WATER itu AIR

Macam ni rasanya . Rasa apa ? Rasa hidup takde air . Gila weh . Seharian tak mandi . Lagu mana depa depa yg hidup susah takde bekalan air tu kan ? Gila nauuuu . Sampai ponteng kerja ponteng class secara berjemaah . Dan ada jugak yg pergi kerja hanya bermandikan mata dan gigi . harhar  +_____+


Selalunya , bila ada notis " takde air " , aku akan rajinkan jugak pergi tadah air siap siap dalam botol tu . Buat persediaan katakauuu . Tapi , bila aku tadah , ada pulak airnya . Bukan sekali bukan dua kali . Dah sekarang setitik pun aku tak tadah , nahhhh ~~ dia bagi air karat memula tu . Pastu dia diam teroih . Kecewa kau .


Dah bila takde air , nak makan pun jadi takut . Buat nye perut pusing pusing pulas pulas . Jenuh lari beterabur . Seharian jugak puasa . Rasa serupa nak pitam . Makan dak mandi pun dak . Sian habaQ hang . Dah macam pelarian jadinya . Pelarian pun comey lagi kot . Minyak dekat muka tebai sekati pun biaQ jaa . Haalaa , nak buat lagu mana kan . ayaQ tu ada laa 2 timba . Sempat si housemates tadah . Tapi tu dok bajet untuk emergency punya hal . Kesian sungguh . sob sob .


Malam tadi , merempat rumah ex housemate aku dulu . Dekat jugak dgn rumah sewa aku tu . Pi buat muka sekupang depan rumah dia dgn Cik Berry . Dapat laa mandi tang situ . Even tak puas mcm mandi kat rumah sendiri , janji bole mandi . Rasa daki boleh dapat satu doh donut dah . haha ~


Stay kat rumah dia sampai tadi pagi . Alhamdulillah , ada jugak yg nak tolong kami  :)  JASAMU DIKENANG ~ Dan balik ni , aku letak harapan yg paling tinggi dekat air . Muncullah kau air . Kami semua menanti .




Notatapakkaki : Shah Alam jerebu teruk sekarang . Mohon berjaga jaga . #PRAYFORMH370  ~

2 comments:

  1. air masaih tiadarkkkk kat rumah... stress... T_T

    ReplyDelete
  2. akak plak air kat opis xdak. hilang nikmat air kejap.

    http://myartcrafting.blogspot.com

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~

 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz