi jawapan dan pengumuman pemenang . Juga dihidangkan dengan persembahan nyanyian oleh Iqwal Hafiz , pertunjukan fesyen dari model model Karyaneka , cabutan nombor bertuah * pun aku tak bertuah . wakakakaka ~

Apabila selesai kesemua acara ini , kami membuat keputusan untuk beredar dan menuju ke sebuah restoran Arab *lupa nama restoran tu untuk minum petang sambil berkongsi ilmu yang ada .

Even penat tak sangga taktau lagu mana nak habaQ pi , tapi sumpah best giler ! Dapat kawan kawan baru , dapat kenal blogger blogger hebat , dapat pengalaman yang mungkin aku takan lupa .


Balik sampai rumah , pengsan sampai koma !

1 comment:

  1. Assalam.

    If belum join GA Liniey n Nad, jemput join ea. Ada 2 top refferal.

    If dah join boleh terus promote GA ni utk berpeluang menang top refferal.

    Dan..
    90+ pemenang by Random.org dicari :)
    Antara hadiah:
    >> Buku Cerita Ahmad Ammar
    >> Naked 2 Eye Shadow
    >> Inner Neck Magic Berdagu
    >> Inai Homemade
    >> 5.11 Tactical Belt

    http://www.linieynor.com/2014/03/sweet-giveaway-by-misz-nadea-liniey-nor_14.html

    GA dilanjutkan sehingga 23 April 2014 :)

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz