Kaca Mata Baru !

Cewah tajuk . Hehe . Memandangkan setiap hari dok menghadap PC , mata pun makin lama makin lemah . Berpinau rasa kalau terlalu menghadap lama² . 

So pernah aku tengok kedai spec murah yg viral dekat FB haritu . Minggu lepas jugak aku ajak housemate teman ke Sg Wang dan cari kedai tu sampai jumpa . Alhamdulillah lah sebab jumpa jugak . Hehe .

Ini spec yg ke tiga since aku start pakai spec . Murah , memang sangat murah . 

RM65 sahaja termasuk bingkai dan cermin . Berbaloi lah kan . Sebab aku bukan yg jenis 24 jam pakai spec . Aku pakai bila terdesak je . Silau je teruk sikit . Rabun masih boleh dikawal lagi . 
Tak berani sebenarnya nak guna yg jenis ala-ala kpop ni . Takut tak sesuai dgn muka . Nak cakap minat kpop , tak pula aku minat . Senang cerita , si housemate yg tolong pilihkan . Hehe . 

So kalau korang ada keinginan nak buat spec baru atau nak terjah kedai ni , dekat gambar pertama tu ada details . Semoga membantu :)

AmbiPur Lavender | Perfume Baru Untuk Siti Ajiah .


Semalam lepas Farewell officemate , lalu sebelah 99 SpeedMart . Niat hati nak beli aiskrim kat situ . Tapi terbeli benda lain pulak . Itu lah orang selalu cakap , kita hanya mampu merancang , Allah yg menentukan segalanya . Kah !

Kebetulan car air freshener aka perfume Siti Ajiah yg ni dah habis , so aku nak cuba yg brand AmbiPur ni pulak . Si kawan cakap wangi . Bau Lavender . Hehe . Memula tu pening ah jugak . Lelama sedap pulak bau nya . Tapi hati aku masih setia dengan bau Apple macam perfume yang lama tu .
 
Hehe . Harga pun dua kali ganda dari yg Apple tu . Hehe . Kenapa aku bertukar ke AmbiPur ni ? Sebab haritu ada terbaca yg perfume Apple tu boleh mengakibatkan penyakit . Tak sure sakit apa .
Pagi tadi , bila masuk je kereta , terasa kesegarannya . Jatuh hati pulak dan terpaksa berpaling arah dengan si Apple . Hik ! Semoga aku terus setia dengan bau yg ni macam mana setianya aku pada Incik Tunang . Chiaa chiaa chiaa . 

Eh , hampa guna perfume mana ?
 
Copyright ©2015 : Meeya Techik | Design by Mastura Aziz